Bab 54

20.9K 511 1
                                    

Pertama kalinya Amna menatap wajah si anak, hatinya sayu. Dicium berkali-kali pipi halus itu. Kulitnaya yang putih kemerah-merahan ditatap lama.
Hidungnya kecil dan agak mancung. Mulut dan bibirnya juga kecil sama sepertinya.
Mika juga turut mencium si kecil.
Selepas semua report dan surat discharge siap, si kecil sedia untuk dibawa keluar. Di luar wad, seluruh keluarga juga tidak sabar untuk melihat si kecil.
Si kecil bertukar tangan. Sekejap dipangku daddy, sekejap dipangku mummy. Kak long dan kak ngah juga tiďak nelepaskan peluang. Kedua-duanya juga menginginkan anak perempuan tetapi belum ada rezeki. Kak long dan kak ngah masing-masing mempunyai dua orang anak lelaki. Hanya Abang Ammar saja yang tak berani memangku si kecil. Kata Abang Ammar, tunggu baby besar sikit.

Lewat petang itu juga, papa dan mama Zahra datang melawat Amna. Mereka disambut baik oleh semua ahli keluarga Mika.
"Amna, auntie dan uncle minta maaf bagi pihak Zahra", kata Puan Hamidah, sebak.
"Auntie, uncle, Amna tak simpan dendam pada Zahra. Amna dah maafkan semuanya.
Amna juga rasa bersalah pada Zahra. Sebab Amna, Zahra bertindak sampai ke tahap ini", kata Amna.
"Auntie tak salahkan Amna. Amna dan Mika memang sudah jodoh yang Allah tentukan. Walau pun Amna bukan anak kandung auntie tapi auntie dan uncle dah anggap Amna macam anak kami sendiri", tambah Puan Hamidah lagi
"Auntie, macam mana dengan Zahra?", tanya Amna
"Zahra sekarang masih dalam tempoh reman. Polis sedang kumpul semua bukti dan saksi. Minggu depan pendakwaan akan dibuat. Uncle reda kalau Zahra dihukum mengikut kesalahannya. Biarlah ini menjadi pengajaran yang paling berharga pada Zahra", kata uncle Zahri pula.
Daddy di belakang uncle Zahri menepuk bahu sahabatnya itu. Mummy pula memeluk auntie Hamidah yang mula menangis.
"Auntie, sampaikan salam Amna pada Zahra. Kalau Amna dah sihat nanti, Amna akan pergi jumpa Zahra" pesan Amna pada auntie Hamidah sebelum kedua-dua orang tua Zahra meminta izin untuk pulang. Sebak hati Amna bila mengenangkan nasib sahabat baiknya itu. Amna sendiri tidak percaya dengan apa yang Zahra telah lakukan padanya. Kalau bukan kerana undang-undang, Amna akan lupakan saja apa yang telah dilakukan Zahra. Namun, apa yang telah dilakukan Zahra sudah melanggar undang-undang negara. Amna tiada kuasa untuk menghalang pendakwaan ke atas sahabatnya itu yang merancang penculikan sehingga mencederakan mangsa.
Dalam hati Amna hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu kuat dan sabar menghadapi ujian ini.

Sudah masuk empat hari Amna menjadi penghuni hospital.
Kalau mengikut doktor, hari ini Amna mungkin dibenarkan pulang. Apa-apa pun Amna kena menunggu laporan doktor yang akan memeriksa pagi ini.
" Puan, baby dah siap mandi. Puan bolehlah susukan baby, kata jururawat yang bertugas sambil menghulurkan si kecil kepada Amna.
Amna sambut si kecil. Disusukan si kecil. Si kecil yang sudah kenyang lena tidurnya dipangku Amna.
Mika yang tiba-tiba muncul di depan katil mengejutkan Amna.
" Abang dari mana ni? Terkejut Amna. Tiba-tiba muncul macam ni",
Mika tertawa melihat muka terkejut Amna.
"Abang dari kafeteria la sayang. Abang belikan Amna roti. Malam tadi kan sayang minta roti", jawab Mika.
Diusap belakang si isteri. Boleh dirasakan jantung Amna yang berdegup kuat kerana terkejut.
" Maaf sayang kalau buat sayang terkejut", kata Mika
Amna memandang suaminya dengan senyuman manis. Mika membalasnya juga dengan senyuman sepuluh kali lebih manis dari Amna.
Senyuman yang boleh buat hati-hati jururawat di wad itu cair. Perasanlah Mika.
Tapi kenyataanya begitulah bila seorang jururawat yang agak berusia bercerita kepada Amna tentang suaminya yang menjadi perhatian jururawat-jururawat muda di wad itu.
Bila Amna bercerita kepada Mika, bukan main kembang hidung si suami. Kata Mika, sahamnya makin melambung tinggi lepas bergelar daddy.

" Alhamdulillah", kalimat itu saja yang mampu diucap tatkala doktor membenarkan Amna pulang hari ini.
Tersenyum lebar kedua-duanya.
Mika mengemas barang-barang Amna dan si kecil.
Berita gembira itu juga telah dikhabarkan kepada keluarganya.
" Tak sabar abang nak bawa sayang dan baby balik", kata Mika sambil bermain dengan si kecil yang sudah terjaga.
Amna hanya tersenyum manis.
"Malam ni abang adalah teman sebelah. Kalau tak, bantal panjang tu la abang peluk", kata Mika lagi sambil menyenggol tubuh Amna
"Jangan lebih-lebih tau. Kena buat sempadan juga", usik Amna
"Tak payah sempadan-sempadan. Bantal panjang tu abang dah buang semalam",
Kata-kata Mika buat Amna tergelak besar. Teruk betul suaminya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now