Bab 39

21.5K 565 3
                                    

"Kita nak pergi mana ni abang?", tanya Amna sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya.
Sejak di rumah lagi Amna sudah bertanya bila Mika suruhnya bersiap-siap selepas breakfast tadi. Mika hanya diam tetapi asyik tersenyum.

"Abang nak kita selesaikan masalah kita. Lepas ni abang nak bawa sayang pergi bercuti. Nak habiskan masa berdua dengan sayang sebab lepas ni kita dah ada baby. Nanti banyak masa sayang dengan baby habislah abang", kata Mika sambil buat muka kesian

Amna ketawa melihat reaksi suaminya. Dah pandai nak cemburu.
"Alahai baby, tengok daddy. Belum apa-apa lagi dah jelous dengan baby. Mummy sayang dua-dua. Abang Amna sayang, baby pun Amna sayang. Kita jaga sama-sama ye abang. Baru ada masa untuk kita berdua", jawab Amna sambil memeluk lengan si suami dan melentokkan kepala di bahu Mika.
Mika rasa bahagia. Dicium kepala Amna.

Mika berhentikan keretanya di hadapan sebuah kafe. Amna dan Mika duduk di satu sudut yang agak privacy. Suasana kafe tidak bising. Hanya ada lima orang pelanggan masa dia masuk bersama Mika tadi.

"Sayang nak minum apa?" , tanya Mika tepat memandang wajah Amna.
Amna menelek-nelek menu di hadapannya.
"Amna nak ni la abang", jawab Amna sambil menunjukkan menu kepada suaminya.

"Mana boleh sayang minum kafien. Oder air lain la", larang Mika bila Amna menunjukkan nescafe ice padanya.
"Tapi Amna rasa nak minum air tu je sekarang. Bolehlah abang. Hari ni je.Please...",pujuk Amna manja sambil dikelip-kelipkan matanya.

Mika memandang Amna. Tak diberi kasihan pulak. Tinggal sebulan lagi Amna nak besalin. Lepas besalin kena pantang pula. Ais-ais ni tak boleh lagi nak minum.

"Buat la macam tu. Abang cium kang baru tahu", kata Mika

Amna mencebikkan mulutnya.
"Haaa..tengok tu dia buat mulut pulak. Memang abang cium juga ni", ugut Mika yang mula bangun gaya nak mencium Amna.

"Abang!tak malu la abang ni. Ada ke nak cium-cium. Kat public ni. Orang tangkap nanti diviralkan, tak ke malu sampai tujuh keturunan. Agak-agaklah abang ni", balas Amna yang kelihatan sudah cuak bila Mika sudah bangun dari tempatnya seperti ingin menciumnya.

"Abang peduli apa. Suka hati abang la. Bukan abang buat dengan orang lain. Abang cium wife abang je. Tunjuk je la kad kahwin kita kalau orang nak tahu status kita", kata Mika dengan muka tak bersalah walau pun sebenarnya dalam hati Mika nak ketawa bila tengok reaksi Amna yang cuak tadi.

"Eleh sedapnya dia kata ye. Cepatlah abang oder. Amna dah haus ni. Babypun dah gerak-gerak nak minum nescafe ice",

"Pandai sangat dia gunakan baby nak minum nescafe ice",Mika memandang wajah si isterinya. Sayang sungguh dia pada Amna.

"Okay kali ni je", kata Mika.
Amna senyum lebar pada Mika. Mika membalasnya.

"Abang mana dia?", tanya Amna
"Tunggulah. Sekejap lagi dia datanglah", jawab Mika pula. Nampak keresahan di wajah isterinya itu bila orang yang ditunggu belum muncul.
"Amna duduk sebelah abang sini. Biar dia duduk depan kita. Senang nak cakap", arah Mika
Amna terus bangun dan duduk di sisi suaminya. Mika pegang tangan Amna. Rasa sejuk tangan isterinya. Mungkin sangat risau dan takut. Tak tahu apa reaksi orang yang mahu mereka jumpa sebentar lagi tetapi masalah antara mereka perlu diselesaikan segera. Mika nekad membawa Amna berjumpa Zahra.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now