Bab 65

42.1K 890 131
                                    

Amna memeluk dua orang anaknya, Maryam dan Mikael. Amna duduk di hadapan sekujur tubuh yang diselimuti kain putih itu.
Maryam dan Mikael tidak henti menangis lagi.
"Mummy, kakak nak daddy. Mummy kejutkanlah daddy", rayu Maryam pada mummynya.
" Daddy dah tak ada sayang", pujuk Amna.
Datin Suhana juga memujuk dua orang cucunya itu. Sayu dan sebak hatinya melihat cucu-cucunya yang masih kecil itu sudah tidak mempunyai daddy lagi.
Amna nampak tenang. Ramai saudara mara berkunjung ke rumah mentuanya bila berita kematian Mika dikhabarkan.
Abang Ammar dan Kak Aryana juga datang menziarahi.
Ammar peluk Amna. Ditepuk belakang adiknya itu.
"Banyakkan sabar Amna. Istighfar banyak-banyak. Abang dan Kak Aryana sentiasa ada dengan Amna", pujuk Ammar.
Aryana memeluk dua orang anak saudaranya itu. Kasihan dia melihat si comel yang masih kecil itu hilang kasih seorang ayah.

Amna duduk di sisi Mika. Dibuka kain yang menutupi wajah Mika. Tenang wajah Mika seperti tidur sahaja.
"Abang, Amna minta maaf dari Amna mula menjadi isteri abang sehinggalah hari ini. Amna banyak salah dengan abang. Amna paksa abang buat sesuatu yang abang tak suka. Amna tak fikirkan perasaan abang. Terima kasih abang kerana membahagiakan Amna selama ini. Amna cukup-cukup bahagia abang. Abang suami terbaik yang Allah kurniakan pada Amna. Amna reda abang dulu pergi dari Amna. Pergilah abang dengan tenang. Tunggu Amna nanti", bisik Amna. Walau pun tubuh itu kaku tapi dia tahu roh yang sudah terpisah dari jasad Mika masih mendengarnya.

Jenazah Mika sudah selamat dikebumikan.
Terasa sayu bila kakinya melangkah masuk ke bilik yang pernah dikongsi bersama Mika. Banyak kenangan di sini. Haruman Mika juga masih boleh dihidunya. Amna duduk di katilnya. Ditarik bantal Mika. Dicium bantal Mika.
" Abang",hanya itu yang mampu Amna sebut.
Amna menangis. Air matanya semakin laju.
Wajah Mika bermain di matanya, pelukan Mika, kata manis Mika, ciuman Mika, gurauan Mika. Semua silih berganti di mindanya.

"Sayang"
"Sayang"
Satu suara yang sangat dikenali Amna memanggilnya.
Mika. Itu suara Mika. Amna mencari-mencari suara itu.
"Sayang"
"Sayang"
Kali ini panggilan itu lebih jelas.
Memang itu suara Mika.
Pipinya seperti ditepuk-tepuk. Amna buka matanya.
Di hadapannya memang Mika.
Amna memeluk tubuh itu.
" Abang jangan tinggalkan Amna", kata Amna dengan esak tangisnya. Semakin kuat tubuh Mika dipeluknya. Tidak mahu tubuh itu terpisah darinya lagi.
"Hey sayang. Kenapa ni?"semakin cemas Mika melihat keadaan Amna seperti sudah tidak terkawal itu.
Semakin kuat tangisnya.
"Amna banyak salah dengan abang. Amna tak akan paksa abang lagi. Amna janji", kata Amna lagi.
Semakin pelik Mika mendengar apa yang dikatakan Amna. Amna seperti tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku.
Sebelum Mika mengejutkannya tadi, Amna seperti meracau.
"Sayang, abang ni. Kenapa dengan sayang ni?", Mika cuba sedarkan Amna. Digoncang tubuh Amna beberapa kali. Amna seperti dirasuk gayanya.
"Buka mata ni sayang. Buka mata ni", arah Mika
Amna buka matanya. Lama dipandang lelaki di depannya itu. Digosok matanya beberapa kali.
"Sayang, abang ni. Kenapa sayang menangis ni. Sayang mimpi ke?", tanya Amna
Amna terus menangis.
"Abang"
Mika bawa Amna dalam pelukannya. Mika tahan ketawanya. Dia tahu isterinya itu tadi bermimpi sehingga terbawa-bawa sehingga sedar dari tidurnya.
Apalah yang dimimpikan Amna sampai begitu sekali menangis. Bengkak mata Amna.
Mika tepuk belakang tubuh Amna biar Amna rasa tenang.

Bila Amna agak tenang, Mika hadapkan Amna di depannya. Dipandang wajah isteri yang sugul itu.
"Sayang, kenapa ni. Sayang mimpi apa sampai macam ni sekali", tanya Mika
Amna malu nak memandang suaminya. Dah tua-tua begini boleh tidur meracau.
Entah apalah rupanya saat ini.
Mika sisipkan ke tepi rambut Amna yang terjuntai ke depan. Dia tahu tentu Amna malu dengannya.
Wahai sayang Amna, apa pun keadaan Amna, Amna tetap comel di mata abang. Datanglah puteri raja mana pun, Amna tetapi bidadari abang. Abang nak Amna juga menjadi ketua bidadari abang di syurga nanti. Bisik hati Mika.
Amna pandang Mika. Ditarik tangan suaminya itu lalu dicium. Lama.
Mika hanya membiarkan saja dan menunggu apa yang ingin Amna katakan padanya.
"Abang, Amna mimpi abang dah tak ada. Abang tinggalkan Amna dan anak-anak. Abang mati kena tikam", cerita Amna
"Abang mati kena tikam?" Soal Mika
Amna angguk
"Siapa yang tikam abang?"berminat pula Mika dengan cerita mimpi Amna yang sangat tragis itu.
"Zahra", jawab Amna.
Mika yang mendengar terus ketawa. Rasa nak guling-guling atas katil.
"Ya Allah sayang. Kenapa boleh mimpi sampai macam tu. Zahra kan dah berubah. Macam manalah Zahra boleh tikam abang".
"Amna suruh abang kahwin dengan Zahra. Abang tak nak tapi Amna paksa. Akhirnya, abang kahwin juga dengan Zahra. Bila dah kahwin, Zahra cemburu pada Amna sebab abang tak layan dia. Zahra sakit hati. Dia nak bunuh Amna sebenarnya tapi abang datang selamatkan Amna", cerita Amna lagi.
Mika yang mendengar hanya mampu gelak. Teruk betul mimpi isterinya itu patutlah sampai berpeluh-peluh walau bilik ini sejuk dengan air cond.
"Sayang, semua tu mimpi je. Mainan tidur. Amna pun tidur dah lewat petang ni. Memang tak elok. Banyakkan beristighfar ", kata Mika.
"Amna rasa bersalah pada abang. Walau pun mimpi tu mainan tidur, tapi apa yang berlaku dalam mimpi Amna tu seperti memberi gambaran kepada tindakan Amna yang memaksa abang berkahwin dengan Zahra. Amna tak fikirkan perasaan orang lain. Amna hanya nak selamatkan diri Amna dari rasa bersalah", Amna pandang tepat ke wajah Mika.
"Sayang, kalau sayang pujuk macam mana cara sekali pun supaya abang kahwin dengan Zahra, percayalah abang tak akan kahwin dengan dia. Itu janji abang.
Dan untuk pengetahuan sayang, Zahra juga tak akan kahwin dengan abang", kata Mika
Berkerut dahi Amna mendengarnya.
"Zahra ada call abang dari penjara. Zahra dah beritahu semua pasal Amna yang datang jumpa dia supaya dia berkahwin dengan abang. Mulianyalah hati isteri abang ni nak bagi suami sendiri kahwin lain. Pulak tu tak bincang dengan abang dulu. Masa Amna suruh abang kahwin dengan Zahra tu abang dah tahu dulu rancangan Amna. Saja je abang nak tengok Amna masa tu", cerita Mika lagi
"Ooooo...pandai abang nak kenakan Amna ye. Dah tahu tapi buat muka tak bersalah je. Mesti dah puas gelakkan Amna masa tu", teka Amna.
"Memanglah. Gelak dalam hati. Kalau sayang nak tahu, Zahra akan berkahwin dengan ustaz yang datang mengajar kat penjara tu. Ustaz tu kawan abang yang sambung belajar kat Al-Azhar. Sesuai sangatlah mereka berdua tu. InsyaAllah, kawan abang tu dapat membimbing Zahra dunia dan akhirat.
"Alhamdulillah. Lega Amna mendengarnya. Amna nak Zahra bahagia",
"Lepas ni nak paksa abang kahwin lagi tak? Nak cakap lagi tak, please abang kahwin dengan dia", usik Mika.
Amna menggeleng.
"Tak nak dah. Abang hak Amna sorang je. Daddy untuk Maryam dan Mikael je.Amna tak nak kongsi-kongsi", kata Amna lagi.
Mika tersenyum mendengar kata-kata Amna.
"Daddy untuk Maryam dan Mikael je ke?", tanya Mika penuh makna tersirat.
Amna sudah buat muka blur dia tu.
Mika tarik hidung Amna. Mungkin sebab pharmacist,banyak sangat nama ubat nak kena ingat, buat si isteri lambat berfikir kalau Mika dah mula berkias.
"Sakitlah abang", Amna gosok hidungnya.
"Abang cakap biar terang. Dah tahu Amna ni lambat fikir sikit kalau abang cakap berkias-kias ni", digaru kepalanya yang tak gatal itu.
"Maksud abang, tak akan abang nak jadi daddy untuk Maryam dan Mikael je, tak nak ke jadikan abang ni daddy untuk Mashitah ke, Mastura ke, Muhammad ke, Mizan ke", kata Mika sambil dijongketkan keningnya. Mika sudah buat senyum nakalnya.
Amna sudah dapat menangkap maksud kata-kata suaminya itu.
"Abang nak ke?", tanya Amna pula
"Kalau dengan Amna, abang nak la sayang. Nak anak ramai-ramai. Maryam dan Mikael pun dah besar. Patut dah ada adik. Kalau kita tua nanti, rumah kita tak sunyi. Riuh dengan suara anak cucu", jauh benar Mika sudah membayangkan hari tuanya dengan Amna.
Amna hanya ketawa bila Mika nak anak ramai padahal Mika tahu dia hanya boleh mengandung sekali saja lagi kerana Maryam dan Mikael dilahirkan secara caesar. Semasa hendak melahirkan Mikael baru Amna tahu tulang punggungnya kecil jadi agak susah untuk melahirkan Mikael yang agak besar dalam kandungannya. Akhirnya doktor mengesyorkan supaya dioperate.
Walau pun dengan teknologi perubatan yang canggih sekarang, ibu yang bersalin secara caesar boleh mengandung lebih dari tiga kali, Amna tak nak ambil risiko.
Mika juga tidak kisah kalau Amna hanya boleh mengandung sekali saja lagi yang penting Amna selamat.
"Baiklah abang. Permintaan abang diterima", kata Amna.
Mereka berdua sama-sama ketawa.

"Daddy, adik nangis" adu Mikael pada daddynya.
"Abang Mikael tengokkan adik dulu. Daddy tengah buat susu adik ni. Kakak Maryam mana?", tanya Mika pada anak lelakinya itu.
"Kakak Maryam sembahyang daddy", jawab Mikael
" Adik Mia jangan nangis. Daddy tengah buatkan susu adik", pujuk Mikael pada adiknya, Mia Awatif.
Si comel Mia Awatif sudah berusia lapan bulan. Anak ketiga Mika dan Amna.
Lengkaplah sudah keluarga Mika dan Amna.

"Sayang, terima kasih kerana menjadi suri abang dengan penuh sabar. Menjaga abang dan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Mengandung dan melahirkan tiga zuriat abang yang comel-comel. Amna pelengkap hidup abang dunia dan akhirat", kata Mika pada Amna yang berbaring di dadanya. Ketiga-tiga anaknya sudah pun tidur kerana kepenatan bermain air siang tadi. Mika membawa Amna dan anak-anaknya bercuti di Gold Coast Morib. Memang kebiasaan Mika membawa anak-anaknya bercuti bila tiba cuti persekolahan.
"Abang, Amna pun nak ucap terima kasih pada abang sebab dah jadi suami yang terbaik untuk Amna dan daddy yang sangat penyanyang. Amna sayang abang sepenuh hati Amna. Abang kebahagiaan Amna dunia dan akhirat", ucap Amna pula.

Mika dan Amna. Jodoh yang Allah telah aturkan untuk mereka. Siapa sangka, orang yang tak pernah ada dalam fikiran kita, pada awalnya menjadi kepunyaan orang lain, akhirnya orang itu menjadi teman sehidup semati sebagai pasangan suami isteri. Berdoalah kepada Allah untuk mendapat jodoh yang baik-baik kerana jodoh itu rahsia Allah.

TAMAT

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now