Bab 44

19.4K 545 4
                                    

"Siapa Cik Zahra tu Tuan Mika?", tanya Ramli.
"Bekas tunang saya. Kawan baik isteri saya", jawab Mika ringkas
Ramli dan pembantu Datuk Muzafar yang lain saling berpandangan. Jawapan Mika buat Ramli dan yang lain tertanya-tanya.
"Apa kaitan Cik Zahra dengan Puan Amna?", tanya Ramli semula
Mika memandang Ramli. Perlu ke dia bercerita kepada Ramli kisah peribadinya.
"Maaf Tuan Mika kalau soalan saya ni seperti busy body tapi maklumat Tuan Mika ni boleh mempercepatkan kita mencari Puan Amna sebab kita ada suspek. Senang kerja kita", kata Ramli yang dapat menangkap pandangan Mika sebentar tadi. Dia tidak mahu Tuan Mika salah faham akan pertanyaanya itu.
Mika melepaskan keluhan. Berat kepalanya. Lagi berat bila nama Zahra tiba-tiba muncul.
"Saya sepatutnya berkahwin dengan Zahra tapi Zahra tinggalkan saya. Pada saya Zahra yang tinggalkan saya tapi pada Zahra dia masih tunang saya. Zahra minta Amna gantikan tempat dia masa hari perkahwinan kami. Zahra minta Amna jagakan saya sepanjang dua tahun dia di Perancis. Alasannya, Zahra tak nak saya berkahwin dengan mana-mana perempuan. Saya terima Amna seikhlas hati saya dan Amna bukan pengganti Zahra. Saya memang nak kahwin dengan Amna kerana petunjuk yang Allah bagi pada saya waktu itu", jelas Mika.
Ramli yang mendengarnya mengangguk tanda faham akan cerita Mika.
"Cik Zahra ada marah Tuan Mika atau Puan Amna?", tanya Ramli semula
"Tiga hari lepas, saya dan Amna memang ada berjumpa dengan Zahra. Saya nak selesaikan semua masalah antara saya, Amna dan Zahra. Saya tak nak masalah ni semakin serius. Saya risau masalah ini akan membahayakan kandungan isteri saya Ramli", beritahu Mika
"Ada Cik Zahra ugut untuk apa-apakan Tuan Mika atau Puan Amna?" Ramli kembali menyoal Mika
"Zahra memang marah. Tapi Zahra tak cakap apa-apa cuma dia ada simbah air pada muka Amna", kata Mika
Ramli mengangguk sekali lagi.
"Okay Tuan Mika. Walau pun kita tak ada bukti yang kukuh untuk kaitkan Cik Zahra dalam hal ni tapi sekurang-kurangnnya kita ada petunjuk untuk cari Puan Amna. Tuan Mika boleh bawa kami ke rumah Cik Zahra?", tanya Ramli
"Boleh Ramli. Jomlah kita gerak sekarang", ajak Mika yang nampak lebih bersemangat.

Di sebuah rumah.....

"Aku nak kau berdua jaga betina ni malam ni. Kalau terlepas,siap kau berdua. Ingat tu!", kata Zahra memandang dua lelaki di hadapannya.
Zahra berdiri di hadapan Amna yang terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri. Zahra tersenyum puas. Puas kerana dapat menyakitkan orang yang telah mengkhianatinya.
"Kau tak kenal aku Amna. Aku boleh bunuh kau kalau aku mahu tapi aku nak tengok kau dan Mika terseksa dulu sebab kau berdua dah buat aku derita. Derita perasaan!"jerit Zahra lalu ditamparnya muka Amna berkali-kali.
Amna masih kaku tidak sedarkan diri.
Zahra membetulkan rambut dan bajunya. Keadaannya yang tidak terkawal sebentar tadi disedari sedang diperhati dua lelaki upahannya. Zahra juga perlu menjaga imejnya sebagai model. Sentiasa cantik dan kemas bukannya seperti orang gila.
Zahra berjalan ke arah lelaki upahannya. Zahra bercakap-cakap dengan dua lelaki itu. Lelaki-lelaki itu mengangguk tanda faham.
Selesai bercakap, Zahra terus berlalu keluar dari rumah yang baru disewanya itu.

Amna cuba membuka matanya. Terasa sakit. Cuba digerakkan badannya, juga terasa sakit. Terasa pahit tekaknya. Haus. Amna pandang sekelilingnya. Seperti sebuah bilik. Tetapi suasana bilik itu hanya samar-samar saja dari cahaya lampu bawah pintu. Amna tidak dapat mengagak keadaan bilik itu sepenuhnya.
Dilihat kaki dan tanggannya diikat. Dia baru teringat peristiwa petang tadi. Dia diserang dua lelaki yang tak dikenalinya. Amna juga terfikir Zahra menerima nasib yang sama dengannya kerana Zahra tiada di keretanya waktu itu.
"Ya Allah, KAU selamatkanlah sahabatku Zahra", kata Amna
Amna mengesot ke bahagian dinding bilik itu. Cuba untuk bersandar. Badannya sakit-sakit. Amna terasa perutnya ditendang-tendang si anak kecil. Amna tersenyum.
"Baby, mummy minta maaf. Baby lapar ye", kata Amna. Sebak. Tentu anaknya itu lapar kerana sejak tengah hari sehingga kini dia masih belum makan. Cadangnya dia ingin makan bersama Zahra tadi tetapi ini pula yang terjadi.
Amna cuba meleraikan ikatan pada tangannya tetapi tidak berjaya.
Amna cuba memberanikan diri memanggil orang yang membawanya ke sini. Amna percaya lelaki itu ada di luar bilik.

"Encik! Encik! Encik!" Jerit Amna.
Kedengaran orang membuka pintu. Amna memandang tepat ke arah pintu untuk melihat siapa lelaki yang membawanya ke sini.
Muncul seorang lelaki gempal. Bermuka masam tepat memandang Amna seperti hendak ditelan saja Amna.
"Kau nak apa?"tanya lelaki itu, kasar.
"Encik, boleh bagi saya air dan makanan. Anak saya lapar encik. Kasihan pada anak saya ni encik", kata Amna sebak. Kasihan anaknya itu.
Tanpa pedulikan kata-kata Amna, lelaki itu terus keluar.
"Encik! Encik!", panggil Amna lagi. Amna menangis. Dia risaukan anak dalam kandungannya itu.
"Tolonglah encik. Kasihanlah anak saya ni", rayu Amna
Lelaki yang tadinya masuk kembali ke dalam bilik membawa sebotol air dan sebungkus roti.
Amna hanya memerhati lelaki itu.
Air dan roti dicampak di hadapan Amna. Amna terkejut. Kakinya sakit terkena botol minuman yang masih penuh berisi air itu.
"Kau makan ni!", arah lelaki itu
Amna pandang semula lelaki di hadapannya itu.
"Encik bukakan dulu ikatan tangan saya ni. Saya nak makan macam mana kalau terikat macam ni", minta Amna.
Lelaki itu kembali mendekati Amna. Dibuka ikatan tangan Amna. Kasar.
Amna menggosok-gosok tangannya yang terasa sakit. Pergelangan tangannya merah berbekas tali ikatan yang agak kuat. Amna hanya diam. Dia tidak banyak soal dengan lelaki dihadapannya itu. Dia tak nak ambil apa-apa risiko kerana keadaannya juga tidak membolehkan dia untuk melawan lelaki itu. Kalau dia melawan hanya akan memburukkan keadaan saja. Amna sendiri tidak tahu mengapa dia boleh setenang ini berhadapan dengan penjenayah. Langsung tidak gentar. Apa yang dia fikirkan saat ini hanyalah anaknya.
Amna mengambil botol minuman di kakinya. Diteguk air itu. Rasanya baru dapat bernafas dan menelan semula air liurnya. Diusap perutnya yang semakin memboyot itu. Ada reaksi dari anaknya. Amna tersenyum. Menitis juga air matanya. Saat ini wajah suaminya juga silih berganti.
"Abang".
Semakin laju air matanya saat bibir menyebut panggilan itu.
"Abang, kalau sudah masa Amna pergi dulu dari abang, jagalah anak kita ni baik-baik. Amna izinkan abang berkahwin dengan Zahra. Amna akan pulangkan hak Zahra yang Amna dah ambil. Maafkan Amna abang. Maafkan Amna, abang Ammar. Maafkan Amna, mummy, daddy. Maafkan aku Zahra", kata Amna
Amna menangis semahunya. Tidak dapat lagi dia menahan perasaan sedihnya saat itu.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now