Bab 8

29.3K 941 8
                                    

Hari itu. Hari bersejarah buat Amna dan Mika. Mereka akan disatukan selepas Zohor.
Zahra mengambil keputusan untuk pergi ke lapangan terbang lebih awal. Hatinya sakit.
Dia sendiri tak tahu kenapa tapi dia harus kuat dan yakin dengan keputusannya.
Ditahan air matanya dari jatuh.
Zahra nekad. Dua tahun tak lama baginya. Dia akan balik untuk Mika.

Majlis resepsi yang berlangsung di Palace of the Golden Horses pada sebelah malamnya sangat meriah. Dihadiri oleh kaum keluarga Mika. Auntie Hamidah dan uncle Zahri juga turut sama sebagai wakil ibu dan ayah. Keluarga disebelahku tidak begitu ramai. Hanya kelurga Mak Long dan beberapa orang disebelah arwah ayah. Abang Ammar orang paling bahagia saat ini. Satu-satu adiknya kini sudah selamat diijab kabulkan.

" Lepas ni balik rumah abang ye", kata Mika. Lembut suara itu.
Amna hanya mengangguk.
Mika memegang erat jari jemariku. Terasa hangat tangannya itu. Aku rasa seperti satu aliran elektrik sedang menjalar dalam seluruh urat darahku.
Amna gementar tetapi dia membalas genggaman itu.
Mika yang berdiri disebelah memandang Amna dan memberi satu senyuman yang cukup manis bak gula-gula kapas dan bermakna di mata Amna.
Amna tertunduk malu.

"Mika, bawa menantu mummy ni naik atas. Tentu Amna letih", arah mummy.

Datin Suhana amat menyenangi kehadiran Amna dalam kelurganya. Pertama kali Mika membawa Amna berjumpa dengannya dan suami, Datuk Muzafar, Datin Suhana sudah jatuh sayang. Wajah lembut dan polos milik Amna amat menenangkan siapa- siapa yang memandangnya. Tanpa solekan yang tebal Amna persis pelakon Hanis Zalikha. Itu yang dikatakan oleh saudara-maranya bila Mika dan Amna duduk di pelamin. Tidak putus- putus memuji menantunya, Amna.

"Baiklah mummy. Jom sayang", ajak Mika.
Mika menarik tanganku.
Terkedu sekejap. Amna hanya mengikut. Hatinya semakin berdebar ditambah rasa malu kepada mentuanya bila Mika memanggilnya sayang.
Mummy dan daddy senyum penuh makna.

.............................................................................
Jangan lupa vote dan tinggalkan komen guys!

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now