Bab 23

29.5K 713 8
                                    

"Maafkan Amna abang.
Amna banyak buat salah pada abang. Memang Amna kahwin sebab Zahra.
Tapi perasan sayang dan cinta pada abang semakin hari semakin dalam". Sambil menangis Amna meluahkan segala perasaannya selama ini.

"Abang faham perasaan Amna. Amna rasa mengkhianati Zahra tapi percayalah kalau Amna bagi abang pada Zahra sekalipun abang tak akan kembali pada Zahra", terang Mika.

"Tapi kenapa abang balas emel Zahra?"
Oppsss....Amna dah terlepas cakap.

Mika mengerutkan dahi kemudian dia senyum.
"Oooo...Amna stalk abang ye?"

"Amna tak sengaja. Tangan Amna tersentuh skrin ipad abang. Terus nampak emel tu", jelas Amna.
Risau juga kalau suaminya itu fikir yang bukan-bukan. Takut di cop busy body.

" Amna jealous ye? Abang suka".

"Bohong la kalau Amna tak rasa apa-apa".

Mika ketawa.
"Abang suka Amna jealous. Jealous tanda sayang.Am I right?".
Mika senggol bahu Amna di tepinya.

"Baru abang faham sebab Amna dingin dengan abang 2 minggu lepas. Jual mahal dengan abang. Tak layan abang. Abang ni tak tahu nak pujuk dah. Buat keje serba tak kena. Asyik fikirkan Amna je tau.
Pasal ni ke Amna?", tanya Mika

Amna angguk
Mika meraup mukanya.
"Amna sayang, abang minta maaf kalau dah buat Amna sakit hati, buat Amna susah hati.
Apa yang abang reply tu bukan dari hati abang pun. Zahra desak abang. Tanya abang macam-macam. Kalau Amna check satu-satu emel Zahra, abang tak pernah balaspun kecuali satu je yang abang balas sebab dah tak larat nak baca mesej dia yang macam-macam tu. Kalau Amna tak percaya, ambil ni tengok sendiri", kata Mika sambil menghulurkan iPhonenya.

"Gambar-gambar Zahra?"
Amna pandang tepat mata Mika. Dia nak tengok reaksi suaminya itu.
Mika membalas pandangan Amna.

"Amna, Zahra hantar gambar-gambar tu sebab mungkin abang tak balas emel dia, abang tak balas mesej-mesej dia. Dia hantar gambar macam tu dia ingat boleh buat abang tergoda. Abang tak nak tuduh atau fikir yang bukan-bukan.
Abang pun tak tahu apa niat dia yang sebenar. Kebetulan abang buka emel tengok ada satu emel dia, bila buka tengok gambar Zahra. Abang tengok la..Free". Mika buat muka slumber macam tak rasa bersalah.

Amna membulatkan matanya. Terkejut bila Mika cakap macam tu.
"Memang dasar laki", kata Amna lalu bangun dan berjalan ke balkoni.
Mika terus gelak bila melihat si isteri dah berangin satu badan.

Mika pun bingkas bangun mengikut langkah si isteri.
Mika peluk Amna dari belakang. Diletakkan dagunya di atas kepala Amna.
Lama mereka begitu.
Amna biarkan saja. Entah kenapa bila Mika buatnya begitu hilang segala marahnya. Dia suka begitu.

"Sayang....sorry. Abang gurau je.
Memang abang tengok tapi tidak la tengok betul-betul. Tak lekat kat kepala abang ni. Abang rasa terkilan dan terkejut sikit la bila tengok gambar Zahra tu.
"Terkilan? Terkejut? Sebab?".
"Ye lah Zahra boleh berubah sampai macam tu. Padahal baru nak masuk setahun dia kat sana. Dengan pakaiannya. Dah tak tahu dosa pahala. Jauh sangat dengan Zahra yang abang kenal dulu.
Abang rasa ni la hikmahnya Allah pertemukan abang dengan Amna.
Tak tahulah kalau abang dah kahwin dengan Zahra dan Zahra jadi model. Tak mampu abang nak bimbing dia.

"Sebab apa abang nak kahwin dengan Amna?", tanya Amna.
"Istikharah Amna". Jawab Mika
"Petunjuk yang Allah bagi pada abang. Abang dah minta pendapat mummy dan daddy. Mummy, daddy restu bila abang cakap nak kahwin dengan Amna. Mummy dan daddy memang suka pada Amna masa pertama kali abang bawa Amna jumpa mereka. Bila mummy tunjuk gambar Amna pada Kak Long, Kak Ngah abang semua bekenan dan suruh abang teruskan perkahwinan tu.

Terharu Amna mendengarnya.
"Ye ke?"
"Ye lah. Sayang ingat abang reka-reka cerita ke? Abang yakin, sayanglah jodoh abang".
Amna berpaling pada Mika. Dia pandang lama mata suaminya itu. Mencari kebenaran pada setiap inci kata-kata suaminya itu.
Amna peluk erat suaminya. Tak mahu dia melepaskan Mika pada orang lain.
Maafkan aku Zahra. Bisik hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now