Bab 42

19.8K 517 5
                                    

Aku nak jumpa kau esok. Tunggu aku
kat tempat biasa.
Mesej dari Zahra, Amna baca berulang kali. Seperti tidak percaya yang sahabatnya itu ingin berjumpa dengannya.
Aku tunggu kau beb.
Balas Amna.
Tak lama kemudian, iPhone Amna berbunyi semula.
Jangan beritahu Mika. Ini antara kau dan
aku saja.
Mesej dari Zahra lagi.

Okay beb.
Cepat Amna membalasnya. Tak sabar dia nak berjumpa dengan sahabatnya itu.

"Sayang abang nak pergi office sekejap. Tadi SU abang, Kak Nina ada call suruh abang tandatangan dokumen. Urgent katanya. Kita keluar petang nanti ye", beritahi Mika

Amna angguk. Bagai pucuk ulam dicipta. Amna senyum sendiri. Tak perlu dia nak berdalih dengan suaminya untuk berjumpa Zahra. Kalau dia beri tahu, sudah tentu Mika tak izikannya.
Mika yang sedang menyikat rambut dihadapan cermin melemparkan senyumannya ke arah Amna yg duduk di atas katil membelakangkannya.
Amna berjalan ke arah Mika.
Amna peluk Mika dari belakang. Erat.
Mika membalasnya.
Lama mereka begitu.
Walau pun tanpa kata tapi mereka berdua tahu apa yang sedang mereka rasakan.
"Sayang abang pergi dulu. Petang nanti kita jumpa ye", kata Mika. Mika cium dahi Amna.

Hampir setengah jam Amna menunggu Zahra.
Kelibat Zahra masih belum muncul.
Iphone Amna berbunyi. Amna mencari-cari iPhonenya dalam handbag.
Dibaca mesej yang dihantar Zahra.
Sorry beb. Kereta aku rosak. Boleh kau
jemput aku?
Boleh beb. Kau kat mana? Aku datang
sekarang.
Amna cepat-cepat balas mesej Zahra.
Amna keluar dari Starbuck dan memandu keretanya ke tempat yang dikatakan Zahra dalam mesejnya.

Amna berhenti di suatu tempat. Kelihatan kereta Zahra. Amna turun dari kereta menuju ke arah kereta Zahra. Tiada Zahra dalam kerete itu. Amna meninjau-ninjau di sekitar kawasan itu tetapi tiada kelibat Zahra. Amna cuba menghubungi Zahra tetapi tidak berjawab.

"Zahra..Zahra..Zahra", panggil Amna
Tiba-tiba Amna pula rasa takut berada di kawasan itu yang agak lengang dan sunyi.
Panggilannya juga tidak disahut Zahra.

Amna kembali ke keretanya. Belum sempat dia membuka pintu keretanya, tiba-tiba Amna diserang oleh dua lelaki yang tidak dikenalinya.
Amna cuba melawan tetapi dalam keadaannya yang sarat dia tak mampu melawan kudrat dua lelaki itu. Amna memukul lelaki-lelaki itu dengan handbangnya tetapi akhirnya Amna yang rebah ditolak oleh salah sorang dari lelaki itu.
"Tolong! Tolong!.Tolong!.Amna menjerit sekuat hati meminta tolong kalau-kalau ada sesiapa yang lalu di tempat itu tetapi harapannya sangat tipis.
"Ya Allah selamatkanlah aku. Selamatkanlah anakku Ya Allah. Abang tolong Amna abang", kata Amna separuh menjerit tapi dirasakan saat itu suara seperti tidak keluar lagi. Seluruh tubuhnya menggeletar. Dirasakan nyawa akan diambil waktu itu. Melihatkan wajah bengis dua lelaki itu amat menakutkan Amna.
Dua lelaki itu semakin dekat menghampirinya.
Kepala Amna dipukul. Saat itu Amna sudah tidak sedarkan diri.

Sudah beberapa kali Mika menghubungi Amna. Satu panggilan telefonnya tidak diangkat. Tak kan Amna bawa diri lagi. Tiba-tiba Mika terfikir begitu.
"Astaghfirullah alazim", cepat-cepat dia beristighfar. Fikirannya sudah memikirkan hal-hal yang buruk. Sejak keluar dari rumah tadi Mika sudah tidak sedap hati. Cara Amna pagi tadi juga tidak seperti biasa. Amna sangat manja dengannya. Amna memeluknya. Tak mahu dilepaskan pelukannya pada Mika. Amna mencium pipi Mika. Semakin bedebar Mika mengingatkan setiap pelakuan Amna pagi tadi pada dirinya.
Mika menghubungi mummynya kalau-kalau mummynya ada di rumah dan tahu ke mana Amna pergi.
"Assalamualaikum mummy",Mika memberi salam pada mummynya.
"Waalaikumsalam. Ada hal apa Mika call mummy ni?", soal Datin Suhana.
"Mummy ada di mana? Di rumah ke? Soalan mummy dijawab dengan soalan dari Mika.
"Mummy ada dengan bibik ni kat luar.Beli barang dapur. Kenapa Mika?", tanya Datin Suhana
"Mummy ada tak Amna beritahu dia nak ke mana-mana hari ni?", tanya Mika semula
" Ada. Amna cakap nak ke KPJ. Nak jumpa kawan dia. Ada hal kerja juga katanya. Amna tak beritahu Mika ke?", Kali ni mummy pula bertanya. Datin Suhana dapat rasakan ada yang tak kena. Suara anak lelakinya itu cemas.
"Amna tak call Mika mummy.Mika tak sedap hati la mummy. Mika call Amna banyak kali tapi tak diangkat", beritahu Mika pada mummynya.
"Mika dah call tempat kerja Amna. Mana tahu dia memang ada kat sana. Mungkin bateri handphone Amna dah habis.
"Okaylah mummy, Mika cuba call tempat kerja Amna dulu. Kalau ada apa-apa berita, Mika beritahu mummy. Mummy pun kalau Amna dah balik rumah, mummy call Mika ye", pinta Mika
"Yelah. Nanti mummy call Mika kalau Amna dah balik ke rumah. Mika tu hati-hati memandu. Risaulah mummy", nasihat mummy pula.
"Baik mummy", kata Mika sebelum meletakkaan iPhonenya.
Mika laju memandu ke KPJ. Setibanya di sana, Mika terus ke bahagian farmasi.
"Boleh saya berjumpa dengan Puan Rohaya", kata Mika apabila berdiri di hadapan kaunter farmasi.
Wanita bertubuh kecil berkulit hitam manis tersenyum memandang Mika.
Mika memandang sekilas tanda nama di tudung wanita itu, Zakiah. Dia pernah mendengar isterinya bercerita tentang rakan sekerjanya yang bernama Zakiah itu.
Rohaya pula rakan sekerja Amna yang paling rapat kalau mengikut cerita Amna.
Sebentar kemudian, Rohaya keluar dan mendapatkan Mika.
"Encik cari saya?"sapa Rohaya dari belakang Mika.
Mika terus berpaling memandang ke arah Rohaya dengan senyuman.
"Ye. Saya cari Puan Rohaya",sopan Mika menjawab
"Ada apa ye? Encik ni siapa?", giliran Rohaya pula bertanya
"Saya Mika. Suami Nurul Amna", kata Mika.
Alamak handsomenya suami kau Amna. Sempat Rohaya berkata dalam hatinya. Tak sangka pula Rohaya yang suami kawannya itu tersangatlah handsome. Senyumannya saja dah buat mata tak toleh ke lain. Patutlah Zakiah tadi asyik tersenyum panjang sambil memuji-muji orang di kaunter yang mencarinya tadi rupanya suami Amna. Pandai kau Amna sorokkan laki kau yang handsome tu.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Donde viven las historias. Descúbrelo ahora