Bab 5

29.5K 766 13
                                    

"Zahra..I tak boleh nak janji kalau I tak buat apa-apa dengan Amna. Kalau Amna tu dah jadi isteri I yang sah, I ada hak ke atas dia. Kalau you takut jadi apa-apa antara I dengan Amna, you cancelkan niat you tu.Kita kahwin!". pujuk Mika lagi

"Oh! No...no... tak boleh Mika. I kena pergi juga. I nak you janji tunggu I. Jangan ada apa-apa dengan Amna. I tak akan maafkan you kalau you curang dengan I. Dua tahun je Mika.Lepas tu kita bina hidup kita
sama-sama ye. Promise?". Zahra minta Mika berjanji dengannya.

Mika hanya diam membisu.Tak kata apa-apa. Apa yang dia rasa sekarang hanyalah kecewa. Kecewa dengan wanita di hadapannya yang pernah berjanji untuk hidup bersamanya. Kini, wanita itu tekad untuk meninggalkannya di saat dia sudah bersedia untuk menjadi suami yang paling setia. Suami yang paling penyayang.
Kau akan menyesal Zahra. Hanya itu yang terluah dalam hatinya.

...................................

Tempat: Rumah keluarga Zahra
Masa : 1 minggu sebelum majlis

Amna mengikut perancangan Zahra dan keluarganya. Kebetulan dia memang sudah tidak ada ibu dan ayah. Mama dan papa Zahra sudah dianggap seperti ibu dan ayahnya sendiri. Amna sudah berkawan dengan Zahra sejak sama-sama menuntut di MRSM Kuantan dan kemudian mereka ke Matrikulasi Melaka. Kami juga memohon universiti yang sama. Yang lainnya hanya bidang pengajian kami.Zahra ambil jurusan perakaunan dan aku dalam bidang farmasi.

Rumah Zahra dah macam rumah keduanya Bila cuti aku lebih banyak duduk di rumahnya berbanding dengan rumah Abang Ammar sebab Abang Amar selalu outstation.Maklumlah Abang Ammar sudah naik pangkat.Banyak masa bekerjanya di luar negara. Aku bangga dengan Abang Ammar.Alhamdulillah.

"Beb..kau tak rasa menyesal ke dengan keputusan kau ni?", tanya Amna

Amna pelik melihat sahabatnya itu. Tidak ada riak sedih. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Zahra.Dia tidak dapat membacanya. Kalau dia di tempat Zahra sudah menangis bertempayan agaknya. Manakan tidak kawannya sendiri akan berkahwin dengan bakal suami tak jadinya itu. Malah Zahra orang paling sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan aku dan Mika.

Zahra yang sedari tadi sibuk menyusun hantaran yang sudah siap ditempah khas dari Man Kajang Bridal Boutique terus memandang aku. Zahra senyum. Dia duduk disebelahku sambil memeluk bahu aku.

" Beb kita ni dah kawan lama sangat. Kalau kata cubit peha kanan kau ni peha kiri aku sakit sama tau". Sambil mencubit peha Amna.

Auch! Amna menjerit kesakitan dicubit Zahra.

"Sakitnya!. Kau ni kalau mencubit setahun tak hilang tau." Amna menggosok-gosok pehanya yang dicubit.

"Beb...aku memang tak ada kawan lain selain kau. Kau pun tau tu. Aku percaya pada kau. Kau akan jaga Mika untuk aku kan?" Zahra seperti mengingatkan sahabatnya tentang tujuan perkahwinan itu.
Amna rasa tak selesa dengan pandangan mata Zahra seperti memberi 'warning' kepadanya.

Entah kenapa Amna sendiri tak yakin yang dia mampu untuk jaga Mika tanpa ada 'apa-apa'. Mika sendiri pun pernah mengingatkannya tentang tanggungjawab seorang isteri kepada suami. Mika tak anggap perkahwinan ini satu permainan. Dia bukan lelaki seperti itu.

Ya Allah, KAU permudahkanlah urusan ku ini kerana aku yakin dengan petunjukMU dalam Istikharahku. Kata hati Amna.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now