Bab 64

21.9K 449 14
                                    

Zahra melayan Mika di meja makan.
"Sayang nak nasi sikit ke banyak?"tanya Zahra
Mika tidak menjawab tapi diangkatnya jari telunjuknya.
Zahra faham maksudnya satu senduk.
"Semua lauk ni Amna yang masak tapi Zahra tolong sikit-sikit. Zahra baru nak belajar", kata Zahra.
Datin Suhana hampir nak tergelak bila Zahra kata dia tolong sikit-sikit. Selama Zahra di dapur tadi, tak ada satu pun yang dia sentuh. Hanya bercakap saja. Macam-macam yang ditanyanya.
Amna pula hanya diam saja. Amna sendukkan nasi ke pinggan mummy dan daddy.
"Macam sedap ni. Siap ada ulam lagi. Masak lemak ikan masin dengan nanas ni memang daddy suka", kata daddy sambil melipat lengan baju kemejanya.
Sungguh berselera daddy makan tengah hari itu. Mika juga menambah nasinya.
Sesekali mata nakal Mika mencuri pandang si isteri yang juga berselera makannya.
Mika tersenyum sendiri.
Zahra pula tak makan makanan berlemak. Zahra hanya makan ayam goreng berempah. Lantak kaulah Zahra. Duduk dalam rumah ni makan je apa yang dimasak orang dalam rumah ni. Nak diet, jaga badan kena masak sendiri menu diet tu. Bebel Mika dalam hati.

Selesai makan, Mika bangun membawa pinggannya ke sinki.
Amna di sinki sedang membasuh. Mika hulur pinggannya pada Amna. Dirapatkan tubuhnya pada Amna.
"You are so beautiful and....ermmmm so sexy", bisik Mika.
Amna toleh pada Mika yang rapat berdiri di belakangnya. Mika senyum nakal.
Ingatkan tak nampak dah isteri yang sorang ni. Si Zahra lagi seksi dari dia. Bebel Amna dalam hati.
Amna mencebik. Mika ketawa. Comel benar kalau Amna dah buat muka cemberut dia tu.
"Ehemmmm", Zahra di belakang sudah berbunyi. Tak puas hati nampaknya.
Amna sudah selesai membasuh. Ditinggalkan Zahra dan Mika di situ. Dia tak mahu bergaduh. Malu pada mummy dan daddy.
Muka Zahra sudah berubah.
"You ni sayang memang nak sakitkan hati I kan?"kata Zahra yang sudah mula beryou dan I itu. Marah sungguhlah tu.
"Apa you ni Zahra. Janganlah nak mulakan. Tak malu ke pada daddy dan mummy tu", jawab Mika.
"You tu Mika. Dengan I bukan main lagi tak nak sentuh padahal I ni isteri you. Kalau dengan Amna tak kira tempat nak menggatal", Zahra mula berang.
Datin Suhana dan Datuk Muzafar yang masih di meja makan terus bangun untuk melihat apa yang berlaku di ruang dapur.
"Kenapa ni Mika?"tanya daddy.
Mika menggelengkan kepalanya.
"Zahra, kenapa ni?"tanya daddy pula bila Mika tidak menjawab. Zahra sudah menangis.
"Abang Mika ni daddy. Kalau Amna dilayannya elok-elok. Nak menggatal dengan Amna tak kira tempat tapi dengan Zahra ni tak pernah nak sentuh pun. Zahra nak pegang dia pun, abang Mika tak bagi", jawab Zahra yang sudah teresak-esak menangis.
Mika pegang kepalanya. Pening tiba-tiba.
Datin Suhana juga sudah memicit pelipisnya. Pening dengan perangai menantu yang sorang ni. Nak disuruh Zahra balik ke rumah orang tuanya, Zahra memang nak tinggal di sini lagi. Kalau cakap nanti Zahra ingat dia tak suka. Apa pula kata Hamidah dan Zahri. Semakin pusing kepalanya.
"Zahra kena banyak bersabar. Dalam rumahtangga memang ada pasang surutnya. Bagilah masa pada Mika. Zahra pun tahukan,perkahwinan ni atas permintaan Amna bukan Mika. Lagi pun tak sampai sebulan Zahra kahwin dengan Mika. Zahra dan Mika kena berbincang", nasihat daddy.
"Semua orang dalam rumah ni pilih kasih. Semua sayang pada Amna sorang je. Daddy dan mummy pun sama. Anggap Zahra ni masih orang luar. Zahra tahu Zahra tak baik. Zahra ni bekas banduan tapi jangan layan Zahra macam ni!", jerit Zahra seperti sudah naik hantu.
"Zahra! Kenapa tinggikan suara macam tu pada daddy dan mummy?", Mika juga sudah naik angin.
"Betulkan apa yang Zahra cakap ni! You tu Mika, dayus! Takut bini sial macam Amna tu!", jerit Zahra lagi
"Astaghfirullah al azim. Bawa mengucap Zahra. Kenapa cakap macam tu dengan suami sendiri. Zahra kena banyak bersabar", pujuk mummy pula.
"Memang Mika ni dayus mummy. Takut pada Amna. Ikut je apa Amna cakap. Entah ubat guna-guna apalah yang Amna dah bagi orang dalam rumah ni sampai semua tunduk pada dia", kata Zahra lagi
"Zahra, you yang tak reti sabar. I dah cakap bagi I masa. Masa untuk sesuaikan diri I semula dengan you. You ingat boleh sehari dua ke I nak terima apa yang berlaku ni. I sendiri tak rela sebenarnya kahwin dengan you. I buat sebab Amna. Amna yakin I boleh bahagiakan you dan dia. Zahra, I sedang cuba sebenarnya tapi sikap you yang tak boleh sabar buat I fed up. Kita baru saja kahwin dua minggu Zahra. Banyak masa lagi", jelas Mika. Biar daddy dan mummy tahu bukan dia tidak mencuba untuk menerima Zahra tapi dia perlu masa. Harap daddy dan  mummnya faham.

Amna turun semula ke bawah bila terdengar bunyi bising dari arah dapur.
Rupanya Zahra, Mika, daddy dan mummy ada di situ.
"Huh! Kau Amna. Sukalahkan semua orang dalam rumah ni membela kau", kata Zahra pula bila Amna muncul di belakang mummy.
Amna yang tidak tahu punca perbalahan itu terkebil-kebil memandang Zahra kemudian Mika.
"Kenapa ni Zahra? Apa lagi yang kau nak? Apa lagi yang kau tak puas hati?", tanya Amna.
"Aku benci kau dan Mika. Sekali lagi kau buat aku merana. Apa yang kau dah buat sampai Mika dah tak pandang aku, huh!" Zahra menjerit lagi.
"Aku tak buat apa-apa pun Zahra. Aku nak kau bahagia sebab tu aku minta Mika kahwin dengan kau. Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Itu pun kau masih tak nampak ke?", balas Amna.
Zahra buka laci almari pada table top lalu dicapai sebilah pisau. Diacukan pada Amna. Amna terkejut.
" Zahra! Bahaya tu! Jangan ikutkan perasaan tu sangat. Istighfar", kata daddy yang cemas bila Zahra seperti sudah hilang pertimbangan.
Datin Suhana juga sudah pucat mukanya kerana takut dengan tindakan Zahra.
"Please lah Zahra. Jangan buat lagi macam dulu", pujuk Mika.
"Aku tak peduli. Hari ni kau berdua mampus!"jerit Zahra.
Zahra terus ke hadapan menarik Amna. Amna jatuh terjelepak. Amna menjerit kesakitan. Tangannya dipegang kuat oleh Zahra. Zahra acukan pisau pada pergelangan tangan Amna.
"Abang tolong Amna, abang. Mummy, daddy tolong Amna", rayu Amna yang sudah menangis ketakutan.
"Zahra! Jangan Zahra!", serentak Mika, Datuk Muzafar dan Datin Suhana menjerit dengan tindakan tidak disangka Zahra itu.
Zahra sudah mengangkat pisau untuk menikam Amna.
Amna menjerit..tapi tiba-tiba satu benda berat menghempapnya.
Bila Amna buka mata, Mika yang menghampabnya. Dilihat baju kemeja Mika sudah berlumuran darah. Darah memancut keluar dari perut Mika. Amna pangku kepala Mika.
" Ya Allah. Abang! Apa kau dah buat ni Zahra!", jerit Amna. Zahra mencampakkan pisaunya.
"Mika!", jerit mummy dan daddy pula.
Datin Suhana sudah menangis disebelah Mika.
" Ya Allah selamatkan anak aku, Ya Allah!", rintih Datin Suhana
Datuk Muzafar menghubungi ambulans.
Bik Ana yang hanya melihat perbalahan itu tadi turut membantu. Bik Ana juga ketakutan.
"Abang...abang buka mata abang. Jangan buat Amna macam ni", rayu Amna. Amna tekan luka pada perut Mika. Beberapa cara pertolongan cemas yang Amna belajar semasa kursus Pharmacist dulu dipraktikkan.
"Daddy, mummy tolong Amna. Daddy tekan luka ni dulu. Mummy ajak Mika bercakap. Jangan bagi Mika pejam", arah Amna sebelum dia naik ke atas untuk mengambil peti ubatnya.
"Mika..Mika..",panggil daddy dan mummy.
Mummy tepuk-tepuk muka Mika.Mika sudah pejamkan matanya. Mika tidak lagi bersuara. Darah semakin banyak.
"Amna! Amna!"jerit mummy.Mummy sudah menangis. Tak sanggup dia kehilangan anaknya itu. Ya Allah selamatkan anakku Ya Allah.
Bila Amna kembali, Mika sudah senyap.
"Abang!abang!", panggil Amna.
Amna periksa nadi Mika. Tiada lagi denyutan.
"Abang.......", dipeluk tubuh kaku itu.
Mummy disisi daddy sudah lembik. Mummy pengsan.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now