Bab 7

28.9K 905 8
                                    

"Aku terima nikahnya Nurul Amna binti Ahmad Saifullah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai".
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah".
Dengan sekali lafaz, Nurul Amna binti Ahmad Saifullah telah sah menjadi kepunyaan Mika Adrean bin Datuk Muzafar.
Abang Ammar sendiri yang menikahkan aku dan Mika.
Semua yang hadir dalam majlis itu mengangkat tangan dan mengaminkan doa yang dibacakan Tok Kadi.

Acara membatalkan air sembahyang, Mika menyarungkan sebentuk cincin berlian. Cincin yang aku pilih sendiri dengan mummynya. Mika cakap dia tak nak beri cincin yang dibeli untuk Zahra.

Aku amat menghargai apa yang Mika cuba lakukan.Menjaga hatiku walau tidak ada rasa cinta pada tika ini..dan aku juga sebenarnya tidak kisah jika aku diberikan cincin Zahra kerana aku hanya menggantikan Zahra untuk tempoh dua tahun.

Zahra tidak ada pada hari pernikahan aku dan Mika.
Zahra telah pun berangkat ke Perancis awal pagi tadi.
" Beb, aku minta maaf tak boleh temankan kau nanti.Flight aku awal pagi esok. Tiba-tiba tukar jadual pulak. Sorry sangat-sangat beb". Kata Zahra lewat malam tadi.

Aku tahu Zahra tak nak berada di majlis tu nanti. Aku tahu dia sedih tapi ini yang dia pilih. Dia yang memaksa aku dan Mika.
Kenapa keras sangat hati kau Zahra. Berbaloi ke pengorbanan kau ini tapi akhirnya kau yang rasa sakit.

Mummy dan daddy Mika aku salam. Mummy Mika memeluk aku. Kuat. Aku dapat rasakan kasih sayang wanita itu mengalir dalam diri ku saat itu.

"Terima kasih Amna. Sudi jadi isteri anak mummy dan daddy. Amna jaga Mika baik-baik ye", pesan mummy.

Aku angguk. Terharu dengan penerimaan keluarga Mika terhadap aku yang tiba-tiba menjadi ahli keluarganya. Pada awalnya aku rasa kekok sebab aku bukan menantu pilihan tapi menantu segera untuk menutup malu keluarga. Tetapi perasaan itu semakin hilang dan terhakis, sikit...sikit.

"Maafkan Zahra, Amna. Auntie rasa bersalah sangat pada Amna. Walau pun auntie tahu rancangan Zahra tapi auntie tak pernah setuju. Puas dah auntie pujuk tapi Zahra nekad kali ni. Auntie dan uncle tak tahu dah nak buat apa. Kami ikut je la apa yang dia nak. Auntie lagi takut kalau Zahra merajuk dan terus pergi tak nak balik Malaysia lagi".

Kasihannya auntie. Aku tahu auntie sedih sangat. Patutnya hari ni hari paling bahagia buat seisi keluarga Zahra dan Mika. Tapi lain pula yang jadi.

Kita hanya merancang tapi Allah juga sebaik-baik penentunya. Hanya DIA yang tahu.

.........................................................................
Terima kasih yang sudi membaca. Jangan lupa vote dan tinggalkan komen anda untuk saya perbaiki penulisan saya. Ini kali pertama saya menulis untuk tatapan pembaca..so banyak yang kurang.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ