Bab 45

20.2K 548 3
                                    

"Amna", panggil Mika
Mika membuka mata melihat sekelilingnya. Dilihat sebelahnya hanya Ramli yang sedang memandangnya.
"Kenapa Tuan Mika?", tanya Ramli bila melihat Mika seperti terpinga-pinga, kebingungan. Kasihan Ramli melihat anak majikannya itu.
"Saya terdengar isteri saya panggil saya, Ramli. Isteri saya selamatkan Ramli?"tanya Mika
"InsyaAllah Tuan Mika, Puan Amna selamat. Kita banyakkanlah doa semoga Allah memelihara Puan Amna", kata Ramli yang berharap kata-katanya itu dapat memberi semangat pada anak muda itu. Siapalah tidak risau kalau isteri hilang dalam keadaan sedang sarat mengandung anak sulong.
Mika meraup mukanya. "Ya Allah. Ya Allah". Berkali-kali nama itu disebut. Hanya kepada Allah tempatnya bergantung harap memohon dilindungi isteri dan anaknya.

"Tuan Mika", panggil Ramli
Mika memandang Ramli
"Tuan Mika tengok depan tu. Itu ke Cik Zahra?", tanya Ramli
Mika memandang ke arah yang ditunjukkan Ramli. Ramli memberhentikan keretanya di seberang jalan rumah orang tua Zahra. Kelihatan seorang perempuan yang agak seksi keluar dari kereta di perkarangan rumah itu.
Mika melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 2 pagi.
"Memang tu Zahra. Dia buat apa pukul 2 pagi baru balik rumah", bebel Mika
"Itu yang kita nak siasat. Sebenarnya Tuan Mika, hati saya berat mengatakan Cik Zahra terlibat dengan kehilangan Puan Amna ni. Saya pun tak tahulah kenapa, tapi itu kata hati saya", jelas Ramli, yakin.
Mika mengangguk tanda faham. Dia juga yakin dengan Ramli kerana Ramli memang mempunyai pengalaman mencari orang hilang. Tengok sahajalah tidak sampai seminggu dia mencari pekerja daddy yang tiba-tiba hilang dan melarikan wang syarikat dua tahun lepas.

"Macam ni Tuan Mika, anak buah saya, Zaidi dan Manaf akan tinggal di sini untuk perhatikan Cik Zahra. Mereka berdua akan ikut ke mana saja Cik Zahra pergi. Ini dapat membantu kita mencari Puan Amna kalau betul Cik Zahra dalang disebalik kehilangan Puan Amna ni. Tuan Mika jangan risau. Zaidi dan Manaf juga berpengalaman dalam kes macam ni", jelas Ramli
Mika hanya diam. Kalau ikutkan hatinya hendak saja dia terus masuk ke rumah Zahra dan bertanya kepada wanita itu tetapi tindakannya itu mungkin hanya sia-sia saja kerana sudah tentulah Zahra tidak mengaku. Tindakannya itu juga akan merumitkan kerja Ramli dan yang lain.

"Saya hantar Tuan Mika balik dulu. Zaidi dan Manaf dah ada dalam kereta di belakang kita. Biar mereka saja yang buat kerja ni. Tuan Mika balik dan rehat. Esok bolehlah Tuan Mika ke balai buat report", kata Ramli
Mika hanya mengangguk tanda setuju.

Amna tersedar dari tidur. Entah bila dia tertidur. Mungkin keletihan kerana terlalu banyak menangis. Dibetulkan kedudukannya.Ditarik kainnya yang agak terselak. Tudungnya juga dibetulkan.
Sayup-sayup kedengaran azan. Azan subuh. Tahulah Amna waktu ketika itu. Dia ingin bersolat. Digagahkan dirinya untuk bangun. Ada sebuah lagi pintu di dalam bilik itu. Telahannya itu adalah tandas. Amna bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah pintu itu. Ditolak pintu itu dan sememangnya itu adalah tandas. Syukur kepada Allah.
Amna membersihkan mukanya. Terasa sakit pipinya. Kepalanya juga sakit akibat dipukul. Amna masih ingat kali terakhir memang dia dipukul oleh lelaki tadi.
Usai membersihkan dirinya, Amna mengambil wuduk.

Amna berdiri di tengah ruangan bilik itu. Tidak tahu mana arah kiblatnya. Dia juga tidak tahu bagaimana mahu bersolat dalam keadaan pakaiannya yang tidak sempurna itu. Tiada telekung. Kakinya juga terdedah. Amna berdiri di duatu sudut untuk memulakan solatnya. Dia hanya berdoa semoga Allah menerima solatnya itu walau terlalu banyak kekurangan tetapi dia percaya Allah melihat dan mengetahui niatnya.
Usai solat, Amna memanjatkan doa kepada penciptaNya. Memohon perlindungan dari musuh-musuhnya.

Amna kembali duduk di tempatnya tadi. Dia bersandar sambil mulutnya berzikir. Diusap perutnya. Tinggal sebulan saja lagi anaknya itu akan lahir. Tanda cinta dia dan Mika. Zuriat yang amat diinginkan oleh Mika.

"Sayang, sayang tak nak ke tahu baby kita ni girl atau boy. Abang tak sabar tau. Kalau boy mesti handsome dan macho macam abangkan. Kalau girl, cute dan comel macam sayang", kata Mika yang berbaring di peha Amna. Amna mengusap lembut rambut suaminya itu sambil tersenyum manis. Kelakar Amna melihat perangai suaminya itu.
"Abang nak tahu sangat ke jantina baby kita ni?", soal Amna
"Mestilah. Abang nak belikan barang baby, so kena tahulah jantinanya. Abang tak sabar dah nak pergi beli barang baby ni. Lambat betul nak tunggu enam bulan. Abang pun pelik apalah pantang larang orang dulu-dulu yang nak beli barang anak tunggu kandungan lebih enam bulan. Mummy yang moden tu pun boleh percaya. Kalau ikut hati abang ni sayang, masa sayang disahkan mengandung lagi abang dah beli tau", kata Mika.
Akhirnya Amna tertawa juga mendengar Mika membebel. Amna sendiri juga tidak tahu apa alasan mummy tidak  memberi izin padanya dan Mika untuk membeli barang baby masa kandungannya baru masuk lima bulan. Mummy cakap tak elok. Kalau nak beli biar tunggu baby enam bulan ke atas. Aku yang mendengar kata mummy, ikutkan sahaja. Adalah sebabnya itu. Aku pun tidak bertanya lanjut akan sebabnya.
"Ketawa pulak sayang ni. Abang serius dia boleh ketawa. Abang cium kang", kata Mika yang cuba bangun untuk mendapatkan wajah Amna.
Amna menolak tubuh suaminya.
"Okay..okay abang. Amna minta maaf. Amna ketawa sebab abang tu dah kuat membebel sekarang ni tau. Dah macam mummy. Itulah cakap lagi mummy kuat membebel sekarang dah turun ke abang", kata Amna
Mika duduk di sebelah Amna memandang isterinya.
"Ye ker?", tanya Mika sambil menepuk perlahan mulutnya.
Amna ketawa lagi. Semakin lucu perangai suaminya.
"Abang ni apalah. Dahlah tu. Mana kuah kalau tak tumpah ke nasi abang. Sedikit sebanyak perangai orang tua kita ni pasti akan ada anak-anak yang mengikut", kata Amna
"Tapi abang tak nak ikut perangai mummy. Letihlah membebel", jawab Mika pula
"Kalau macam tu abang kena lebih sabarlah. Tidaklah nanti abang membebel", kata Amna memberi nasihat.
Amna dan Mika saling berpandangan. Mereka berdua ketawa bersama-sama. Bahagia.

Amna tersenyum sendiri bila teringatkan waktu bersama suaminya itu. Terlalu banyak kenangan. Tidak ada satu yang pahit baginya. Mika anugerah terindah untuk dirinya. Mika terlalu baik melayannya. Sabar dengan karenahnya lebih-lebih lagi bila Amna mengandung. Ini yang dikatakan jodoh rahsia Allah. Jodoh yang tidak disangka-sangka. Inilah jawapan Istikharahnya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now