Bab 16

31.5K 808 16
                                    

Amna sudah pun bersiap-siap. Puas hati dengan penampilannya. Simple but nice.
Amna tunggu Mika yang masih di dalam bilik air.
Huh! mandi mengalahkan perempuan. Lama. Entah apa la yang dibuat lama-lama dalam tu. Getus hati Amna.

Mika keluar dari bilik air. Hanya bertuala. Sikit lagi macam nak terlondeh.
Itu la gaya Mika kalau lepas mandi. Sengaja nak tunjuk badan dia tu. Ala-ala Fahrin Ahmad. Tu kata dia. Perasan!
Amna pandang sekilas. Tak berani.
Amna tengok iPhonenya walau pun sebenarnya dia tak tengok pun.

"Amna kalau nak tengok abang, tengok je la. Free of charge...just for you...only you. Abang tak marah pun. Halal untuk Amna. Am I right?".

Amna diam saja. Tiada jawapan.
Tak kan aku nak jawab memang aku nak tengok dia..huhu..malu la weh...

"Nurul Amna binti Ahmad Saifullah". Panggil Mika sekali lagi.
Kali ni siap nama penuh.

"I'm talking to you, darling. Look at me".

Mika sudah ada di hadapan aku dan aku pula sedang terkulat- kulat menekan-nekan iPhone. Bau haruman mandiannya menusuk ke setiap rongga hidung sampai ke otak.
Tak tahu apa yang aku tekan. Yang aku tahu aku mahu lari ketika ini. Tapi terasa punggung dan kaki sudah digam. Tak boleh bergerak.
Aku tak nak berpandangan dengannya saat ini.
Ini boleh jadi masalah besar.

"Pandang abang sayang", kata Mika lagi. Dagu Amna diangkat agar Amna memandangnya.
Kali ni lebih lembut seakan memujuk.

" Abang cepat la siap. Kita nak pergi jalankan. Amna tunggu abang kat luar ye", kata Amna. Pantas dia berdiri dan terus lari ke luar.

Mika hanya mampu tersenyum. Amna sukar juga nak ditundukkan tapi dia tahu wanita itu sebenarnya punya hati yang lembut. Mudah dibentuk.

Petang tu mereka hanya berjalan di sekitar resort.
"Kita nak jalan mana ni" tanya Amna
"Area sini la dulu. Lagipun dah petang sangat. Makin malam makin sejuk", jawab Mika.

Amna sangat teruja melihat ladang teh yang terbentang luas di hadapannya. Cantik sungguh pemandangannya. Dari balkoni bilik hotelnya juga sudah nampak tapi kali ni betul-betul di depan matanya. Boleh pegang lagi. Yang dia tahu sebelum ni teh yang sudah siap diproses jadi teh uncang dan teh serbuk. Macam-macam jenama. Nikmatnya kalau dapat minum teh panas saat ini, fikir Amna.

Amna pejamkan mata. Disedut dalam-dalam udara yang nyaman itu.
Mika hanya memandang Amna.
Sabarlah Mika. Malam pasti datang.
Mika senyum penuh makna.

"Kita dinner terus nak? Tak yah keluar dah malam nanti. Lagi pun kat sini malam bukan ada apa-apa pun, wayang pun takda" , kata Mika.

Amna hanya mengangguk.
Amna sudah terasa sejuk walau pun pakaian yang dipakainya sudah tebal.
Kalau keluar malam mau sejuk beku dia.

Mika menarik Amna rapat dengannya.
Dipeluk bahu Amna supaya kurang sikit rasa sejuk.

"Baru Cameron Highlands sayang. Nanti abang bawa jalan-jalan Paris, Venice ke. Time musim sejuk. Cuaca kat sana lagi sejuk dari ni", terang Mika

"Boleh beku Amna. Ni pun Amna rasa tak selesa dah. Kalau pergi overseas Amna bungkus dalam selimut la gayanya", jawab Amna.

Selesai makan di Restoran Ganbei di hotel itu mereka berdua terus balik ke bilik. Tak ada aktiviti untuk malam ni. Mereka berdua lepak di dalam bilik saja. Amna meninjau-nijau suasana malam dari balkoni bilik mereka. Angin malam yang sejuk terasa sampai ke tulangnya.

Mika datang merapati Amna. Amna terkepung di antara tangan Mika yang gagah memegang besi balkoni di kiri dan kanan.
Amna panik. Satu lagi serangan.
Amna takut dia tewas dalam serangan Mika kali ini.
Otak tak dapat berfungsi. Tak dapat berhubung.
Amna berdiri kaku.

"Nurul Amna binti Ahmad Saifullah".sekali lagi dia panggil nama aku.
Adoila....suara dia seram sejuk. Dah la memang sejuk.

Mika melabuhkan dagunya ke bahu Amna. Mika mencium bahu Amna yang agak terdedah. Wangi.
Merangsang segala deria.
Mika cium pula rambut Amna. Juga wangi.
Mesti buat malam ni juga! Go..go..Mika.

Ya Allah kau permudahkan urusan hambaMu ini.
Aku mahu menjadi lelaki sejati dan suami kepada wanita ini. Suami yang sesungguh-sunguhnya suami.

............................................................................
Agak-agak apa akan jadi....tunggu saya up date ok. Selamat membaca.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Donde viven las historias. Descúbrelo ahora