Bab 43

19K 501 6
                                    

"Maaf Puan Rohaya kalau saya mengganggu puan. Sebenarnya saya cari Amna. Dia beritahu nak datang KPJ nak jumpa kawan sekerja. Saya call dia banyak kali tapi dia tak angkat. Itu yang saya datang sini", beritahu Mika
"Tapi Amna tak ada datang sini. Lagipun Amna masih bercutikan", jawab Rohaya.
Mika mula resah. Menggaru kepala yang tak gatal. Buntu!
"Kalau macam tu saya minta maaflah mengganggu Puan Rohaya waktu bekerja ni. Kalau Amna ada datang sini nanti boleh tak puan call saya. Ini kad saya",kata Mika sambil menghulurkan kad namanya.
Rohaya menyambut kad nama yang dihulurkan oleh Mika.
"Encik Mika jangan risaulah. InsyaAllah Amna selamat",kata Rohaya.
Mika mengangguk.

Mika meraup wajahnya. Kosong fikirannya saat ini. Lama dia duduk di dalam keretanya. Hatinya resah. Ya Allah selamatkan isteri dan anakku. Bisik hati Mika.
Mika memandu pulang ke rumah. Datin Suhana sudah menunggu di hadapan pintu sambil menjengah-jengah kelibat anak menantunya.
" Mika, Amna mana?", tanya Datin Suhana yang nampak cemas.
"Mika tak tahu mummy. Puas dah Mika call tapi tak dapat. Mika risau Amna dan baby Mika mummy. Mika buntu mummy", kata Mika yang mula menangis.
Datin Suhana memeluk anak lelakinya itu. Sepanjang Mika dewasa, inilah kali pertama Datin Suhana melihat anak lelakinya itu menangis. Sebak hati Datin Suhana. Ya Allah,KAU selamatkanlah menantu dan cucuku, kata hati Datin Suhana.

Datin Suhana menefon suaminya, Datuk Muzafar memaklumkan kehilangan Amna.
Beberapa orang pembantu peribadi Datuk Muzafar juga sudah dihubungi untuk membantu mencari Amna.
Mika duduk berteleku di tikar sejadah. Panjang doanya. Doa buat isteri dan anaknya.
Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Amna masih tidak dapat dihubungi.
Di ruang tamu, sudah ada empat orang pembantu Datuk Muzafar yang mencari Amna sejak siang tadi. Berita yang diterima amat mengecewakan Mika.
" Maaf Datuk, Tuan Mika, kami dah cari sekitar KL. Sukar nak jejak ke mana Puan Amna pergi. Kereta Puan Amna pun kami tak jumpa. Saya rasa Puan Amna diculik", kata salah seorang dari pembantu Datuk Muzafar.
"Biar betul awak ni Ramli. Jangan buat kami takut", kata Datuk Muzafar yang agak terkejut dengan kenyataan dari pembantunya itu.
"Maaf datuk. Tapi dari pengalaman saya, kes Puan Amna ni seperti kes penculikan",kata Ramli serius.
"Ya Allah abang. Takutnya Su kalau betul-betul Amna kena culik. Siapa yang nak culik Amna. Mika ada musuh dengan siapa-siapa ke?", tanya Datin Suhana kepada Mika
Mika menggelengkan kepalanya.
"Tak mummy. Mika tak ada bermusuh dengan siapa-siapa", kata Mika lemah.
"Abang, apa kita nak buat kalau betul-betul Amna kena culik? Su risau Amna tu dah sarat", kata Datin Suhana yang mula sebak.
"Buat masa sekarang kita tak boleh report polis lagi. Tak cukup 24 jam. Kita akan buat report pagi esok. Malam ni abang akan suruh Ramli dengan yang lain cari Amna juga. Kalau perlu abang akan tambah orang untuk cari Amna", tegas kata Datuk Muzafar walau pun hatinya sebak melihat wajah anaknya Mika yang sugul dan kurang bercakap sejak petang tadi. Datuk Muzafar faham akan perasaan anaknya itu.
"Ramli, saya nak awak dengan yang lain cari menantu saya malam ni juga sementara nak menunggu esok untuk report polis. Kalau perlu, awak carilah orang lain untuk luaskan pencarian. Pasal upah, jangan risau. Saya akan doublekan. Yang penting menantu dan cucu saya selamat", arah Datuk Muzafar.
"Baik datuk. Saya pergi dulu", kata Ramli sebelum beredar bersama pembantu Datuk Muzafar yang lain.
"Tunggu Ramli. Saya nak ikut awak", kata Mika tiba-tiba.
Datin Suhana berpandangan dengan suaminya Datuk Muzafar.
"Pergilah Mika. Jaga diri baik-baik. Ramli tolong tengokkan anak saya ni juga", kata Datin Suhana.
"Baik datin. Jom Tuan Mika", ajak Ramli.
Mika mengambil jaketnya dan mengikut Ramli dari belakang.

Sudah 2 jam Mika bersama Ramli mencari Amna, tetapi tidak ada petunjuk di mana Amna. Saat ini Mika rasakan mahu saja dia menjerit. Melepaskan segala resah yang bersarang dalam hatinya. Ya Allah selamatkanlah isteri dan anakku. Rintih Mika berkali-kali dalam hatinya.

"Tuan, tuan ada syak siapa-siapa tak yang nak culik Puan Amna?", soal Ramli tiba-tiba Mika memandang Ramli. Berkerut dahinya berfikir.
"Saya tak terfikir siapa-siapa Ramli. Kalau orang tu nak culik Amna sebab nak dapatkan wang tebusan, berapa saja saya akan bayar tetapi janganlah apa-apakan isteri dan anak saya", kata Mika
"Tuan ada sakitkan hati siapa-siapa tak? Maksud saya bekas keksih ke?", soal Ramli lagi
Mika memandang Ramli. Hanya satu nama sahaja yang muncul dalam kepalanya saat ini. Zahra!
"Zahra!" , kata Mika yang sedikit menjerit menyebut nama Zahra. Mika seperti baru tersedar tentang Zahra. Pertemuan dengan Zahra beberapa hari lepas mengingatkan Mika yang Zahra amat membenci Amna. Wanita itu berdendam dengan Amna. Tidak mustahil kalau kehilangan Amna ada kena-mengena dengan Zahra. Ya Zahra!

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now