Bab 63

20K 476 8
                                    

Sejak pulang dari kerja, Mika tak banyak bercakap. Banyak yang Amna tanya tapi sepatah dua saja Mika menjawabnya.
Amna mahu menangis bila Mika tidak melayannya. Biasanya Amna yang tak larat nak melayan kerenah Mika yang kadang-kadang terlajak manja. Pantang berdua, ada saja akal Mika nak mengenakannya.

Di meja makan, Zahra sudah pun duduk menunggu yang lain untuk turun makan bersama.
Datin Suhana agak terkejut dengan penampilan Zahra malam ini. Baju tidur Zahra separas lutut tanpa lengan itu mengganggu mata Datin Suhana.
Malu pun ada. Selain Mika, orang lelaki di rumah ini ialah suaminya dan Mikael. Walau pun bapa mentua, Zahra perlu menjaga aurat dan cara berpakaiannya.
Sepanjang Amna menjadi menantunya juga, tak pernah Amna berpakian begitu. Amna sentiasa kemas dan sopan. Kalau berpakain begitu, mungkin saja untuk Mika di dalam bilik kerana Datin Suhana pernah menyidai beberapa helai pakaian Amna seperti yang dipakai Zahra kerana Amna terlupa menyidainya selepas dibasuh.

Amna menyuapkan anaknya Mikael. Amna hanya diam. Mika juga diam.
Zahra pula yang terlebih mesra malam ini. Macam-macam yang ditanya pada mummy. Zahra nak belajar masak dari mummy semua jenis hidangan yang ada di atas meja malam itu.
Datin Suhana melayankan saja cakap-cakap Zahra. Kalau tidak, suasana makan malam mereka seperti menghadiri kematian. Semua diam membisu. Melayan perasaan masing-masing.

Amna tidak dapat melelapkan mata. Sudah pukul 11: 00 malam, Mika masih tidak masuk ke biliknya. Kalau ikutkan, malam ini gilirannya.
Bertabahlah hati. Bisik hatinya.

Amna bangun pagi esoknya, Mika memang tiada di sebelahnya. Bantal Mika juga tidak terusik.
Di mana suaminya tidur. Di bilik Zahra ke? Soalnya dalam hati.
Hatinya tiba-tiba pilu. Kenapa aku rasa sedih? Bukan kau ke yang beria-ia minta suami kau sendiri kahwin dengan perempun lain? Kenapa sekarang baru nak menangis? Pelbagai soalan menerjah dalam mindanya. Akhirnya Amna menangis sendiri.

Di dalam bilik Zahra, Mika tidur di sofa. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur. Fikirannya hanya pada Amna. Apa yang Amna fikirkan tentangnya kerana dia tidak tidur bersama Amna walau pun malam tadi adalah giliran Amna.
Mika sengaja berbuat begitu kerana Amna memaksanya. Lagipun 2 hari giliran Zahra, Mika tidur dengan Amna. Tindakannya itu seolah-olah membayar hutang kepada Zahra walau Mika tidak tidur sekatil dengan Zahra.
Mika tahu, Zahra cuba menggodanya dengan pakaiannya, dengan harumannya, dengan sentuhannya.
"Minta maaf Zahra. Saya tak boleh. Zahra buatlah macam mana pun, tanpa sehelai pakaian sekali pun, saya tak ada perasaan pada Zahra. Kalau Zahra nak tahu, saya tengok Zahra saya hanya membayangkan Amna di depan saya", kata Mika walau kata-kata itu cukup menyakitkan hati Zahra tapi dia puas dapat meluahkan perasaannya.
"Sampai hati you sayang. Zahra cuba buat yang terbaik untuk rumahtangga kita tapi kenapa tak bagi peluang. Teruk sangat ke Zahra ni sampai sayang pandang hina", jawab Zahra pula dengan linangan air mata.
" Zahra, kita bercerai. Hubungan ini memang tak akan ke mana-mana. Zahra akan dapat lelaki dan suami yang lebih baik dari saya, percayalah", tambah Mika lagi
"Zahra tak nak lelaki lain. Zahra hanya nak sayang sebagai suami Zahra. Tolonglah sayang jangan ceraikan Zahra", rayu Zahra
"Please Zahra. Kita kena buat keputusan. Makin lama makin kita terseksa. Zahra terseksa, saya terseksa. Amna dan anak-anak saya juga", jelas Mika
"Sikit-sikit Amna, sikit-sikit anak-anak. Zahra benci!", jerit Zahra.
Mika menggelengkan kepala. Pening dengan perangai Zahra yang kadang-kadang terserlah sikap panas barannya itu.
"Pergilah tidur Zahra. Tak elok kita gaduh tengah- tengah malam macam ni. Nanti semua orang dengar", arah Mika yang dah tak kuasa melayan rajuk Zahra.

Seawal 6:30 pagi Amna sudah menggerakkan anaknya, Maryam. Amna menyiapkan Maryam yang akan ke taska.
Mika masuk ke bilik anaknya.
"Assalamulaikum anak daddy", ucap Mika.
Amna dan Mika saling berpandangan. Seperti orang asing pula lagak mereka.
"Waalaikumussalam daddy" jawab Maryam. Si kecil Mikael masih lagi tidur.
Mika mencium Maryam dan kemudiannya Mikael.
"Kenapa daddy tak cium mummy pagi ni?"tanya Maryam buat Mika dan Amna tersentak.
Mika menghampiri Amna yang sedang mengemas pakaian Maryam ke dalam beg.
Mika tarik tangan Amna. Dibawa Amna mengadapnya. Mika peluk Amna.
"Maafkan abang sayang", bisik Mika
Amna sebak. Ditahan air matanya.
Mika cium pipi Amna kiri dan kanan sebelum keluar dari bilik anaknya itu.
Sekali lagi Amna merasakan dia semakin jauh dari suaminya. Mika dingin terhadapnya. Itu yang Amna rasa saat ini. Amna cuba kawal perasaannya agar tidak dapat dibaca oleh anaknya Maryam yang seakan cuba untuk memahamkan apa yang sedang berlaku antaranya dengan Mika.

Amna ambil cuti hari ini. Selepas menghantar Maryam ke taska dia pulang semula ke rumah.
Satu mesej dihantar kepada Mika.

Abang, Amna ambil cuti hari ni.
Maaf, Amna tak beritahu abang lebih awal.
Abang balik makan tak?

Tidak lama kemudian, Mika membalasnya

It's ok sayang.
Abang balik makan.

Amna tersenyum membaca mesej dari Mika. Amna sudah berkira-kira untuk masak makanan kegemaran Mika.
Sejak balik menghantar Maryam, Amna mula sibuk di dapur menyediakan bahan masakan yang dibantu oleh Bik Ana.

"Nak masak apa ni Amna?"tanya mummy yang baru masuk ke dapur.
" Amna nak masak gulai ikan masin dengan nanas mummy. Ayam ni nak buat goreng berempah je. Bik Ana nak buat sambal belacan nak makan dengan ulam raja dan pucuk gajus tu mummy", beritahu Amna
"Sedap tu Amna. Lama dah mummy tak makan ulam-ulam ni. Kena pula
dengan sambal belacan Bik Ana, memang terangkatlah", kata mummy. Bik Ana yang berdiri disebelah mummy hanya tersenyum bila dipuji majikannya.

Zahra masuk ke ruang dapur.Lagaknya seperti sedang memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh Amna dan Bik Ana.
"Mummy nak masak apa hari ni?", tanya Zahra
"Hari ni Amna yang masak Zahra. Mummy tengok je", jawab mummy.
"Kau tak kerja ke hari ni?", tanya Zahra. Agak tinggi nada suaranya.
"Aku ambil cuti la Zahra. Masih banyak cuti aku tahun ni", jawab Amna,lembut.
"Pandai kau kan ambil hati orang dalam rumah ni. Semua orang sayang kau", tambah Zahra lagi.
"Eh! Kenapa Zahra cakap macam tu?" Soal mummy.
Zahra ketawa kecil.
"Tak ada apalah mummy. Yelah Zahra tengok orang dalam rumah ni semua ambil berat pasal Amna. Apalah yang Amna ni dah buat ye? Kau ada baca jampi apa-apa ke beb?", Zahra menyindir
"Mana ada Zahra. Orang dalam rumah ni memang macam ni, kan mummy? Semua ambil berat. Tak ada pilih kasih. Lama-lama kau kat sini nanti kau akan tahu. Keluarga ni penuh dengan kasih sayang", jawab Amna penuh hati-hati.
Datin Suhana yang duduk di island table di ruang tengah dapur hanya memerhati. Takut juga dia sebenarnya kalau dua menantunya itu bergaduh.

Selesai Amna memasak, Amna masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya. Sekejap lagi suami dan daddy akan pulang untuk makan tengah hari.
Amna mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Dia harus nampak cantik di hadapan suaminya.
Tiba-tiba Amna ketawa sendiri. Caranya seperti mahu menarik perhatian suaminya sendiri. Teringat dia bagaimana dia menggoda Mika bila dia takut Mika berubah hati padanya gara-gara emel dan gambar-gambar seksi Zahra yang dihantar Zahra dulu.
Tak salah nak memikat suamikan. Bisik hatinya.
Amna menyikat rambutnya yang lurus melepasi bahu itu. Ditocang kuda. Gaya ni dah biasa walau pun Mika cakap dia comel dengan gaya itu.
Amna buka ikatan rambutnya. Amna capai iPhonenya pula. Terpaksalah menggunakan khidmat pak cik google.
Satu gaya rambut yang mudah dan sesuai dengan bentuk muka Amna. Amna sanggul rambuntya, kemas. Rambut depannya di sisip ke tepi. Cantik.Bisik hatinya.
Amna mengenakan dress panjang berbunga halus kuning cair.
Amna menjenguk dari balkoni biliknya bila kedengaran enjin kereta Mika. Kelihatan Mika dan daddy keluar dari kereta.
Amna begegas turun ke ruang bawah untuk menyambut kepulangan suaminya.
Tapi...Zahra dulu sudah menempel di lengan Mika dengan skirt pendek kembangnya. Gaya model Zahra masih terserlah. Zahra memang pandai bergaya. Puji Amna dalam hatinya.
Amna buat selamba je. Amna perlu kawal emosinya. Amna senyum pada Mika dan daddy.
Mika pula tak lepas pandang si isteri yang sorang ni. Lain benar hari ni. Gaya rambut baru Amna nampak Amna lebih matang. Leher putih bersih Amna buat jantung Mika berdegup kencang. Sabar Mika.
Mika nak tersenyum tapi ditahan sebab biasa kalau Amna berhias dari biasa memang nak menggodanya.
Wahai sayang Amna, tak buat macam tu pun abang dah tergoda. Tunggu abang sayang ye. Otak nakalnya dah mula berhubung. Berbunga hati Mika bila si isteri mula rasa terancam. Nak sangat suruh suami sendiri kahwin lain kan. Mika bermonolog sendirian.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now