Bab 37

23.5K 619 15
                                    

Amna menapak menaiki tangga. Tak selaju dulu dia menaiki tangga rumah mentuanya itu. Tiba-tiba terasa pinggangnya dipegang dan ditolok naik ke atas. Amna berpaling. Dilihatnya Mika tersenyum. Amna membalas senyuman manis suaminya.
"Biar abang tolong"kata Mika yang melihat Amna yang sudah mengah menaiki tangga dalam keadaannya yang sarat.
"Terima kasih abang", balas Amna

Mika membukakan pintu bilik mereka. Amna melangkah masuk. Amna duduk di hujung katil. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Dipandang setiap sudut dalam ruang biliknya.Rindu pada biliknya itu. Bau lavender tetap sama. Dia suka wangian itu sejak berbadan dua. Amat menenangkan fikirannya.Dilihat pula cadar yang sudah bertukar. Seingat Amna seminggu lalu cadarnya warna baby blue sekarang sudah bertukar warna peach.
"Sayang suka?", tanya Mika yang mengambil tempat di sebelah Amna.
Amna angguk."suka abang"
Mika peluk bahu Amna. Dibawa kepala Amna ke bahunya.
Lama mereka begitu.

"Abang, Amna nak jumpa Zahra"kata Amna memecah kesunyian antara mereka.
"Amna dah betul-betul bersedia?"soal Mika semula.
Amna angguk.
"Amna nak selesaikan semua ni. Amna tak boleh hidup macam ni. Rasa bersalah. Amna tak happy abang. Kepala Amna ni asyik fikir Zahra je", beritahu Amna.
Mika genggam tangan Amna
"Ya sayang. Kita selesaikan sama-sama. Abang pun tak nak semua ni mengganggu sayang. Abang risau Amna dan baby kita ni", luah Mika.
Sememangnya Mika sangat risau masalah itu membuatkan Amna tertekan dan akan membahayakan keadaan baby mereka.

"Amna nak mandi dulu la abang. Nanti kita solat Maghrib sama-sama ye",kata Amna.
"Abang nak mandi sekali la", Mika sudah menjongketkan keningnya.
Amna tertawa melihat reaksi suaminya.
"Abang...abang..ada-ada je. Nanti-nanti la ye", Amna terus bangun menuju ke arah almari. Diambilnya tuala dan kain batik.
Mika hanya memerhati Amna dari belakang. Suka sangat dia melihat Amna yang bejalan dah macam robot tu. Akhirnya Mika tersenyum.
"Haa...abang senyum-senyum tu sebab apa.", tanya Amna bila terlihat suaminya sedang tersenyum memandangnya.
"Gelakkan Amna sebab macam ni kan. Jalan pun dah tak betulkan", Amna membuat telahan senyuman suaminya itu

Mika tertawa bila melihat Amna bercekak pinggang di pintu yang memisahkan ruang tidur mereka dengan bilik pakaian dan tandas.
"Abang senyum sebab Amna comel jalan macam tu", kata Mika
"Ye ke?", soal Amna lagi sambil mencebikkn bibirnya.
"Ye betul.Cepatlah mandi tu. Tak elok lewat-lewat mandi ni. Ke nak abang mandikan", usik Mika

"Hahaha...please la. Amna boleh mandi sendiri ye",jawab Amna dan terus berlalu ke tandas. Mika hanya tersenyum.

Mika bangun dari katilnya. Dicapai iPhonenya untuk menghantar pesanan kepada Zahra.
Beberapa minit kemudian, iPhonenya berbunyi. Mika tersenyum membaca mesej yang baru diterimanya.

Amna keluar dari tandas dengan kepala berbungkus. Dilihat Mika tiada di dalam bilik. Amna terlihat pakaiannya yang sudah Mika sediakan dan diletakkan di atas katil.Amna tersenyum. Dia rasa bahagia bila Mika terlalu menjaganya. Apabila sudah siap berpakaian, Amna duduk di sofa.
Mika masuk ke dalam bilik membawa segelas susu.
"Okay mummy to be masa minum susu", kata Mika berwajah manis.
Amna sambut huluran gelas susu dari tangan Mika.
"Terima kasih abang", jawab Amna
"Mulai hari ni abang yang akan jaga sayang. Sayang cakap je nak apa abangkan akan buat untuk Amna", kata Mika bersungguh.
"Ini pun dah cukup abang. Janganlah layan Amna lebih-lebih sangat nanti abang juga yang susah", balas Amna
"Lebih-lebih apa pulak. Untuk wife abang juga.
Kaki Amna yang berlunjur di atas sofa,Mika angkat dan dibawa ke atas pehanya. Dipicit lembut kaki Amna yang putih lembut itu.
Amna merasakan setiap sentuhan suaminya. Sentuhan yang amat dia rindukan dalam tempoh 2 minggu ini.Seminggu Mika berkursus dan kemudian dia mengambil jalan untuk menjauhkan diri dari Mika pula sebelum Mika pulang berkursus.Tempoh cuti tanpa gaji 2 minggu itu dapat dijejak Mika. Hanya sempat seminggu Amna menghilang. Rindunya pada suaminya itu. Amna tersenyum memandang suaminya.

"Amna ada hutang dengan abang", kata Mika tiba-tiba.
"Hutang?", bekerut dahi Amna bila Mika sebut tentang hutang. Hutang apa pula kerana dia tak pernah berhutang dengan sapa-sapa. Rumah tak ada, kereta pun abang Ammar yang beri. Kata abang Ammar hadiah sebab aku dapat masuk U dulu. Itupun kereta MyVi yang pada Amna sudah cukup mewah kalau student bawa kereta ke kampus daripada berhimpit-himpit naik bas.

Mika tersenyum memandang Amna yang nampak blur. Sikap blur Amna kadang-kadang memang buat Mika nak ketawa.
"Amna hutang 14 hari dengan abang. So malam ni kena bayarlah", kata Mika lagi
"Hutang 14 hari? Berapa ringgit? ", tanya Amna yang masih blur tak faham.

Mika sudah ketawa mendengar soalan Amna.
Amna pula yang hairan.
"Kenapa abang ketawa pula. Lucu ke soalan Amna?", soal Amna lagi dengan nada tidak puas hati. Dari mula mengandung sampai sekarang Amna memang cepat berasa hati. Reaksi suaminya itu seperti mengejeknya.

"Sayang ni lucu la. Tak faham maksud abang ye".

"Amna tak faham maksud abang? So abang jelaskan la. Jangan la ketawakan Amna", sudah tinggi suara Amna. Kakinya juga sudah ditarik berjuntai ke bawah. Tidak mahu lagi diurut suaminya.

"Sayang merajuk ke? Hi baby daddy, tengok mummy baby ni sikit-sikit nak merajuk tapi daddy suka sebab lagi mummy merajuk lagi mummy comel", pujuk Mika sambil mengusap lembut perut Amna.
Amna hanya mendiamkan diri dan membiarkan saja perlakuan suaminya itu.
Mika peluk bahu Amna. Dilentokkan kepalanya ke bahu Amna. Manja betul suaminya malam ni.
"I need you sayang.. really need you tonight", kata Mika.
Amna senyum sendiri. Fahamlah dia maksud suaminya itu. Dia tahu sudah dua minggu dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Sememangnya dia berhutang 14 hari. Hutang itu perlu dilangsaikan malam ini.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon