Bab 33

23.9K 656 7
                                    

"Sayang,abang rindu sayang. Kita perlu berbincang". Ringkas mesej yang Mika hantar kepada Amna. Mika berharap Amna membaca mesejnya itu.
Mika mencium bantal Amna. Dia terlalu rindu dengan Amna. Sudah seminggu Mika tidak melihat wajah isterinya itu.
"Ya Allah selamatkanlah isteriku", doa Mika.

Mika capai iPhonenya yang diletakkan di atas meja lampu tidurnya. Nombor telefon Zahra didailnya. Dia perlu bercakap dengan Zahra. Semua masalah perlu diselesaikan antara mereka.

"Assalamualaikum. I ni", kata Mika bila Zahra mengangkat panggilan darinya.
"Ermmm... you nak apa?"jawab Zahra tanpa menjawab salam Mika.
"Sorry kalau I ganggu you malam-malam ni tapi I perlu cakap dengan you", jelas Mika
"Cakaplah. I dengar", keras jawapan dari Zahra.
Mika tahu Zahra sedang marah. Marah dengannya dan mungkin juga sebab kejadian di office minggu lalu. Mika sendiri tidak berniat untuk malukan Zahra tapi keadaan jadi tidak terkawal bila Zahra mula naik angin.
"I tahu you marah I. I minta maaf pasal kejadian kat office tu and everything. I tak tahu macam mana nak jelaskan kat you. I ingat you faham perasaan I pada you lepas kita tak jadi kahwin. I ingat semua dah clear", kata Mika

" I masih cintakan you Mika. Cinta I tak pernah berubah tapi you yang terlalu cepat berubah hati", kedengaran esak di hujung talian.

Pada Mika Zahra yang berubah hati. Kalau Zahra betul-betul cintakan dia, Zahra akan pertahankan cinta mereka bukan pentingkan diri sendiri. Tarikh perkahwinan mereka juga kurang dari sebulan dan semua persiapan telah dibuat. Kalau perempuan yang nak kahwin tak sabar nak menunggu hari bahagia mereka tapi berlainan dengan Zahra yang tak kisah pun dan senang-senang nak tangguhkan. Apa yang Mika rasakan ini hanya berlegar di dalam kepalanya saja. Tak guna baginya untuk mengungkit kisah lama. Masalah tak akan selesai dan akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Zahra, antara you dengan I semuanya dah berakhir. I tak pernah janji apa-apa dengan you. Perasaan cinta itu memang wujud antara kita tapi itu dulu. I dah kahwin Zahra", balas Mika

"Mudahnya you cakap. Mudahnya you lupakan I. Agaknya apa yang Amna dah buat kat you sampai you jadi macam ni", suara Zahra keras semula.

"Amna tak buat apa-apa kat I. I yang buat dia jadi macam sekarang. I didik dan bimbing dia jadi wife yang baik. Itu memamg tanggungjawab I sebagai husband", kata Mika.

"Meluat I dengar. Amna tu kawan baik I. I minta dia suruh jaga you tapi apa dia buat. Dia rampas you dari I. I nak you kembali pada I Mika. Kita bina hidup kita semula Mika. Kita kotakan janji-janji kita dulu. I tak kisah berapa orang anak you nak. I sanggup Mika", rayu Zahra

"Zahra, Amna tak salah dalam hal ni. Dia memang nak jaga I saja untuk you. Dia ingat janji dia pada you tapi itu antara you dengan dia. I tak ada kena mengena. I yang selalu ingatkan dia tentang tanggungjawab dia sebagai isteri. Amna selalu elak untuk bemesra dengan I. Dia selalu ingatkan you. Sikit-sikit you. Nama you tak pernah lekang dari mulut dia", jelas Mika

"Pandai you nak bohong I Mika. Nak bela Amna", Zahra tak percaya dengan kata-kata Mika.

"Terpulang pada you nak percaya atau tidak. Tapi tolonglah Zahra kita lupakan semua ni. I ada kehidupan sendiri, you juga perlu cari someone...better than me. I doakn untuk you. I tak akan balik pada you. Kalau pun Amna serahkan I pada you, I tak akan kahwin dengan you. Perasaan cinta dah tak ada pada you Zahra. Tak guna you tunggu I. Jadi tak ada makna juga you nak marahkan Amna. Amna sahabat you. Dia korbankan diri dia untuk you. You pernah tau tak perasaan dia bila you suruh dia kahwin dengan I. Ada you fikir perasaan dia",Mika cuba yakinkan Zahra

Mula kedengaran tangisan Zahra yang semakin kuat di telinga Mika. Dia tahu wanita itu cukup sedih tapi ini adalah hakikat yang perlu Zahra terima. Semuanya sudah berubah. Itu yang Mika katakn dulu pada Zahra bila Zahra batalkan perkahwinan dan akan balik selepas 2 tahun keadaan tak akan sama lagi.

"I tak boleh lupakan you, Mika. Please Mika. I need you more than Amna. I boleh gila tak ada you. I akan bunuh diri kalau you buat I macam ni", ugut Zahra pula

"Astaghfirullah alazim. Apa you cakap ni Zahra. You sedar tak ni. Berdosa kalau you buat macam tu. Mana ilmu agama you. You kena reda. Kalau dulu you boleh tinggalkn I, tapi kenapa sekrang baru jadi masalah pada you kalau I tak ada dengan you. Move on Zahra", nasihat Mika.

"Bagi la I peluang Mika. I nak betulkan kesalahan I dulu. I tahu I salah. I tak patut buat you macam tu......". Belum sempat Zahra habiskan kata-katanya, Mika sudah memotong.

"No Zahra. Memang dah tak ada peluang untuk you. I memang tak nak. I dah ada Amna. Amna dah hilangkan diri untuk you. Untuk I dan you bersama semula tapi percayalah Zahra, I memang dah tak ada hati pada you. Kita kena betulkan semua salah faham ni. I sayangkan Amna. Dia sedangkan mengandungkan anak I Zahra. Kesianla pada I dan Amna", rayu Mika lagi agar Zahra faham akan dirinya.

"Huh Amna hilangkan diri.Amna mengandung?mengandung anak you?", terkejut Zahra bila Mika memberitahu Amna hilang dan Amna juga mengandung.

"Ya Zahra. Amna hilangkan diri sejak you balik. Dia nak I dengan you. I yang mengandungkan dia. I yang nak anak dengan dia. I yang pujuk rayu dia untuk adakan anak dengan I", jelas Mika lagi.

Zahra senyap dihujung talian.kemudian talian diputuskan. Mika mengeluh.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now