Bab 3

28K 782 5
                                    

"Beb , kau kena kahwin juga dengan Mika. Papa dan mama nak teruskan juga perkahwinan tu".

Itu yang Zahra sampaikan sebentar tadi..iPhonenya diletakkan. Ada nada gembira dihujung suara Zahra itu. Tapi aku dan Mika akan jadi pasangan pengantin yang paling sedih di abad ini.

Suatu hari......

"Abang. Amna nak kahwin".

Itu yang disampaikan Amna kepada satu-satu darah dagingnya. Abang Ammar. Abang Ammar la tempat Amna mengadu. Abang Ammar la ayah, abang Ammar la ibu selepas kejadian kemalangan di Merapoh yang telah mengorbankan ayah,ibu dan adik bongsunya, Amjad. Kehidupan mereka dua beradik amat menyedihkan. Duduk menumpang di rumah saudara. Faham- faham saja la kalau dah namanya duduk menumpang. Tadah telinga sajalah apa-apa yang keluar dari mulut Mak Long, kakak ibu. Ini amanat orang tuanya.

Bila dah habis belajar, Abang Ammar cari kerja di KL. Alhamdulillah, murah rezeki Abang Ammar. Dia dapat bekerja di sebuah syarikat perkapalan. Agak lumayan juga gaji Abang Ammar. Lebih dari cukup untuk menyara dirinya dan aku, adiknya.
Abang Ammar cari rumah sewa dan bawa aku tinggal di KL. Tapi Abang Ammar tak pernah lupa beri Mak Long duit tiap-tiap bulan sebagai tanda terima kasih menjaga kami dua beradik walau pun layanan Mak Long dah serupa mak tiri seperti dalam cerita Cinderella tu padahal kami ni anak saudaranya.

"Alhamdulillah. Lega abang bila Amna kata nak kahwin. Abang dah tunaikan amanat ayah dan ibu suruh jaga Amna".kata Abang Ammar dengan penuh rasa syukur.

"Terima kasih abang sebab jaga Amna selama ni. Tak terbalas jasa baik dan pengorbanan abang pada Amna. Lepas Amna kahwin ni giliran abang pula ye? Dah ada calon tak?" .Usik Amna

Abang Ammar hanya tersenyum. Adalah tu tapi malu nak cakap. Malu tapi mahu.

................................................................................
Tunggu bab seterusnya ye. Selamat membaca. Komen kat saya untuk saya perbaiki tahap penulisan saya ini dan yang akan datang.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now