Bab 46

19.6K 521 4
                                    

" Mika", panggil Datin Suhana
Mika yang sedang berjalan menuju ke pintu utama rumah memandang mummynya.
"Kenapa mummy?", tanya Mika
"Mika nak ke balai buat report ke?", soal mummy pula
Mika mengangguk
"Kalau macam tu, mari kita breakfast dulu. Daddy dah tunggu Mika tu. Daddy kata nak pergi balai dengan Mika sekali", beritahu Datin Suhana
Mika mengangguk sekali lagi dan menuju ke arah ruang makan mengikut mummynya dari belakang.
"Duduk Mika", arah Datuk Muzafar pada anaknya
Mika duduk di sebelah daddynya.
Mummy menuangkan air ke dalam cawan Mika. Dipandang wajah anak lelakinya itu. Nampak penat dan pastinya Mika tidak cukup tidur. Dalam keadaan begini, sesiapa pun tidak akan dapat melelapkan mata.

"Daddy dah call kawan daddy yang kerja polis di balai polis kawasan kita ni. Daddy dah minta tolong dengan dia tengokkan kes Amna ni nanti lepas kita buat report", kata daddy
"Terima kasih daddy", kata Mika
"Buat apa nak terima kasih pada daddy. Amna tu menantu daddy. Macam anak daddy sendiri. Daddy akan buat apa saja untuk selamatkan anak-anak daddy. Mika dah beritahu abang Amna pasal ni?", tanya daddy
"Dah daddy. abang Ammar balik hari ni dari China. Mika rasa bersalah pada abang Ammar. Mika tak jaga Amna dengan baik daddy",kata Mika, sayu.
"Mika janganlah macam ni. Mika tak salah. Apa yang berlaku ni di luar kawalan kita. Semua mengikut perancangan Allah. Hanya Allah yang tahu sebab semua ni berlaku. Ujian yang datang ni nak kuatkan lagi keimanan kita pada Allah. Allah sedang menguji kita semua. Kita ni dalam genggaman Allah Mika", nasihat mummy
"Betul Mika. Tak ada siapa yang salah dalam hal ni. Inilah kuasa Allah yang menunjukkan kita ni bukan siapa-siapa walau di dunia kita ni manusia yang hebat dalam bisnes atau pun apa sahaja. Kita tak boleh nak menyombong, nak riak dengan apa yang kita ada. Bila-bila masa dan dalam pelbagai keadaan Allah boleh ambil semula yang DIA dah beri pinjam pada kita. Amna juga adalah pinjaman buat kita semua. Kita banyakkanlah berdoa semoga Allah memelihara Amna", kata daddy sambil menepuk bahu anak lelakinya itu.
Sesak nafas Mika. Amna hanya pinjaman dari Allah. Kata-kata daddy menakutkan Mika. Seandainya Allah mengambil Amna ketika ini, dia belum bersedia. Ya Allah, aku tak mampu. Kata hati kecil Mika. Menitis juga air matanya.
Datin Suhana dari belakang memeluk anak lelakinya itu. Dia tahu beban perasaan yang sedang ditanggung oleh anak lelakinya itu.
"Mummy,Mika takut mummy. Mika tak bersedia untuk kehilangan Amna dan anak Mika. Mika sayang Amna mummy", kata Mika yang sudah tersedu,menangis.
"Sabar sayang. Mummy dan daddy akan sentiasa dengan Mika. Kita doa sama-sama ye nak", pujuk Datin Suhana yang sudah sebak melihat keadaan Mika.

Pukul 11 pagi, Mika sudah selesai membuat report polis.
Datuk Muzafar menghubungi Ramli untuk mengetahui perkembangan terkini tentang Amna.
Mengikut Ramli, Zahra masih tidak keluar rumah. Zaidi dan Manaf masih berada di kawasan rumah Zahra sejak malam tadi.
Mungkin Zahra akan keluar lewat sebab mengikut Ramli, Zahra balik ke rumahnya pukul 2 pagi. Itu juga yang diceritakan oleh Mika.
"Saya nak awak pastikan Zaidi dan Manaf tak terlepas daripada memerhati Zahra. Saya pun rasa macam Zahra ni ada kaitan dengan kehilangan menantu saya ni", kata Datuk Muzafar kepada Ramli.

" Mika, abang Ammar ni. Mika ada di mana? Abang Ammar baru sampai ni", kata Ammar sebaik saja Mika menjawab panggilannya
"Mika baru balik dari buat report. Abang Ammar datanglah rumah Mika. Mika tunggu abang", jawab Mika.
Ternyata suara abang iparnya itu sangat cemas. Bertambah bersalah Mika rasakan saat ini.

2:00 petang
Rumah Datuk Muzafar

" Masuk Ammar", pelawa Datin Suhana yang menyambut kedatangan Ammar.
"Auntie apa khabar?", tanya Ammar
"Auntie sihat. Ammar ni pula nampak makin segak auntie tengok. Tak ada calon lagi ke?", tanya Datin Suhana sekadar untuk menenangkan keadaan Ammar yang nampak gelisah. Sudah tentu anak muda itu risau dengan kehilangan satu-satunya adik yang dia ada.
"Tak ada calon lagi auntie. Siapa nak saya ni auntie kerja sibuk ke sana ke mari. Perempuan tak suka suami yang kerja macam saya ni auntie", jawab Ammar sambil tersenyum
"Ruginyalah perempuan yang tak nak Ammar tu. Kerja bagus. Gaji pun besar. Rupa pun ada. Auntie ni kalau bujang baya-baya Ammar mahu tackle Ammar ni tau", kata Datin Suhana yang mengundang tawa Ammar
"Amboi Su nak tackle Ammar ye. Abang ni nak letak mana. Dulu tergila-gilakan abang. Ikut abang ke sana ke mari",tiba-tiba Datuk Muzafar mencelah dari belakang
Terkejut Datin Suhana dan Ammar yang sedang berbual.
"Hai abang takkanlah dengan Ammar nak cemburu. Su cakap kalau Su ni masih bujang, single. Ammar ni kata tak ada calon lagi. Itu yang Su pelik. Rupa ada kerja bagus, girlfriend tak ada", jawab Datin Suhana yang disambut ketawa Datuk Muzafar. Dia tahu isterinya hanya bergurau.
Ammar bangun lalu bersalaman dengan Datuk Muzafar.
"Lama dah sampai Ammar? Mika dengan uncle baru siap Zohor. Kami jemaah kat atas tadi. Ammar dan solat ke ni?", tanya Datuk Muzafar lagi
"Baru sampai uncle. Dari airport terus ke sini. Saya belum sempat solat lagi", jawab Ammar.
"Kalau macam tu Ammar pergi solat dulu. Lepas tu kita makan sama-sama. Su tunjukkan Ammar bilik tetamu. Biar dia rehat dulu", arah Datuk Muzafar kepada isterinya.
Ammar hanya mengangguk.
Mika yang baru turun ke tingkat bawah terus mendapatkan abang iparnya itu. Disalam dan dipeluk Ammar.
"Mika minta maaf abang. Mika tak jaga Amna dengan baik", kata Mika penuh sebak.
Ammar yang membalas pelukan adik iparnya itu menepuk belakang Mika. Menenangkan keresahan Mika.
"Abang tak salahkan Mika pun. Perkara nak jadi kita tak tahu. Kita serahkan pada Allah", pujuk Ammar.
Mika meleraikan pelukannya. Mika mengesat air matanya. Mika dah tak kisah, Mika dah tak malu nak menangis depan siapa-siapa pun. Biarlah orang nak kata dia lelaki lemah kerana menangis sebab air matanya terlalu mudah untuk gugur saat ini bila teringatkan Amna dan anaknya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang