Bab 15

30.9K 859 7
                                    

Usai solat Zohor tadi, Amna berbaring-baring di atas katil. Melepaskan penat.Katil macam zaman dulu-dulu. Ada empat tiang. Disangkut kain putih macam langsir pula. Tapi cantik. Gaya klasik.Kata hatinya.

Entah masa bila dia tertidur. Jaga-jaga saja tengok dah ada encik suami yang sama landing dengannya di atas katil. Sedap je si suami letak tangan dia atas perutnya. Suasana bilik sejuk. Sejuk dari angin yang masuk dari pintu balkoni yang tidak ditutup. Nyaman.

Amna palingkan mukanya pada si suami. Wajah Mika dipandang lama. Terasa hembusan kecil nafas Mika pada wajahnya. Hensem..kata hatinya.
Macam mana la Zahra tergamak boleh tinggalkan Mika.
Lelaki di hadapannya ini memang boleh buat Zahra bahagia. Sama-sama suka dan sama-sama cinta.
Amna melepaskan keluh.

Mika tak tidur. Dia menjadi pemerhati sejak si isteri mula tidur. Berbaring di sebelah Amna. Dibelai rambut Amna. Dielus pipi Amna yang lembut, bersih. Saat Amna tidur sajalah dia boleh menatap lama wajah si isteri.
Amna, abang akan jadikan Amna hak abang yang sebenar-benarnya. Amna sebagai isteri dan abang sebagai suami. Itu janji Mika untuk dua hari ini. Dia akan pastikan rancangannya berjaya. InsyaAllah.

"Abang...abang..Amna nak bangun ni.. Amna tak boleh angkat tangan abang. Berat la". Amna mengejutkan Mika kerana tangan si suami yang erat memeluknya tak berjaya dialihkan. Bermula dari atas perut, bila Amna gerak si suami sengaja memeluknya pula.

Mika buat-buat macam baru sedar dari tidur. Berjaya lakonannya.
"Sorry sayang. Amna nak pergi mana ni?", soal Mika

"Toilet", pendek je jawapan Amna
Mika melepaskan pelukkannya.

Amna bangun.
Membetulkan rambutnya yang ditocang kuda.
Mika hanya memerhatikan si isteri. Comel.
Amna pandang Mika. Dijongketkan keningnya.
"Kenapa?", tanya Amna

"Kenapa apa?" , soal Mika pula

"Abang pandang Amna. Senyum-senyum. Ada yang tak kena kat Amna ke?". Tanya Amna semula sambil meraba-raba wajahnya kalau-kalau ada yang tak kena.

"Suami nak tengok isteri tak kan tak boleh".kata Mika lagi

" Hari-hari dah abang tengok Amna. Tak kan tak kenal lagi muka Amna. Tak jemu ke?" , tanya Amna sambil mencebikkan mulutnya.

"Tak ada istilah jemu. Makin abang pandang makin abang rindu walau Amna depan abang".

"Ayat gula batu sungguh la abang ni. Mulut manis". kata Amna

Mika hanya ketawa bila Amna mengatanya begitu.

"Amna mana tahu mulut abang manis?Ha....apa Amna dah buat kat abang?" , usik Mika.

"Eh! mana ada Amna buat apa-apa. Amna bagi perumpamaan je. Mulut manis tu maksudnya orang laki yang pandai bermain kata nak mengayat perempuan, tau? Macam abang",

"Ye ker abang mulut manis? Tapi mulut manis abang ni untuk Amna sorang jer tau", Mika sudah mula buat serangan emosi pada Amna.

"Tunggulah kalau nak tahu manis atau tak mulut abang ni", Mika senyum gatal.

Amna yang faham tak faham saje dengan kata si suami terus berpaling mengambil tuala dan baju masuk ke dalam bilik air.

Mika ketawa besar melihat reaksi Amna. Amna di dalam bilik air dah rasa tak pijak lantai. Mika dah mula 'serangnya'. Mana dia nak lari.
Zahra laki kau ni buat aku tak cukup nafas.

................................................................................
Selamat membaca. Tunggu up date dari saya untuk bab seterusnya. ASAP. Baca dan komen untuk saya perbaiki mutu penulisan yang akan datang. TQ

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now