Bab 62

18.6K 447 7
                                    

Maghrib itu semua ahli keluarga Datuk Muzafar solat berjemah di bilik solat. Mika yang mengimamkan solat itu sebentar tadi.
"Sayang, Zahra mana?"tanya Mika yang baru sedar Zahra tiada dalam saf.
"Amna dah ajak dia tadi tapi Zahra cakap dia uzur", beritahu Amna
Mika hanya mengangguk tanda faham.

Amna sedang menggosok baju kerja Mika di bilik pakaian mereka.
Mika masuk ke bilik dan merebahkan badannya di atas katil.
Amna dengar keluhan besar suaminya. Amna berhenti dari menggosok.
Amna perlu tenangkan suaminya. Dia juga bersalah dalam hal yang menyebabkan suaminya itu tertekan.
Amna duduk di sebelah Mika. Dipandang wajah Mika. Nampak keruh air muka suaminya. Rapat matanya dipejamkan tapi Amna tahu suaminya itu tidak tidur.
Amna gosok lengan suaminya.
Mika membuka matanya.
Mika mendepangkan tangannya. Mika memberi isyarat agar Amna baring di lengannya.
Amna hanya mengikut kata Mika. Mika peluk Amna. Rapat ke tubuhnya.
"Abang", panggil Amna.
"Sshhhhh..sayang jangan cakap apa- apa. Abang hanya nak peluk Amna", kata Mika
Amna angguk. Dibalasnya pelukan suaminya itu.

Pintu bilik Mika dan Amna diketuk.
Amna mengalihkan tangan Mika dari tubuhnya. Amna membetulkan pakainnya yang agak terdedah itu.Dikemaskan rambutnya.
Amna membuka pintu biliknya. Amna berdiri di sebalik pintu. Hanya kepalanya saja menjengah ke luar kerana pakaian tidurnya yang separas lutut itu agak jarang dan terdedah.
Zahra rupanya yang sedang berdiri di hadapan biliknya.
"Amna, Mika ada?"tanya Zahra.
"A..aa..ada", jawab Amna tergagap.
"Boleh tak suruh Mika tidur di bilik aku. Kau pun tahukan, sepatutnya giliran aku", kata Zahra.
"Aku tahu Zahra. Aku dah pujuk Mika tadi tapi Mika terus tidur. Kau jangan salah faham pula pada aku. Aku tak akan ambil giliran kau. Aku akan pujuk Mika ....", belum habis Amna bercakap, Zahra terus menolak pintu biliknya dan masuk ke dalam.
Amna terkejut dengan tindakan Zahra itu. Zahra tidak boleh sewenang- wenangnya masuk ke biliknya. Bilik tempatnya denhan Mika lebih-lebih lagi pada waktu tengah malam begini.
Amna tutup pintu biliknya semula. Dia tak nak mummy atau daddynya dengar kalau ada apa-apa berlaku nanti.
Zahra pandang Amna dari atas ke bawah. Amna tidak selesa. Ditarik, dibetulkan bajunya yang sememangnya kalau ditarik tetap baju itu menampakkan sebahagian tubuhnya.
Dipandangnya pula Mika yang tidur lena di atas katil tanpa baju.
Tubuh Mika sungguh seksi pada pandangan Zahra. Pertama kali dia melihat Mika tanpa berbaju. Zahra suka Mika begitu.
"Sayang....sayang..", panggil Zahra sambil tubuh Mika digoncangnya lembut.
Mika membuka matanya. Terkejut bila Zahra yang duduk di katilnya. Mika terus capai baju tshirtnya dan disarungkan ke badannya.
Mika nampak Amna berdiri di hujung katil.
Mika turun dari katil mendapatkan Amna.
Dipeluk bahu Amna.
Amna tolak Mika.
"Abang, abang kena tidur di bilik Zahra. Malam ni giliran Zahra", kata Amna
Mika tidak peduli dengan kata-kata Amna.
"Zahra, you tak boleh buat macam ni. Sesuka hati you nak masuk bilik orang", kata Mika. Suaranya juga agak tinggi.
"Sayang,kenapa buat Zahra macam ni? Zahra juga ada hak atas abang. Bukan Amna sorang. Patutnya, sayang tidur dengan Zahra bukan dengan Amna", jawab Zahra yang mula menangis.
Amna mula panik bila suasana di dalam biliknya sudah tegang. Tangisan Zahra juga agak kuat.
"Abang, please...pujuklah Zahra. Nanti daddy, mummy terjaga. Apa kata mereka nanti. Amna takutlah", kata Amna sambil ditolak Mika ke arah Zahra.
"Sayang, abang tak nak. Sayang faham tak?", kali ini Amna pula rasa ingin menangis bila Mika meninggikan suaranya. Inilah kali pertama Mika bersikap begitu padanya.
Salah aku juga kata hati Amna kerana memaksanya untuk berbuat sesuatu yang tidak disukai oleh suaminya.
Amna terus diam.
"Sayang, abang minta maaf. Abang tak ada niat nak marah sayang.", kata Mika bila dia sedar suaranya agak tinggi sebentar tadi. Mika raih tubuh Amna dalam pelukannya. Amna pula yang menangis tetapi tidak sekuat Zahra.
"Beb, tolonglah pujuk Mika. Aku tak minta lebih pun dari kau beb. Aku minta hak aku je. Please Amna", rayu Zahra dengan esak tangisnya.
"Abang, please. Jangan buat macam ni. Kalau abang sayangkan Amna, tolonglah jaga hak Zahra", rayu Amna pada Mika.
Mika kecewa dengan Amna. Mika keluar dari bilik itu. Dicapainya kunci kereta.
Kedengaran enjin kereta dibunyikan.
Amna menangis. Dia yang bersalah.
"Kau kejam Amna!", jerit Zahra sebelum meninggalkan bilik itu.
Di luar bilik, Datuk Muzafar dan Datin Suhana hanya diam mendengar perbalahan anak menantunya.
Datin Suhana menangis. Kasihan Mika.

Amna menelefon Mika. Satu panggilannya pun Mika tidak jawab. Mesej Amna juga, Mika tidak jawab.
Amna menangis. Rasa kehilangan. Kerana dia, Mika berkecil hati membawa diri.
"Abang, maafkan Amna abang. Amna bersalah pada abang. Amna pentingkan diri Amna", kata Amna pada dirinya sendiri.
Dipeluk dan dicium bantal Mika.

Amna terjaga dari tidur. Jam menunjukkn 6:30 pagi. Dilihat Mika baring di atas sofa. Amna kejutkan Mika tapi Mika memalingkan tubuhnya.
Tentu Suaminya itu sudah bersolat kerana sejadah masih terbentang di atas karpet. Mungkin suaminya itu keletihan dan mengantuk.
Amna membersihkan dirinya dan menunaikan solat Subuh.
Keluar dari bilik air tadi, Mika sudah tiada di sofa. Baju kerjanya yang tergantung juga sudah tiada.

Amna turun ke dapur. Kelibat Mika juga tiada.
"Mummy, nampak abang Mika tak?"tanya Amna
"Baru sekejap tadi Mika keluar. Katanya ada urgent meeting", beritahu mummy.
Entah kenapa Amna dapat rasakan suaminya itu dingin sejak peristiwa malam tadi.
Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati aku ini. Doanya dalam hati.

Pagi itu Zahra duduk di meja makan bersama mummy dan daddy.
Zahra meminta izin untuk tinggal sehari dua lagi di rumah itu.
Datuk Muzafar dan Datin Suhana tiada alasan untuk menolak permintaan menantunya yang seorang ini.
Kehadiran Zahra membuatkan suasana rumah mereka menjadi tegang.
Maryam dan Mikael juga takut dengan auntie Zahra yang kadang-kadang baik dan kadang-kadang suka memarahi mereka.
Maryam dan Mikael hanya mengadu kepada tok mummy saja. Mereka tidak berani mengadu pada daddy dan mummy kerana takut dimarahi pula nanti.
Datin Suhana juga pernah mendengar Zahra memarahi Mikael yang masuk ke biliknya.
Datin Suhana berharap semua ini cepat berakhir. Dia tidak suka cucu-cucunya menangis. Dia tidak suka melihat wajah Mika yang sugul dan Amna yang tidak ceria seperti orang ketakutan sejak Zahra muncul di rumahnya.


"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now