Bab 30

24.6K 587 8
                                    

"Hi auntie", sapa Zahra dan terus memeluk Datin Suhana. Dicium kiri dan kanan pipi wanita itu.
Datin Suhana sangat terkejut dengan kehadiran Zahra. Bukan saja terkejut dengan kehadiran Zahra malah pakaian Zahra juga buat Datin Suhana kurang berkenan. Dipandang atas dan bawah. Sungguh Datin Suhana tak percaya di hadapannya ini bekas bakal menantu yang tak jadinya. Jauh sungguh gaya Zahra yang dahulu dengan sekarang. Tak sampai dua tahun Zahra duduk di overseas tapi sudah berubah 360 darjah.

"Kenapa auntie pandang Zahra macam tu. Auntie terkejut sebab Zahra makin cantikkan?" kata Zahra

"Yelah Zahra dah banyak berubah. Macam tak percaya je yang ni Zahra", kata Datin Suhana yang cuba menyusun ayat supaya Zahra tidak berasa hati dengan kata-katanya walau pun apa yang ada dalam kepalanya tidak seperti apa yang dikata.

"Auntie, Mika ada tak?", tanya Zahra.
"Mika kat office la. Kenapa cari Mika"?, tanya Datin Suhana. Risau pula bila Zahra bertanyakan Mika. Amna pula kursus ke Penang.

"Saja. Lama tak jumpa dia. Rindu. Nak sembang-sembang. Zahra call, dia tak angkat. Zahra minta dia ambil Zahra kat airport semalam tapi sampai sudah tak dapat call dia. Lastnya papa dan mama yang datang ambil", beritahu Zahra seperti minta simpati.

Lega hati Datin Suhana bila anaknya tidak melayan wanita di hadapannya ini. Dia tahu Mika bukan jenis lelaki yang suka main-mainkan perempuan. Namun kehadiran Zahra kurang menyenangkan hatinya. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi.
"Auntie ingat Zahra datang sini nak jumpa Amna", kata Datin Suhana berbasi-basi.

"Buat apa Zahra nak jumpa Amna. Amna kan tak ada. Amna ada beritahu Zahra dia ke Penang dua minggu. Kena kursus.Ye kan auntie?", soalnya.

"Aah..Amna kursus. Minggu depan dia balik", jawab Datin Suhana.
" Zahra memang nak juga jumpa dengan Amna. Banyak hal nak bincang dengan dia". Zahra senyum ada makna.

Zahra dapat rasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh sahabatnya,Amna. Amna seolah-olah cuba melarikan diri darinya. Walau apa pun, Zahra tetap mahukan Mika.

"Jomlah kita ke dapur Zahra, Auntie buatkan air. Tentu Zahra hauskan", ajak Datin Suhana. Rasa janggal pula dia rasakan kali ini bila berdepan dengan Zahra seperti berdepan dengan orang asing.

"Auntie,, Mika macam mana?dia sihat?Mika masih macam dulu lagi ke? Ada tak dia sebut pasal Zahra?", soal Zahra.

Datin Suhana pula sedang cuba menyusun ayat agar jawapannya selamat. Mika tak pernah sekali menyebut nama Zahra. Mika sudah punya Amna yang cukup sempurna sebagai isteri. Datin Suhana sendiri mengakui menantunya itu bukan sahaja cantik tetapi terlalu sempurna untuk anaknya,Mika. Amna pandai melayannya sebagai ibu mentua. Datin Suhana cukup senang dengan menantunya itu.

"Er...Mika sihat.Lebih sihat dari dulu kot", kata Datin Suhana

"Maksud auntie?",tanya Zahra.

"Sihatlah. Makan ada orang jaga. Senang hati", jawabnya.

Berderau rasa hati Zahra bila wanita di hadapannya itu seperti sedang memuji Amna yang pandai menjaga Mika. Nampak wajah gembira wanita itu saat bercerita tentang Mika dan Amna.

"Oh!ye ker. Baguslah kalau macam tu", nada suaranya sudah berubah. Perubahan itu dapat dikesan oleh Datin Suhana.

Bukan dia tak kasihan pada bakal menantu tak jadinya itu tapi apa yang berlaku kehendak Zahra sendiri. Bukan tak ada usaha memujuk Zahra dan Mika sendiri sudah merayu agar Zahra meneruskan perkahwinan mereka. Dia sendiri nampak anaknya sungguh kecewa, walau pun Mika tak menangis terang-terangan di hadapannya tapi dia tahu anaknya itu cukup kecewa.

"Tak apalah auntie. Tak payah susah-susah buatkan air. Sebelum datang sini tadi Zahra dah minum di rumah. Ini buah tangan untuk auntie dan uncle. Yang ini untuk Mika".,kata Zahra sambil menghulurkan tiga beg kertas kepada Datin Suhana.

Datin Suhana menyambut pemberian Zahra. Tapi kenapa tak ada untuk Amna. Mungkin Zahra nak bagi sendiri pada Amna sebab dia melihat ada satu lagi paper bag di tangan Zahra.

"Terima kasih Zahra. Ingat Zahra pada auntie dan uncle ye". Sekadar berbasi-basi agar Zahra tidak berasa hati

"Mestilah ingat tapi tak tahulah orang kat sini ingat ke tak pada Zahra kat sana", balas Zahra pula.

Tersentak juga Datin Suhana bila mendengar kata -kata Zahra yang sepertinya ditujukan kepadanya. Tidak dinafikan sepanjang Zahra di overseas tak pernah sekali pun Datin Suhana menhgubunginya. Bukan lupa atau tak ingat tapi tak ada apa yang nak dicakapkan.
Datin Suhana hanya tersenyum pada Zahra.

"Okaylah auntie. Zahra balik dulu. Kirim salam Zahra pada uncle dan Mika", kata Zahra sambil melangkah menuju ke pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu.

"Ye lah.Zahra drive tu elok-elok ye.Kirim salam auntie juga pada mama dan papa Zahra", Datin Suhana berpesan sambil memeluk tubuh Zahra.

Datin Suhana menghantar Zahra dengan senyuman yang tak lekang dari pintu utama rumahnya sehingga Zahra meninggalkan perkarangan rumahnya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin