Bab 50

21.5K 561 9
                                    

Zahra duduk di atas kerusi. Dibeleknya pistol mainan yang diacukan pada Amna.
Zahra ketawa tiba-tiba.
"Penakut kau ye betina. Pistol mainan je pun dah pengsan", kata Zahra
Zahra memanggil dua lelaki upahannya itu. Zahra bercakap-cakap dengan lelaki itu seperti sedang memberikan arahan. Lelaki-lelaki itu hanya mengangguk.
"Baik Cik. Kami jaga dia betul-betul"kata lelaki gempal itu

Kawasan rumah itu telah pun dikepung oleh pasukan polis yang diketuai Inspektor Rashid.
Dari luar rumah, Inspektor Rashid mengarahkan penghuni rumah itu untuk keluar sebelum polis menyerbu masuk ke dalam rumah.

Zahra dan dua orang lelaki yang berada di dalam rumah itu sangat terkejut dengan arahan polis yang secara tiba-tiba itu. Pucat wajah Zahra.

"Macam mana polis boleh tahu kita kat sini huh! Bodohlah kau berdua ni buat kerja. Tolong aku larikan diri. Mana pintu belakang?"tanya Zahra

"Cik, rumah ni dah di kepung. Macam mana nak lari?", kata lelaki upahannya.
"Aku tak nak kena tangkap. Aku ni model terkenal tau tak. Malu la aku kalau public tahu pasal ni!", jerit Zahra

"Cik Zahra. Saya tahu awak ada dalam rumah ni. Sila keluar sekarang", arah Inspektor Rashid sekali lagi.

Zahra buntu. Dua lelaki tadi pula mengeluarkan pistol mereka masing-masing.
Mereka meninggalkan Zahra yang masih terpinga-pinga. Zahra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Berlaku tembak- menembak di antara anggota polis dengan dua lelaki itu.
Pihak polis mula memasang strategi lain. Ada anggota yang lain telah berjaya masuk ke dalam rumah. Salah seorang penjenayah telah berjaya ditangkap.
Zahra duduk di sebelah Amna yang kaku tidak bergerak
"Bangunlah bodoh. Kau saja nak kenakan aku kan", kata Zahra sambil menampar pipi Amna. Kemudian Zahra ketawa. Ketawa dan kemudiannya menangis.
Zahra menekupkan mukanya di atas lututnya.
Apa yang aku dah buat ni. Getus hatinya
Lama Zahra dalam keadaan begitu.
Bunyi tembak-menembak sudah tidak kedengaran lagi.
Dua anggota polis masuk ke dalam bilik yang menempatkan Amna. Amna diperiksa.
Zahra dibawa keluar oleh seorang anggota polis.Zahra diletakkan bersama dua orang lelaki upahannya. Masing-masing digari.

Inspektor Rashid sudah menghubungi ambulans untuk membawa Amna ke hospital. Seorang anggota polis menghampiri kereta Ammar dan meminta untuk mereka melihat keadaan Amna.
Mika berlari menuju ke rumah itu. Hatinya luluh saat melihat Amna yang kaku tidak bergerak. Seluruh tubuh isterinya bengkak. Pipi Amna juga merah-merah. Mika usap pipi isterinya. Dipeluk kuat tubuh isterinya. Mika menangis sekuat hatinya. Kalau dia boleh menggantikan Amna, dia lebih rela dari melihat Amna begitu.
"Jangan tinggalkan abang sayang",Mika menjerit beberapa kali memanggil Amna. Perut isterinya dicium.
"Anak daddy sayang. Daddy datang ni sayang. Sayang kuat ye. Daddy bawa mummy dan sayang pergi hospital ye", kata Mika dengan esak tangisnya
Ammar yang duduk disebelah Mika turut menangis melihat adiknya yang kaku. Dipangku kepala adiknya.
"Amna, abang datang ni. Amna kena kuat sayang. Abang hanya ada Amna sorang dalam dunia ni. Jangan tinggalkan abang lagi. Ya Allah selamatkanlah adikku ini", doa Ammar. Pilu hatinya.

Amna dibawa ke hospital menaiki ambulans. Mika menemani Amna. Tidak dapat ditahan lagi air matanya. Mika menangis semahunya.
"Encik banyakkan bersabar dan berdoa. InsyaAllah isteri encik selamat. Kami dah periksa, isteri encik dan baby okay sebenarnya. Isteri encik pengsan mungkin kecederaan pada kepalanya", kata salah seorang pembantu perubatan yang memeriksa Amna.

Amna dimasukkan ke bilik kecemasan. Laporan perubatan menyebabkan Amna perlu dibedah segera. Baby dalam kandungannya semakin lemah. Mengikut doktor yang memeriksa Amna, kemungkinan ibu tidak makan dan minum secukupnya menyebabkan Amna kekurangan air.

Di luar bilik pembedahan, Mika, Ammar, Datuk Muzafar, Datin Suhana serta dua orang lagi kakak Mika setia menunggu. Mika dan Ammar membaca Yassin. Memohon dipermudahkan pembedahan ke atas Amna dan juga semoga kedua-duanya selamat.
Hampir 2 jam, doktor yang melakukan pembedahan ke atas Amna keluar dari bilik pembedahan.
Hati Mika semakin berdebar.
Doktor itu menghulurkan tangan kepada Mika.
Ucapan tahniah kepada Mika sudah buat Mika tersenyum.
"Tahniah Encik Mika. Isteri dan anak selamat", kata doktor muda itu.
"Boy or girl doktor?", tiba-tiba Datin Suhana mencelah
"Girl", beritahu doktor sambil tersenyum.
"Alhamdulillah", serentak ucapan syukur itu keluar dari mulut mereka.
"Tapi buat masa ni, isteri Encik Mika masih tidak sedar. Mungkin dalam sejam ubat pelali itu akan hilang. Kecederaan pada kepalanya juga tidak serius. Tak ada kesan luka cuma ada sedikit benjolan di dahinya. Buat masa ni isteri Encik Mika masih dalam pemerhatian kami. Bila dia dah sedar nanti, kami akan masukkan dia ke wad biasa. Encik Mika dan keluarga bolehlah melawat dia"kata doktor itu lagi
"Tapi anak saya macam mana doktor. Tak silap saya, isteri saya akan bersalin bulan depan, tiga minggu lagi", soal Mika semula
Doktor itu tersenyum lagi.
"Anak Encik Mika bertuah sebab ada ibu yang pandai jaga dia. Anak Encik Mika sihat walau pun belum betul-betul cukup sembilan bulan. Berat baby pun 3.0 kg." Mika tersenyum mendengar penjelasan doktor itu
Mika memeluk Ammar, kemudian daddy dan mummynya.
Menitis lagi air matanya. Kali ini air mata gembira dan kesyukuran.
"Siapa suami kepada Puan Nurul Amna?", tanya seorang jururawat yang tiba-tiba muncul dengan senyuman.
"Saya", kata Mika
"Encik boleh masuk ke dalam dan iqamatkan anak ye", kata jururawat itu lagi.
Mika mengangguk dan tersenyum manis. Tidak sabar dia ingin melihat hasil kasih dan cintanya bersama Amna.
Mika dibawa ke sebuah bilik yang menempatkan beberapa bayi comel. Mungkin bayi-bayi itu juga baru dilahirkan.
Seorang jururawat menghampiri Mika lalu dihulurkan seorang bayi comel. Mika sambut bayi itu. Ditatap wajah anaknya. Menitis lagi air matanya. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan anak secomel ini.
Mika iqamatkan anaknya. Dicium berkali-kali anaknya itu. Tidak mahu sekali dilepaskan anaknya itu. Bau anak syurga itu sungguh harum pada Mika.
Ditatap lama wajah anaknya. Secomel wajah mummy sayang. Daddy sayang mummy dan baby.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now