Bab 51

21.8K 549 10
                                    

Encik Zahri dan Puan Hamidah sampai di balai polis lewat petang itu. Kedua-duanya sangat terkejut apabila dihubungi pihak polis memaklumkan anaknya telah ditahan polis kerana merancang penculikan serta mencedarakan mangsa.
Hampir pitam Puan Hamidah mendengar perkhabaran itu dari suaminya.
Sejak Zahra balik, Puan Hamidah memang tidak senang hati melihat anak gadisnya itu. Perangai Zahra agak pelik.

Setelah bercakap dengan Inspektor Rashid, Puan Hamidah dan Encik Zahri dibenarkan melihat anak mereka.
Zahra menangis saat terlihat orang tuanya. Puan Hamidah juga menangis. Tidak sanggup dia melihat anaknya itu yang tidak terurus di sebalik jeriji besi.
"Kenapa ni sayang. Apa yang Zahra dah buat? Zahra culik siapa?", tanya Puan Hamidah
Encik Zahri disebelah menenangkan isterinya. Dia takut isterinya itu pengsan kerana meghidap darah tinggi. Masalah begini sememangnya boleh menaikkan darah isterinya.
"Beritahu papa Zahra. Zahra culik siapa?
Zahra yang masih teresak menangis menyebut nama Amna.
"Siapa Zahra?", tanya papanya sekali lagi
"Amna. Zahra culik Amna", jawab Zahra
"Ya Allah Zahra. Apa yang Zahra dah buat pada Amna. Amna tu mengandungkan", kata papanya. Encik Zahri meraup mukanya. Tidak percaya anaknya sanggup berbuat begitu kepada Amna sedangkan Amna sahabat baiknya.
Puan Hamidah sudah menangis. Rasa bersalah pada Mika dengan Zahra. Malu pada sahabatnya Datin Suhana dan Datuk Muzafar.

"Abang call Muzafar. Tanya dia keadaan Amna. Midah risau kalau jadi apa-apa pada Amna, teruk Zahra kena abang", minta Puan Hamidah kepada suaminya.
Encik Zahri menghubungi Datuk Muzafar.
Lama mereka berdua bercakap.
Sesekali Encik Zahri mengangguk, sesekali dia menggeleng. Keruh wajahnya.
Puan Hamidah yang memerhatikan suaminya dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
Ya Allah, Engkau selamatkanlah Amna dan anaknya. Doa Puan Hamidah dalam hatinya. Amna sudah seperti anaknya sendiri. Sepanjang Zahra berada di Perancis, Amna tak pernah lupa melawatnya atau menghubunginya. Kadang-kadang Amna akan datang bersama Mika dan mentuanya. Puan Hamidah sudah menganggap mereka seperti keluarga sendiri walau pun dalam hatinya terkilan Mika tidak menjadi menantunya yang sebenar. Puan Hamidah tidak salahkan Mika mahupun Amna. Pilihan Zahra juga meninggalkan Mika sedangkan anak muda itu bersungguh-sungguh memujuk Zahra agar meneruskan perkahwinan mereka. Pada Puan Hamidah juga, semua yang berlaku sudah tertulis sebagai qada dan qadar Tuhan.

Encik Zahri menemui isterinya.
"Macam mana abang?, tanya Puan Hamidah,cemas.
Encik Zahri menepuk bahu isterinya.
"Alhamdulillah Amna selamat melahirkan anaknya. Amna terpaksa dioperat sebab kandungannya sudah lemah tapi Amna masih belum sedar", jawab si suami.
"Maksud abang? Amna koma ke abang?", tanya Puan Hamidah lagi
"Amna tak koma. Masa polis jumpa Amna, memang Amna dah tak sedar. Pengsan. Mungkin Zahra ada buat apa-apa pada Amna sampai pengsan. Mengikut kata Muzafar, kepala Amna benjol saja mungkin dipukul atau dihantuk pada benda keras", beritahu Encik Zahri.
"Ya Allah. Kenapa Zahra sanggup buat macam tu pada Amna, abang", Puan Hamidah sudah menangis.
Encik Zahri disebelah memeluk isterinya. Memujuk si isteri agar lebih kuat dan sabar dengan ujian yang sedang mereka hadapi ini.

Encik Zahri dan Puan Hamidah kemudiannya dipanggil oleh Inspektor Rashid untuk prosedur seterusnya. Mengikut Inspektor Rashid, keluarga Amna sudahpun membuat report dan siasatan kes akan dibuat. Buat masa ini, Zahra akan direman untuk tempoh tujuh hari sementara pihak polis mengumpul bukti dan saksi-saksi sebelum Zahra didakwa di mahkamah.
Encik Zahri dan Puan Hamidah mendengar dengan teliti setiap penerangan itu.
Kedua-duanya hanya diam dan mengangguk tanda faham.

"Kita balik dulu", Datuk Muzafar tiba-tiba bersuara.
Yang lain memandang.
"Amna pun masih tak sedar lagi. Kita pun tak boleh nak melawat dia. Biar Mika saja yang tunggu", kata Datuk Muzafar lagi
Semua yang ada di situ hanya mengangguk, tanda setuju.
Kemudian Mika keluar dari satu bilik. Tak lekang senyuman dibibirnya.
Ahli keluarga yang lain turut tersenyum.
"Macam mana baby Mika?", tanya Datin Suhana yang nampak teruja untuk melihat cucunya
"Alhamdulillah mummy. Comel sangat macam Amna. Mika tak puas nak peluk nak cium dia mummy. Mika sempat bagi dia minum susu dalam cup dulu sementara nak tunggu Amna sedar. Kalau dah sedar nanti baru beri susu ibu", beritahu Mika

" Boleh ke nak tengok baby, abang cik?"tanya kak long
"Tak boleh lagi la kak long. Esok baru boleh", kata Mika
Kak Long mengangguk. Ditepuk bahu adiknya.
"Tahniah abang cik", kata kak ngah pula
"Terima kasih kak ngah", jawab Mika
"Mika nak balik ke nak tunggu sini?", tanya daddynya
"Mika balik dulu daddy. Hospital kerajaan mana boleh tunggu. Amna pun masih tak sedar. Awal-awal pagi esok Mika datang. Mika dah minta tolong kawan Mika yang kerja doktor kat sini untuk tengokkan Amna. Kalau dah sedar nanti, dia akan call Mika", beritahu Mika.
"Kalau macam tu, jomlah kita balik. Rehatkan diri dulu. Ammar tidur rumah uncle sajalah. Esok boleh sama-sama Mika tengok Amna", kata Datuk Muzafar
Datin Suhana terus menarik lengan Ammar.
"Tak payah fikirlah Ammar. Rumah uncle, auntie rumah Ammar juga. Kita ni sekeluarga", kata Datin Suhana.
Ammar hanya mengangguk dan tersenyum.
"Saya akan carikan jodoh untuk si Ammar ni abang", bebel Datin Suhana.
Datuk Muzafar, Mika dan Ammar hanya tergelak mendengarnya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now