Bab 36

24.5K 618 3
                                    

"Ada lagi tak barang sayang ni. Kalau dah tak ada abang bak bawa masuk kereta dah ni", tanya Mika
Dari belakang abang Ammar menepuk bahu Mika.
"Oh! abang"
"Dah nak balik?tak nak tidur sehari dua lagi ke kat sini. Bukan selalu", tanya Ammar
Mika tersenyum.
"Nak sambung honeymoon kat rumahlah abang", jawab Mika
Ammar ketawa. Pandai juga adik iparnya bergurau.
"Jaga Amna baik-baik ye Mika. Amna sorang je adik abang. Abang percaya Mika dapat membahagiakan Amna. Selesaikanlah semua masalah dan hidup bahagia", pesan Ammar
"Terima kasih abang bantu Mika. Mika janji akan bahagiakan Amna sebab Amna juga kebahagiaan untuk Mika. Cukuplah tempoh seminggu ni menguji cinta Mika dan Amna. Kami sama-sama tak mampu untuk terpisah. Mika akan selesaikan semua masalah ni. Doakan Mika ye abang", kata Mika.
"Insya Allah semua masalah akan selesai. Jangan putus berdoa", pesan Ammar lagi.

Amna muncul di depan pintu sambil tersenyum. Senyuman kegembiraan dan kebahagiaan. Di hadapannya ada dua lelaki yang amat dikasihinya. Suami dan satu-satunya abang kandungnya.

"Senyum tak sudah je adik abang ni. Kalau seminggu lalu, muka dia ni macam ikan flowerhorn tau tak Mika. Muncung semacam. Kan elok macam ni,senyum", kata Ammar

"Eeeeee..ada ke kata muka Amna yang comel ni macam ikan flowerhorn. Buruk tau ikan tu. Tengok abang Ammar ni abang, cakap muka Amna ni muka flowerhorn", adu Amna.
Mika yang melihat gelagat dua beradik itu hanya tersenyum.
"Isteri abang ni comel. Makin hari makin comel", pujuk Mika dan dicuitnya hidung Amna yang mancung.

"Puji sangatlah dia tu Mika. Makin kembang hidung tu", jawab Ammar lagi dan ditariknya pula hidung Amna
"Ouchhhh...sakitlah abang Ammar".
Amna memegang hidungnya yang baru ditarik abangnya.
"Mana ada kembangnya. Mancung ni. Hidung abang ngan hidung Amna ni sama je tau. Nasib mengandung ni pipi Amna je naik. Bukan hidung jadi kembang. Kawan Amna kat KPJ tu hidungpun kembang masa mengandung. Lucupun ada bila menengokknya. Macam-macam rupa",kata Amna sambil ketawa bila teringatkan rakan sekerjanya Farizah yang malu dengan rupa sendiri yang kembang semacam.

"Sedap dia ketawakan orang ye",usik Mika
"Oppss...Astaghfirullah alazim", cepat-cepat Amna beristighfar bila ditegur Mika.
"Jomlah gerak sayang. Abang Ammar kami gerak dulu", Mika datang bersalaman dengan Abang iparnya itu dan diikuti Amna. Amna memeluk erat abangnya.
"Terima kasih abang sudi tumpangkan Amna kat rumah ni".
"Apa pula tumpang-tumpang ni. Ini rumah Amna juga. Rumah kita. Bila-bila masa je Amna boleh datang sini".
Ammar mengingatkan adiknya tentang rumah itu. Rumah yang dibeli dari duit insurans ayah dan ibu mereka. Ammar beli rumah tu untuk mereka berdua. Amna juga ada hak ke atas rumah itu.

"Ya Allah menantu mummy dah balik", Datin Suhana terus menerpa ke arah Amna bila terlihat kereta Mika masuk ke perkarangan rumah.
"Amna sihat tak ni.Baby macam mana. Rindunya mummy pada Amna. Pada baby. Sunyi mummy bila Amna tak ada. Tak syok tau", adu Datin Suhana

Amna rasa bersalah meninggalkan mummynya. Dia tahu wanita itu sentiasa kesunyiannya kerana sering keseorangan di rumah. Daddy dan suaminya sentiasa sibuk di office.
"Amna sihat mummy. Sihat sangat. Tengok ni pipi Amna. Dah bulat", tunjuk Amna pada pipinya.
Datin Suhana mencubit kedua-dua pipi menantunya itu.
"Okay apa ni. Comel je mummy tengok. Seri ibu mengandung. Makin comel mummy tengok Amna", kata mummy lagi.

"Amboi-amboi anak menantu ni bila dah jumpa tak ingat orang belakang dah", tegur Mika dengan muka mencebik
Amna dan mummy saling berpandangan dan kedua-duanya terus ketawa.

"Jelous ke? Mummy pinjam Amna dulu ye. Malam nanti mummy pulangkan pada Mika. Okay darling", kata mummy sambil menarik tangan menantunya.
"Mummy buat kek coklat tau dengan puding mangga. Sedap tau. Untuk Amna", beritahu Datin Suhana sambil memimpin tangan Amna menuju ke dapur. Kemudian dia berpaling semula melihat anak lelakinya.
"Mika nanti dah siap punggah beg tu join mummy kat dapur ye. Kita minum", pesan mummy.
Mika hanya angkat tangan dan mengangguk tanda faham.

Suasana di dapur gamat dengan ketawa.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" semua di dapur menjawab serentak.
"Amboi meriahnya. Daddy bagi salam dari luat lagi tak ada sapa mendengar. Sampai ke luar boleh dengar orang ketawa.
Amna datang merapat ke bapa mentuanya. Disalam tangan lelaki itu.
Datuk Muzafar membalas salaman menantunya itu. Diusap lembut kepala Amna.
"Daddy sihat?", tanya Amna.
"Daddy sihat Amna. Amna macam mana pulak?", soal Datuk Muzafar semula. Dilihat semakin comel menantunya itu. Dipandangnya Mika yang sedari tadi tak lepas memandang isterinya. Datuk Muzafar hanya tersenyum. Suami kena tinggal isteri macam ayam berak kapur.
"Amna macam ni lah daddy. Sihat tu sihat tapi dah tak larat nak bawa perut ni", jawab Amna sambil mengusap perutnya.

"Abang sini duduk", pelawa mummy
"Kita makan sama-sama. Bibik bawakan satu lagi gelas", arah mummy.
Mereka sekeluarga bersembang sambil makan. Suasana petang itu sungguh membahagian seisi keluarga Datuk Muzafar dan Datin Suhana.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now