Bab 35

24.8K 633 6
                                    

Amna terasa berat di bahagian perutnya. Terasa juga hembusan nafas kecil di lehernya. Hatinya bedebar. Amna membuka matanya. Siapa yang memeluknya. Amna tak dapat bergerak dan Amna juga tak dapat nak berpaling melihat manusia disebelahnya. Amna takut. Dilihat jam di meja lampu tidurnya menunjukkan pukul 3 pagi.
Tiba-tiba lelaki disebelahnya batuk. Amna kenal suara itu. Hatinya sebak. Mika. Sebutnya dalam hati.
Hati Amna semakin berdebar. Mahu saja dia berpaling dan memeluk lelaki itu tapi dia tak mampu berbuat begitu dalam keadaannya sekarang. Nak bergerakpun susah.Dia terlalu rindukan lelaki itu.
Segar matanya. Tak tahu nak buat reaksi macam mana supaya Mika tersedar dari tidurnya.
Amna cuba membetulkan keadaannya. Tangan Mika yang melingkari pinggangnya juga buat Amna rasa tak selesa. Terasa senak.
Pergerakan Amna buat Mika terjaga.

"Sayang..kenapa ni?", tanya Mika
Amna cuba memusingkan badannya ke arah Mika. Amna cuba bangun dari baringnya.Pinggangnya sudah lenguh. Mika turut bangun dan membantu Amna.

Amna duduk besandar di kepala katil. Mika meletakkan bantal di belakang Amna supaya Amna rasa selesa.

"Abang, macama mana abang ada kat sini?", tanya Amna dengan mata yang sudah berkaca.

Mika senyum. Mika menyulamkan jarinya ke jari jemari Amna kemudian dibawanya ke bibirnya. Lama Mika mencium tangan milik Amna. Rindu yang terlalu sarat pada isterinya itu.

"Abang rindu sayang. Abang cari sayang. Abang tak boleh tidur sayang tak ada", kata Mika lembut.

Amna sudah menangis. Dia juga rindu pada suaminya itu. Mika elus pipi gebu Amna. Semakin berisi si isteri tapi Amna nampak semakin comel dengan muka yang tembam begitu. Mika senyum.Diseka air mata Amna.Ditariknya Amna dalam pelukannya. Amna membalas pelukan suaminya. Lama mereka begitu tanpa sepatah kata. Hanya bunyi degupan jantung mereka saja yang kedengaran berbicara tentang apa yang sedang mereka rasakan saat ini. Tak terucap dengan kata-kata.

"Amna rindukan abang" kata Amna.
"Kalau rindu kenapa tinggalkan abang. Tak jawab call abang. Sengaja sayang seksa abang", jawab Mika seperti merajuk.

"Amna takut kehilangan abang. Amna tak sanggup", balas Amna

"Sekarang masih nak tinggalkan abang lagi tak"?, soal Mika

Amna gelengkan kepalanya.
"Mulai sekarang kita hadapi semua masalah ni bersama-sama. Tak mahu dah macam ni. Nak lari-lari. Penat tau abang cari. Tak tentu arah dah abang ni. Nasiblah abang Ammar baik hati bagi tahu Amna ada kat sini. Malu abang tau nangis depan abang Ammar padahal abang Ammar tahu Amna ada kat mana", adu Mika yang mengundang ketawa Amna.
"Oooo... sayang ketawakan abang ye", kata Mika. Pinggang Amna digeletek. Amna cuba elak tapi nak bergerakpun tak mampu. Amna angkat tangan tanda mengalah.
Amna anggukan kepalanya. Mika mencium dahi Amna.Terlalu sayang pada wanita dihadapannya itu. Tak akan dia biarkan lagi wanita ini hilang dari pandangannya. Terima kasih Ya Allah.
Tiba-tiba Amna tersedar tentang sesuatu.
"Mana abang Ammar?", tanya Amna
"Abang Ammar tidur hotel", jawab Mika dengan selamba. Matanya tak lepas memandang si isteri.
"Tidur hotel? tapi kenapa?", soal Amna pelik
"Abang Ammar nak bagi peluang kat abang nak pujuk isteri abang ni. Abang Ammar takut dia terjoin adegan pujuk memujuk kita nanti", kata Mika yang sudah tersenyum lebar.
Amna mengecilkan matanya memandang Mika.
"Yang abang tersenyum-senyum ni dah kenapa?", tanya Amna

"La..abang senyum pun tak boleh. Bukan senyum pada perempuam lain pun. Pada sayang sorang je", bakas Mika yang masih tersenyum

"Tapi senyum abang tu semacam je. Macam ada apa-apa je yang abang sorokkan dari Amna. Baik cakap sebelum Amna..", belum sempat Amna habiskan katanya Mika sudah memotong

"Sebelum Amna apa? tanya Mika yang sudah menjongketkan kedua-dua keningnya.
Amna pula mengecilkan matanya memandang tepat ke anak mata Mika.
Akhirnya kedua-dua mereka ketawa. Rasa bahagia kembali menjadi milik mereka.

"Sayang ,abang senyum sebab abang rasa bahagia. Bahagia sebab Amna dah ada di sisi abang. Wajah yang abang rindu siang dan malam yang semakin lama makin comel abang pandang", jawab Mika.

Amna meletakkan tangannya di kedua-dua belah pipi Mika.Lembut dan sejuk.
Mika pejamkan matanya seperti sedang menghayati setiap sentuhan jari jemari isterinya.Amna senyum memandang wajah suaminya.
Mika capai kedua-dua tangan Amna. Dibawa ke bibirnya. Dicium lama tangan Amna. Terasa kehangatannya. Seperti satu aliran elektrik sedang menjalar ke dalam seluruh saraf Amna. Amna dapat rasakan itulah getaran,kekuatan cinta Mika kepadanya. Amna tidak perlu meraguinya lagi. Amna sudah pasti apa yang perlu dilakukannya sekarang. Perlu berhadapan dengan Zahra.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now