Bab 21

28.7K 684 9
                                    

Banyak kerja Amna terganggu sejak dia masuk ke bilik kerja suaminya itu.
Hubungan dengan Mika juga dingin.
Amna sentiasa menolak ajakkan Mika
Amna rasa tertipu.
Gambar-gambar Zahra terbayang-bayang di ruangan matanya. Arrghhhh.... mahu saja dia menjerit. Melepaskan segala tekanan.

Amna menaip sesuatu pada iPhonenya.
'Tanda-tanda Suami Curang, Puncanya dan Cara Menanganinya'
Amna baca satu-satu.
Kemudian geleng. Kemudian baca lagi.
'Suami yang curang akan berubah sikap. Dari mesra, manja akan lebih suka sendiri atau keluar rumah'
Mika tak buat macam tu. Kalau tak ada kerja memang Mika sentiasa ada di rumah. Mika layannya dengan baik. Cuma dia je yang malas nak layan Mika tapi itu tidak bermaksud dia pula yang curang.

Punca-punca Suami Curang
1. Sudah tidak tertarik dengan penampilan isteri.
2. Isteri tidak melayan suaminya di tempat tidur.
3. Kehadiran kekasih lama atau first love.
Bila Amna baca macam terkena pada dirinya.
Apa yang harus aku lakukan.Kata hatinya.

Amna baca lagi
Cara Menangani Suami Curang.
1.Isteri harus menjaga penampilan.Sentiasa nampak cantik dan seksi di mata suami.
2. Menjaga makan, minum dan pakainya.
3.Memanjakan suami.
4.Melayan suami dengan sebaik-baiknya di tempat tidur.

Amna mengeluh panjang.
Amna bangun dan berdiri di hadapan cermin.
Dibelek-belek dirinya.
Memang jauh sangat gayanya dengan Zahra.
Dia tak seksi, tak menawan, gaya biasa.
Apa yang lelaki mahukan dari seorang wanita?. Tanya hatinya.
Amna perlu buat sesuatu untuk menjaga rumahtangganya.
Amna bersia-siap. Amna ambil kunci dan capai iPhonenya. Sebelum tu dia menghantar pesanan kepada suaminya.
Bila dapat balasan, Amna senyum.

BE URBAN WELLNESS
Tempat menarik dan nampak mewah.
Aku masuk dan daftarkan diri. Aku bayar yuran tahunan. Memang agak mahal tapi semua perkhidmatan ada kat sini. Dari kelas kecergasan, rawatan spa,rawatan kecantikan, pendek kata semua lengkap.
Amna berharap usahanya ini dapat menambat hati suaminya.

"Amna pergi mana petang tadi?", tanya Mika
"Amna pergi kelas zumba",
"Zumba?. "
"Ye...zumba. Macam kelas aerobik la. Badan Amna ni macam dah naik sikit. Muka pun dah berisi ni",terang Amna. Amna tak tipu. Memang ada kelas zumba tadi.Dia sempat mengikutinya cuma Amna tidak bercerita secara detail tentang kelasnya petang tadi. Belum tiba masanya Mika tahu.

Mika datang dekat pada Amna.
"Wife abang ni dah memang cantik. Abang suka Amna macam ni. Sapa kata Amna berisi. Okay apa macam ni. Sedap je abang peluk tiap-tiap malam", kata Mika sambil mencuit hidung Amna.

"Ye lah tu, orang lelaki mana suka perempuan gemuk,yang tak seksi", saja je Amna memancing Mika untuk tahu apa jawapannya.
Mika ketawa kecil.
"Itu lelaki lain, bukan abang. Abang tak pandang perempuan lain sayang. Isteri abang ni dah cukup. Siang malam abang nak sayang". Mika tayang senyum nakal. Tangan sudah mula naik meraba.
Ni buat Amna lemah.
Tapi dia kena layankan suaminya itu. Biar suaminya tak boleh lupa setiap sentuhannya.
Kali ni Amna yang mula bertindak. Hasil kajian pakcik google. Harap-harap tips dari kaunselor bertauliah tu dapat membantunya demi kesejahteraan rumahtangganya. Kalau Mika tahu malu besar dia tak pasal-pasal Mika ingat aku ni otak blue.
Amna tolak Mika. Mika terlentang.
Hahaha...apa la yang kau buat ni Amna...Lantak la apa Mika nak fikir..kalau aku yang fikir aku lagi la malu nak buat macam ni. Mahu saja dia nak pakai topeng sekarang ni. Tak sanggup nak tengok muka Mika yang dah senyum lebar sambil tangannya nemeluk erat pinggangku.
Buat je Amna. Suami kau tu bukan sapa pun. Kau dengan dia je pun dalam bilik ni sambil Amna buka butang baju Mika macam-macam dalam fikirannya.

Amna selalu buat Mika suprise sejak akhir-akhir ni. Nampak Amna lebih terbuka dalam soal hubungan intim mereka tidak seperti awal-awal dulu.
Mika banyak main peranan.
Mika terkejut tapi dia suka. Amna selalu buatnya gila.Gila bayang pada Amna.

Ya Allah semoga hubungan kami ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin. Doa Mika dalam hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now