Bab 48

19K 507 3
                                    

Amna terdengar suara perempuan di luar biliknya. Amna amati suara itu. Suara yang biasa dia dengar.
"Zahra!", kata Amna
"Apa yang lelaki-lelaki tu buat pada Zahra. Ya Allah, Engkau selamatkanlah sahabatku", doa Amna.
Pintu bilik dibuka. Seorang lelaki masuk. Yang pasti bukan lelaki malam tadi. Orangnya lebih kurus dan tinggi. Wajahnya juga tidak bengis. Lelaki itu berdiri betul-betul dihadapannya. Amna pandang lelaki itu.
" Encik, kenapa encik bawa saya ke sini. Kalau encik nak wang tebusan, saya boleh beri tapi jangan apa-apakan saya dan anak saya. Kasihanlah anak saya ni" kata Amna yang merayu pada lelaki itu.
Lelaki itu menghulurkan seplastik makanan. Amna sambut huluran makanan itu.
"Aku tak ada urusan dengan kau. Aku dibayar untuk jaga kau saja. Yang lain-lain aku tak masuk campur", kata lelaki itu sambil menuju ke pintu.
"Encik! tapi tadi saya dengar suara perempuan. Macam suara kawan saya tu. Dia ditangkap juga ke?", tanya Amna.
"Itu bos aku. Kenapa? Kau kenal dia ke?", tanya lelaki itu semula.
Amna menggelengkan kepalanya. Bingung.
Lelaki itu kemudiannya keluar. Pintu bilik dikunci semula.
"Bos? Yang tangkap aku ni perempuan? Tapi kenapa? Apa salah aku?", tanya Amna pada dirinya sendiri.
"Tapi..... itu suara Zahra. Takkanlah Zahra bos mereka", kata Amna lagi yang mencari jawapan pada soalannya sendiri.
Otaknya mula ligat berfikir.
Amna seperti baru tersedar. Tiba-tiba Amna berasa takut kalau apa yang difikirkan itu sememangnya benar. Zahralah yang mengupah dua orang lelaki itu untuk menangkapnya dan dibawa ke sini.
"Kenapa aku tak terfikir kalau ini kerja Zahra. Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati sahabatku itu. Janganlah dia buat sesuatu yang boleh merosakkan dirinya sendiri", doa Amna lagi.
Amna mengesot ke arah pintu. Dia sudah tidak larat lagi untuk bangun kerana kaki dan kepalanya sakit, badannya juga dirasakan semakin berat. Amna mendekatkan telinganya ke pintu. Amna mahu dengar betul-betul suara perempuan itu.
Jelas. Itu suara Zahra. Zahra sahabatnya. Sebak hati Amna. Diakah menjadi punca sahabatnya itu berubah sedemikian rupa. Amna menekup mukanya.
Amna beristighfar. Memohon keampunan dan ketenangan. Sedikit masa lagi sudah tentu dia akan berhadapan dengan Zahra.

"Mika , Ammar, jom kita gerak. Ramli baru call daddy bagi tahu tempat Zahra pergi. Orang-orang Ramli masih mengawasi Zahra", kata daddy
Mika, Ammar dan Datuk Muzafar terus menaiki kereta yang dipandu Ammar. Datuk Muzafar juga sudah memaklumkan maklumat yang baru diterima kepada polis.

SUNGAI BULOH

Kereta yang dipandu Ammar sudah masuk ke arah Sungai Buloh.
Ammar mengikut GPS yang telah disetkan alamat yang diberi Ramli.
Mika resah. Duduknya tidak kena. Pelbagai persoalan bermain difikirannya. Bagaimana keadaan isterinya, anaknya. Dalam hatinya tidak putus-putus doa buat isteri dan anaknya itu.
Datuk Muzafar yang duduk di bahagian belakang menepuk-nepuk bahu anaknya itu. Dia tahu Mika bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya.

Ammar memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah. Banyak deretan rumah di kawasan itu.
Tidak lama kemudian, muncul Ramli bersama Zaidi dan Manaf. Mereka berjabat tangan dengan Datuk Muzafar, Mika dan Ammar.
Ramli menunjukkan rumah yang dimasuki oleh Zahra. Kelihatan kereta Volkwagen Beatles warna merah milik Zahra diparking di hadapan rumah itu.

"Ada siapa-siapa yang keluar dari rumah tu selain Zahra?", tanya Datuk Muzafar
"Setakat ni tak ada lagi datuk. Hanya Zahra yang masuk ke rumah tu. Tapi dalam kawasan rumah tu ada kereta lain. Saya rasa memang ada orang lain dalam rumah tu", beritahu Ramli.
"Kita tunggu polis dulu. Kita serahkan pada polis nak buat macam mana. Saya tak nak kita melanggar undang-undang pula", kata Datuk Muzafar lagi.
"Baik datuk", jawab Ramli
Mereka masuk semula ke dalam kereta masing-masing. Tak nak kehadiran mereka dilihat oleh Zahra mahu pun orang suruhan Zahra.

Seorang lelaki keluar dari rumah itu dengan memandu kereta waja kelabu.
Mika semakin resah. Takut kalau Amna diapa-apakan.
Ya Allah lindungilah isteri dan anakku.kata hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now