Bab 60

18.2K 428 20
                                    

Mika berbaring di sebelah Zahra bila dilihat wanita itu seperti sudah tidur. Mika tarik satu bantalnya dan diletakkan di tengah-tengah antara dia dan Zahra.
Mika cuba pejamkan matanya tetapi tiba-tiba satu tangan mendarat dipinggangnya.
"Sayang, kenapa ni? Tak boleh tidur ke?", tanya Zahra, manja.
Mika membatukan dirinya. Matanya masih terpejam.
Mika dapat rasakan pergerakan Zahra yang semakin merapatinya. Terasa nafas Zahra ditengkuknya.
"Sayang, pandanglah Zahra. Sampai hati sayang tak nak pandang. Lama Zahra tunggu sayang tadi", rengek Zahra.
Mika rasa janggal mendengarnya. Patutnya tentu ada rasa malu pada diri Zahra yang baru menjadi isterinya. Mika teringatkan Amna yang juga malu-malu pada awal perkahwinan mereka. Malam pertama mereka tak akan Mika lupa kerana setiap kali Mika ingat pasti akan mengundang ketawa besarnya. Peristiwa itu jugalah menjadi bahan usikan Mika pada Amna.

"Assalamualaikum". Lembut suara Mika.
"Oh!mak kau! Kau handsome", Amna yang terkejut melatah tiba-tiba dan melompat turun dari katil. Ditutup mulutnya sendiri.
Amna ingatkan Mika sudah pun tidur kerana melihatkan mata Mika yang terpejam rapat sewaktu dia masuk ke bilik tadi.
Amna memang tidak betah berdua-duaan dengan Mika di dalam bilik yang sama. Selepas solat Isyak berjemaah dengan Mika, Amna minta izin turun ke bawah.
"Jangan lama-lama sayang" , pesan Mika sebelum Amna keluar dari bilik.
Dia panggil aku sayang, bisik hati Amna. Merona merah air muka Amna. Tapi hati Amna berbunga-bunga bila dipanggil sayang. Sesak nafasnya dengan pandangan Mika.
Aduh Mika. Jangan buat aku penasaran macam ni. Jerit hati Amna

Jam sudah menunjukkan pukul 11:30 malam. Amna masih rancak berborak dengan saudara- mara Mika yang masih belum pulang selepas majlis kenduri mereka.
"Amna dah lewat ni. Esok-esok boleh sambung borak lagi. Pergi temankan Mika tidur tu. Pengantin baru duduk diam-diam je dalam bilik", usik mummy yang mengundang ketawa saudara mara Mika.
Amna hanya tersengih saja. Tak tahu nak jawab apa.
Pintu bilik dibuka. Dilihat wajah Mika yang sudah tidur.
Ermmmmm...handsome juga kau ni, bisik hati Amna.
Amna panjat katil mereka. Agak tinggi juga katil Mika yang bersaiz king itu.
Baru saja Amna meletakkan kepalanya, Mika memberi salam dari belakangnya.
Memang terkejut beruklah Amna sampai melatah.
Melihat reaksi Amna mengundang ketawa Mika.
"Sorry...sorry sayang kalau abang buat sayang terkejut", kata Mika
"Ta..ta...tak.. ", jawab Amna tergagap-gagap. Apalah rupa wajahnya yang terkejut itu.
"Mari sayang. Duduk sini", ajak Mika sambil menepuk tilamnya agar Amna duduk di situ. Mika masih tersenyum memandang Amna. Comel sangat!.
Amna teragak-agak tapi diikutkan kata suaminya.
Mika genggam tangan Amna.
"Sayang takut ke? Sampai sejuk tangan ni. Jangan risaulah abang tak buat apa-apa kalau Amna belum bersedia. Tapi...", sengaja Mika tidak menghabiskan katanya.
Amna pandang Mika.
"Tapi?", soal Amna berani
Mika senyum menggoda.
Aduh mak. Tak tahan Amna melihat senyuman menggoda Mika tu. Memang lelaki di depannya itu sedang menggodanya.
"Abang nak tidur dengan Amna tapi janganlah berpaling dari abang, boleh?" Minta Mika
Amna balas pandangan Mika. Amna angguk tanda setuju.
Mika senyum lagi.
"Terima kasih sayang", kata Mika.
Mika cium dahi Amna.
"Jom tidur sayang. Abang dah ngantuk", Mika tarik Amna agar tidur di lengannya. Mika menepuk belakang Amna. Wajah Amna rapat ke dada Mika. Bau haruman Mika, nafas Mika, degupan jantung Mika, semuanya terasa selesa dan kedengaran merdu di telinga Amna. Amna tidur dalam pelukan Mika. Lena.

"Sayang", panggilan Zahra mematikan lamunan Mika
Mika bangun. Zahra juga bangun dari baringnya.
" Zahra, saya minta maaf. Saya perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan Zahra. Semua yang berlaku terlalu cepat", kata Mika. Dia perlu berterus terang.
"Kenapa sayang? Kitakan pernah bercinta. Kenapa nak ambil masa untuk sesuaikan diri?", soal Zahra yang sudah berubah air mukanya.
"Zahra, itu cerita kita dulu. Saya dah tak ada apa-apa perasaan pada Zahra. Macam mana saya nak layan Zahra kalau perasaan itu tak ada", jawab Mika
Keruh air muka Zahra. Kata-kata Mika buatnya sakit hati.
"Bagi peluang untuk Zahra bahagiakan sayang. Zahra juga perlukan sayang untuk bahagia. Ini impian Zahra dari dulu lagi. Impian sayang juga kan", tegas kata Zahra.
Mika meraup mukanya. Sukar dipercayai kata-kata Zahra. Impiannya dari dulu dan masih menyimpan niatnya itu sampai sekarang. Patutlah mudah benar dia menerima cadangan Amna untuk disatukan dengannya.
Amna. Panggil Mika dalam hatinya. Mika tidak sedap hati.
"Maafkan saya sekali lagi Zahra. Saya tak boleh terima Zahra buat masa ni. Saya perlu masa. Tak semudah seperti Zahra menerima saya. Saya ada Amna, Maryam dan Mikael", jawab Mika lagi
"Boleh tak sayang lupakan sekejap Amna, Maryam dan Mikael? Berilah ruang pada Zahra. Pada kita berdua. Zahra tak akan ambil hak Amna, Maryam dan Mikael. Zahra harap sayang adil", tambah Zahra.
" Zahra, saya pernah cakap dulu kalau Amna beri sama semula pada Zahra saya tak akan balik pada Zahra. Saya terima cadangan Amna ni sebab Amna nak hubungan kita baik. Baik seperti dulu. Saya tahu Amna nak tebus rasa bersalah pada Zahra. Saya ikutkan kata Amna sebab saya sayang Amna. Saya tak nak dia ada rasa bersalah itu seumur hidupnya. Tapi tolonglah Zahra jangan paksa saya buat masa ni. Biar perasaan itu dipupuk dahulu",minta Mika. Mika turun dari katil masuk ke bilik air. Lama Mika di dalam bilik air. Mika mengambil wuduk. Dia perlu mengadu kepada penciptaNya.

Zahra kembali baring. Hatinya bungkam. Pelbagai rasa wujud dalam hatinya kini.
Marah. Sakit hati. Tapi pada siapa?. Bisik hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now