Bab 24

29.5K 687 7
                                    

Kepala Amna terasa berat pagi tu. Nasib baik dia tak terlepas subuh. Biasanya Mika akan kejutkan dia tapi suaminya outstation ke Brunei seminggu. Petang nanti Mika akan balik. Itu yang suaminya sampaikan melalui video call malam tadi. Entah kenapa Amna terlalu rindu pada suaminya. Dia mudah beremosi sejak kebelakangan ni.

Amna menapak ke ruang dapur. "Assalamualaikum mummy. Maaf mummy, Amna tak tolong mummy". Amna menegur ibu mentuanya yang sibuk di dapur dengan bibik.
"Eh! Tak apa. Amna tak sihat. Tengok muka tu masih pucat. Amna dah pergi klinik? Bila Mika balik?", tanya ibu.

"Belum pergi lagi. Amna nak tunggu abang balik dulu mummy. Malam tadi abang call katanya balik hari ni. InsyaAllah petang abang sampai mummy".

Tiba-tiba....Amna meloya bila bibik mula menumis bahan masakan.
Serta merta Amna terus ke sinki dan muntah. Tak tahu apa yang dia muntahkan padahal dari semalam dia tak lalu nak makan. Malam tadi pun dia tak makan. Sakit ulu hatinya, senak juga perutnya.

Melihatkan keadaan Amna,mummy panik. Ditepuk-tepuk belakang Amna.
"Kenapa ni sayang? Risau mummy tengok Amna ni. Kita pergi klinik ye sayang", ajak mummy.
Aku sangat terharu bila mummy panggil aku sayang selain Mika. Rasa diri terlalu disayangi. Aku bersyukur ada keluarga yang sangat mengambil berat tentang diri aku.
Mummy dan bibik memapah aku supaya duduk di kerusi. Tapi belum sempat aku duduk aku dah tak sedar apa yang berlaku selepas itu.

"Sayang...sayang", panggil Mika lembut sambil mengusap rambut Amna. Tumpah segala kasih dan sayangnya pada wanita yang sedang berbaring itu. Wanita yang dia sendiri tak menyangka akan menjadi suri hidupnya. Bercinta dan bertunang dengan orang lain tapi kahwin dengan lain. Inilah rahsia jodohnya yang sebenarnya sudah tertulis di Loh Mahfuz bila jasadnya sudah ditiupkan roh.

Amna membuka mata. Berat kepalanya.
Dilihat disisinya suami tercinta sedang tersenyum lebar.

"Kepala Amna sakit la abang. Amna haus la", kata Amna

"Sayang jangan banyak gerak sangat. Sekejap, abang ambilkan air".

Mika membantu Amna duduk di katilnya.
Disuakan air ke mulut isterinya.
Mika betulkan rambut Amna. Ditocongkan kemas. Comel.mummy to be....Mika senyum. Tak dapat nak disembunyikan rasa gembira bila menerima berita dari Doktor Fazilah yang isterinya itu mengandung 4 minggu.

"Abang kenapa senyum-senyum?", tanya Amna.
Pelik dilihat suaminya yang tak lekang senyuman dari tadi.

"Abang happyla sebab Amna dah sedar. Bila daddy call abang bagitahu sayang pengsan kat rumah abang risau sangat. Nasib la memang nak balik hari ni. Kalau abang yang bawa kapal terbang tu memang abang bawa landing terus kat depan hospital ni tau", jelas Mika.

Amna ketawa kecil melihat gaya suaminya bercerita. Macam budak-budak!.

"Yang Amna ketawa kenapa pulak?"tanya Mika pula

Amna geleng kepala tapi ketawa masih bersisa. Hari ni dia nampak sisi lain suaminya. Sangat cuak dan kalut.
Biasa suaminya itu cool saja. Nampak tegas bila bekerja.

"Ni mesti ada apa-apa. Kutuk abang dalam hati kan..kan..kan?", tebak Mika

"Mana la ada Amna kutuk abang. Berdosa tau. Tak masuk syurga Amna nanti", Amna senyum memandang Mika.

"Dah tu kenapa? ", tanya Mika sambil menjongketkan sebelah keningnya. Gaya tak puas hati.

"Biarlah rahsia abang", jawapan Amna memang buat Mika tak puas hati.

"Oooo...nak rahsia...cepat bagitahu kalau tak....", Mika sudah buat muka mengugut.

"Kalau tak apa?", soal Amna pula sambil mencekak pinggang dan membulatkan matanya di depan Mika.

"Abang geletek Amna", jawab Mika.
"Ooho...ohooo.....itu sudah lebih abang". Mika mula menarik kaki Amna. Mika mengacah-acah untuk menggeletek tapak kaki Amna. Dia tahu Amna sangat sensetif di bahagian tapak kakinya.

"Nak bagi tahu ke tak?", soal Mika
"Tak?", jawab Amna

Mika sudah menggeletek.
Amna dah tak tahan
"Stop...stop..okay...okay..Amna cakap tapi lepaskan kaki Amna dulu. Main tipu. Mentang-mentang Amna duduk atas ni tak boleh gerak. Tunggu nanti Amna buat kat abang".

"Okay abang tunggu saat tu". Kata mika sambil menjongketkan keningnya.
Tanda seperti mencabar Amna.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon