Bab 58

17.5K 425 10
                                    

" Aku terima nikahnya Nur Zahra Amalia binti Zahri dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai".
"Sah"
"Sah"
" Alhamdulillah", kata tok kadi yang menjadi saksi pernikahan Mika dan Zahra yang diwalikan sendiri oleh papa Zahra.
Amna yang duduk bersimpuh di sebelah Zahra nampak tenang. Dipegang erat tangan Zahra.
Mummy yang duduk jauh sedikit dari Amna tidak dapat menahan sebak tatkala melihat wajah menantunya itu. Dipeluk dua orang cucunya, Maryam dan Mikael yang hanya diam sedari tadi seperti sedang memahamkan apa yang berlaku saat itu.
"Tok mummy, apa yang daddy dengan auntie Zahra sedang buat tu? Pakai cantik-cantik. Maryam pernah tengok macam ni masa daddy dan mummy bawa Maryam pergi kenduri orang kahwin", kata Maryam kepada tok mummynya yang terus mengundang air mata yang tak dapat ditahan lagi oleh Datin Sunana.
Diusap kepala cucunya itu. Dia tahu cucunya itu sedang berfikir dan memahamkan apa yang sedang berlaku pada ketika itu.
Bagaimana untuk Datin Suhana menerangkan pada cucunya itu.
Mika menyarungkan cincin ke jari manis Zahra. Zahra mencium tangan suaminya.
Mika mencuri pandang wajah isterinya. Mika tidak dapat membaca fikiran dan perasaan Amna. Amna terlalu cukup tenang malah boleh tersenyum memandang Mika tetapi Mika seperti terlupa cara untuk senyum ketika itu. Hatinya sebak.

" Amna dah fikir masak-masak ke nak bagi Mika kahwin dengan Zahra!" Soal mummy bila Amna menyampaikan hasrat hatinya pada mummy dan daddy. Suara mummy agak tinggi sedikit kerana terkejut dan tidak setuju dengan hasrat menantunya itu.
Mika yang duduk di sebelah Amna hanya diam.
"Mika setuju ke nak kahwin dengan Zahra?", soal mummy lagi
"Mummy, jangan marah abang Mika. Amna yang nak abang Mika kahwin dengan Zahra. Zahra pun dah setuju. Lagi 2 bulan Zahra akan bebas. Zahra perlu tempat untuk bergantung. Amna percaya abang Mika yang layak untuk membimbing dan menjadi tempat Zahra berpaut. Amna dah cukup bahagia dengan abang Mika selama ni. Amna nak rasa bahagia ni dikongsi dengan Zahra", jawab Amna
Mika masih diam. Mummy menggelengkan kepala. Daddy yang mendengar cuba menenangkan isterinya.
"Su, kita sebagai orang tua boleh nasihatkan saja. Kalau Amna sendiri yang izinkan kenapa kita pula yang marah. Abang tak nak sebelahkan siapa-siapa. Hanya Amna yang tahu hati dan perasaan dia. Sudah tentu bukan senang Amna nak buat keputusan tetapi kita hormatlah apa yang dia minta", nasihat daddy pada mummy. Sudah keruh air muka mummy menahan tangis.

" Please abang. Ini je permintaan Amna. Kalau abang betul-betul sayangkan Amna, abang terimalah Zahra. Bahagiakan Zahra dan Zahra juga boleh membahagiakan abang", minta Amna pada suaminya.
"Sayang dah tak sayang abang ke? Sampai hati sayang buat abang macam ni. Diam-diam je sayang buat keputusan untuk abang. Tak tanya abang dulu sebelum cakap dengan Zahra", kata Mika pula yang agak kecewa dengan sikap Amna.
"Abang, Amna minta maaf kalau apa yang Amna buat ni melampau. Tapi percayalah abang, Amna ikhlas dan reda untuk izinkan abang berkahwin dengan Zahra. Amna nak Zahra juga bahagia. Kongsi rasa bahagia Amna ni dengan lelaki yang dia cinta", kata Amna yang cuba yakinkan suaminya itu. Amna pegang pipi suaminya.
Dipandang tepat ke mata Mika agar Mika faham maksud hatinya.
Mika angguk.
Amna senyum. Dicium pipi suaminya.
" Terima kasih abang"

Kata setuju dari Mika telah Amna sampaikan pada Zahra. Malah Amna sendiri bertemu uncle Zahri dan auntie Hamidah untuk meminang Zahra buat suaminya.
Pada awalnya uncle Zahri dan auntie Hamidah juga terkejut tetapi Amna dapat meyakinkan kedua-duanya.
Tinggal seminggu lagi Zahra akan bebas. Amna orang paling sibuk menguruskan majlis Zahra dan Mika.
Sebaik saja Zahra bebas, Mika dan Zahra akan disatukan.
Mika mengambil jalan untuk berdiam diri saja. Pelbagai perasaan yang ada dalam hatinya saat ini.
Saat Amna tidur, wajah Amna dipandang puas. Menitis air matanya bila semakin lama wajah polos itu ditatapnya.
Wajah Maryam dan Mikael juga silih berganti.
" Abang hanya cinta sayang seorang saja. Abang hanya milik Nurul Amna. Hanya daddy untuk Maryam Aamina dan Mikael Aryan", bisik Mika di sisi Amna yang sedang lena tidurnya.
Mika menarik Amna tidur di lengannya. Tubuh Amna dipeluk. Dipejamkan matanya.
Amna dalam pelukan menahan sebak. Amna mendengar setiap kata suaminya.
Amna juga sayang abang. Cintakan abang tapi Amna perlu pulangkan hak Zahra yang Amna dah ambil abang. Maafkan Zahra. Bisik hati Zahra.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now