Bab 40

22.1K 574 13
                                    

Amna dan Mika mengekori langkah Zahra yang masuk ke dalam kafe. Terkejut dengan penampilan Zahra. Zahra berdiri di hadapan meja mereka. Dibuka cermin mata hitamnya yang berjenama Prada itu.
"Hi..lama tak jumpa", tegur Zahra dengan muka manis.
Zahra hulur tangannya pada Mika untuk bersalaman tetapi Mika membuat isyarat yang dia tidak boleh menyalami Zahra.

"Oppsss...sorry I lupa you tak salam dengan perempuan. Hi Amna. You sihat?", tanya Zahra
"Aku sihat beb. Kau sihat?", tanya Amna pula sambil menghulur tangan untuk bersalaman.
Zahra terus duduk tanpa menyambut salam dari Amna. Berderau darah Amna saat itu. Menunjukkan Zahra tidak suka padanya. Mika genggam lagi kuat tangan Amna tanda jangan takut Amna. Abang ada dengan Amna.
Zahra duduk berhadapan dengan Mika. Matanya tak lepas memandang Mika.
Zahra sengaja berpakaian seksi. Memakai blouse tanpa lengan dan skirt kembang pendek atas lutut.

"You oder la air dulu", kata Mika
"Boleh juga", jawabnya
Pesanan Zahra sampai ke meja mereka. Zahra menyedut air yang dipesannya.
"Ada apa you nak jumpa I ni. I ingat you datang sorang", Zahra mulakan bicara

"I bawa Amna sekali sebab you know, we need to solve the problem between us. Antara You, I dan Amna. I tak nak masalah kita ni berlanjutan. Biarlah selesai sebelum Amna bersalin", kata Mika
Zahra mengerling ke arah Amna. Amna hanya senyum. Zahra buat muka slumber. Tak berminat dengan kata-kata Mika.

"So?",jawab Zahra.
"Antara I dengan you memang dah tak ada apa-apa. Hubungan kita putus bila you dah buat keputusan nekad nak pergi Perancis. I percaya you sedar tentang ni", kata Mika

Zahra diam membisu. Tiada reaksi. Mika nampak geram dengan respon dari Zahra. Zahra memang nak menyalahkan dia dan Amna.

"Aku minta maaf Zahra. Aku tak jaga Mika untuk kau", pendek kata Amna.
"Sayang kenapa cakap macam tu. Sayang tak salah pun", Mika mencelah kerana dirasakn kata-kata Amna itu tidak betul pada pandangannya.
Meluat Zahra dengan panggilan Mika pada Amna kerana panggilan itu adalah untuknya suatu masa dulu. Amna telah merampas darinya.

"I nak Mika semula baru I maafkan you Amna", kata Zahra tiba-tiba.

Amna dan Mika terkejut.
"No Zahra. I tak akan balik pada you. I dah cakap kalau Amna nak I pergi pada you pun I takkan jalinkan semula hubungan dengan you", jawab Mika. Nadanya juga sudah berubah. Permintaan  Zahra dirasakan sangat melampau. Mika juga rasa seperti menjadi barang tukar ganti saja.

"Okay. Kalau macam tu dah tak ada apa-apa nak dibincangkan. I balik dulu. Sebelum tu.." tanpa menghabiskan ayatnya Zahra bangun dan menyimbah lebihan air minumannya ke muka Amna.
"Ini untuk perampas macam kau. Bullshit!",
Amna terkejut. Habis basah mukanya.
"You're so rude Zahra", marah Mika. Mika mengambil tisu dan mengelap wajah Amna.

"Amna bukan perampas. You yang salah tapi cari salah orang lain. I nak ingatkan you Zahra. I tak cintakn you. Dah tak ada apa-apa perasaan. Dalam hati I ni hanya ada wife I, Nurul Amna. I cintakan dia. Really..really love her.
I warning you. Kalau you buat sekali lagi macam ni I tak teragak-agak untuk report polis. You ada niat nak cederakan Amna", marah Mika.
Amna hanya diam. Terkedu dengan tindakan Zahra sahabat baiknya suatu masa dulu.
"Jom sayang kita balik", Mika menarik tangan Amna. Handbag Amna Mika ambil dan dipeluknya bahu Amna.

Zahra yang masih berdiri di tepi meja mengetap bibir. Merah padam mukanya.
"Jaga kau Amna", kata hatinya.

Beberapa mata memandang Zahra. Melihat adegan antaranya dengan Mika dan Amna sebentar tadi.
Zahra membalas pandangan mata yang sedang memandangnya.
"Apa pandang-pandang! Not you're busines!".
Semua mata yang memandang terkejut. Zahra berlalu dengan perasaan marah.
Setan kau Amna. Marah Zahra dalam hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora