Bab 4

28.4K 745 26
                                    

Tempat: Taman Tasik Perdana
Masa : 4 petang

"Amna...saya harap pernikahan kita ni bukan di atas kertas saja. Saya setuju kahwin dengan Amna bukan terpaksa nak tutup aib famili saya atau famili Zahra. Zahra dah pilih untuk pergi juga. Saya ikhlas untuk memperisterikan awak, Amna. Sekali saya lafazkan akad, awak tanggungjawab saya", kata Mika lewat petang itu apabila dia mengajak Amna untuk berbincang dari hati ke hati.

"Tapi syarat Zahra tu?", tanya Amna

"Jangan peduli. Ini yang dia mahu kita buat. Kita buat betul- betul". Tegas kata-kata Mika.

Kecut perut Amna bila Mika berkata begitu. Pening kepalanya memikirkan antara syarat Zahra dan permintaan Mika.
Amna tersepit!.

"Mika saya faham kalau awak marah pada Zahra. Tapi jangan jadikan perkahwinan ini untuk membalas rasa kecewa dan marah awak tu. Perkahwinan ni masa depan saya dan awak.Kita boleh lupakan rancangan yang tak masuk akal ni".

" Tak Amna. Saya cakap tadi saya memang ikhlas nak kahwin dengan awak. Kalau awak tanya tentang perasaan saya, memang jujur tak ada rasa cinta pada awak. Saya juga percaya yang awak tak ada apa-apa perasaan pada saya. InsyaAllah, saya percaya perasaan itu akan datang nanti". Lembut kata-kata Mika buat Amna rasa terharu.

Kalau ikutkan Amna, dia memang bercadang untuk menolak permintaan Zahra. Ini melibatkan masa depannya. Tak kan dia kahwin dengan Mika sebab nak jaga Mika untuk Zahra. Baik dia cari calonnya, kahwin dan punya anak sendiri. Kalau dua tahun mungkin dia sudah punya dua orang anak atau lebih jika Allah nak bagi kembar padanya. Kalau kahwin dengan Mika, dia tak akan dapat apa-apa selama dua tahun menjaga Mika. Biarlah Mika nak cari perempuan lain untuk gantikan Zahra. Kau kejam Zahra!

Minggu lepas....

"Beb aku harap kau jaga Mika baik-baik ye. Aku nak kau duduk bilik asing-asing dengan Mika nanti. Aku akan balik ambil Mika nanti.Terima kasih beb sebab kau dah selamatkan aku dari bala ni", kata Zahra.

Terngiang-ngiang kata-kata Zahra. Apa pula yang bala..perkahwinannya dengan Mika dikata bala. Aku pula yang terasa bodoh menerima cadangan mengarut ni. Kahwin tapi.......Arghhh!! Astaghfirullah al Azim.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin