Bab 38

22.8K 593 5
                                    

Amna sudah menunggu suaminya di meja makan pagi itu.
Amna membantu di dapur menyediakan sarapan pagi walau pun telah dihalang ibu mentuanya. Ibu mentuanya risau dengan keadaan Amna yang nampak sarat. Amna disuruh duduk sahaja.
Akhirnya Amna mengalah. Amna hanya membancuh air teh untuk minuman sarapan pagi itu.
Sedang Amna mengacau air, pipinya dicium . Amna terkejut dan berpaling ke belakang. Si suami hanya tersenyum manis. Amna mencebik. Amna bagi isyarat dengan mulutnya ke arah mummy dan bibik kalau-kalau Mika tak perasan mummy dan bibik ada di situ juga. Amna malu kalau tindakan Mika itu dilihat oleh mummy dan bibik.
Mummy yang perasan kehadiran Mika tidak jadi menegur Mika bila si anak terus menuju ke arah menantunya. Tindakan Mika tadi buat hati ibunya sangat gembira melihat kebahagian anak menantunya. Dia percaya apa yang dia nampak bukan lakonan anaknya.Dia yakin Mika mampu menjadi suami yang baik.

"Abang duduk la dulu. Eh! Abang tak masuk office ke? Kenapa tak siap-siap lagi ni?Daddy mana abang?", tanya Amna bertubi-tubi.

"Tengah bersiap agaknya. Abang ambil cuti hari ni. Letih la cari orang hilang", kata Mika yang sempat nak mengusik Amna. Amna mencebik. Sempat lagi suaminya nk mengenakannya.Tak apa nanti kena la semula Mika tu. Bisik hati Amna.
"Biasa daddy siap dulu dari abang", jawab Mika lagi.
Tak lama kemudian daddy muncul dari belakang. Sudah siap berpakaian pejabat. Daddy tetap nampak segak walau pun usia sudah 62 tahun. Penampilannya kemas. Kemeja daddy yang berwarna hijau mint itu sesuai dengannya. Pagi-pagi lagi Amna sudah menjadi pengkritik fesyen.
Amna tersenyum memandang bapa mentuanya.
Mana kuah kalau tak tumpah ke nasi. Bapa mentuanya tentu sewaktu mudanya cukup segak. Sememangnya rupa bapa mentuanya itu telah diperturunkan kepada satu-satu anak lelakinya iaitu suaminya sendiri. Hanya warna kulit suaminya saja yang mengikut mummynya, cerah.

Mika senggol lengan isterinya yang sedari tadi ralit melihat daddy. Tak kan Amna sudah terpikat dengan penampilan daddnya. Kalau dibandingkan dirinya dengan daddy sepuluh kali ganda handsome Mika dari daddynya.
Amna tersenyum memandang suaminya. Amna pegang tangan suaminya di bawah meja. Mika membalas dengan eratnya.

"Mika nak cuti berapa hari ni?", tanya daddy tiba-tiba.
"Mika ingat nak ambil seminggu la daddy. Boleh ke?", tanya Mika semula.
"Ooo...daddy ingat Mika nak cuti lama. Sebulan ke", jawab daddy pula

"Lama dah Mika tak cuti daddy. Last cuti hari tu pun masa bawa Amna honeymoon. Sekarang Amna pun dah masuk lapan bulan. Mika nak rehat la daddy seminggu ni. Kebetulan Amna masih cuti seminggu. Mika nak temankan Amna", jawab Mika pula
Terharu Amna mendengarnya bila si suami nak temankannya.

"Baguslah tu. Mika tu pun memang perlu barehat. Asyik kerja je. Badan ni pun nak kena jaga. Macam enjin. Tak service boleh breakdown. Daddy izinkan Mika nak ambil cuti bape lama pun. Sebulan pun tak pe. Kebetulan sebulan ni tak ada projek besar", kata daddy.

"Cukuplah seminggu daddy. Kalau nk cuti panjang pun Mika nak apply masa Amna nak bersalin nanti. Mika nak jaga Amna masa bepantang nanti".

"Baguslah tu Mika. Suami kena tahu juga kerja-kerja mengurus anak isteri dalam pantang ni", tiba-tiba mummy mencelah.
"Baru tahu susah atau senang nak jaga anak sendiri. Jangan tahu seronok nak buat anak je tapi bab-bab jaga ni semua serah pada isteri", tambah mummy. Lain benar kata mummynya itu. Ada sikit nada geram.

"Baik mummy. Mika ingat pesan mummy tu. Mika tak akan sia-siakan isteri dan anak Mika", jawab Mika lagi. Semakin kuat genggaman tangannya pada Amna. Tanda dia betul-betul maksudkannya.

"Abang nak bawa sayang pergi satu tempat lepas ni", bisik Mika
Amna menoleh suaminya. Bekerut keningnya. Amna nampak comel begitu. Mika cubit pipi Amna. Amna gosok-gosok pipinya. Sakit. Sejak berjumpa semalam tak tahu dah berapa kali Mika cubit pipinya. Naik merah pipinya dan terasa pijar sebab dicubit. Amna menjeling suaminya

"Bagi menantu mummy tu makan dulu Mika. Kesian baby tu. Nak sweet-sweet kemudian ye. Lagi satu janganlah dicubit-cubit pipi Amna tu. Tengok dah merah. Mesti sakit tu", kata mummy
Mika memandang mummnya. Tersenyum nakal.Mana taknya kelakuan Mika tu seolah tak ada orang lain depannya. Suka hati dia je nak buat si isteri. Nak dicium, dipeluk, dicubit.
Mummy menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"حيث تعيش القصص. اكتشف الآن