Bab 61

18.4K 438 6
                                    

Amna terjaga bila pipinya terasa disentuh. Satu haruman yang biasa di rongga hidungnya buat matanya terus terbuka. Dia tahu siapa gerangan orang di sebelahnya.
Bila mata dibuka, si suaminya sedang membelai pipinya. Amna terus bangun.
" Abang, kenapa ni? Abang buat apa kat sini?"tanya Amna. Dipegang pipi suaminya. Wajah Mika yang sugul buat hatinya sedih. Diakah punca suaminya begitu. Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Kata hati Amna.
" Abang tak boleh sayang. Abang tak boleh", rintih Mika. Dicium tangan isterinya.
Amna bawa Mika ke bahunya. Ditepuk dan diusap belakang suaminya itu.

Pagi itu, Amna kejutkan Mika untuk solat Subuh bersama- sama.
Usai solat, Mika masuk ke bilik anak-anaknya. Dicium Maryam dan Mikael. Lama wajah comel anak-anaknya itu ditatap sebelum Mika mengejutkan Maryam untuk menyuruh anaknya solat subuh.
Mika dan Amna memang sudah mengajar Maryam untuk bersolat sejak usia Maryam 5 tahun lagi. Maryam juga sudah berpuasa penuh. Maryam sememangnya anak yang cerah hatinya dan mudah untuk diajar. Sangat patuh pada daddy dan mummynya malah Maryam sangat rajin membantu mummynya dan tok mummy di dapur walau tanpa disuruh.
"Bila daddy balik?"tanya Maryam
"Malam tadi tapi sayang dan adik Mikael dah tidur", jawab Mika
"Daddy, kenapa mummy menangis?"tanya Maryam tiba-tiba. Mika mengerutkan dahinya. Pelik.
"Bila mummy menangis?", tanya Mika semula.
"Malam tadi masa nak tidurkan Maryam dan adik Mikael", jawab Maryam.
"Nanti daddy tanya mummy ye. Sekarang Maryam bangun dan pergi solat", arah Mika.
Amna menangis?Soalnya dalam hati.

"Bila Mika balik?"tanya mummy yang terkejut bila Mika muncul di dapur awal pagi itu.
Amna diam.
"Pagi tadi mummy", jawab Mika
Datin Suhana memandang menantunya kemudian memandang si anak pula.
Apa yang tak kena dengan Mika. Sepatutnya Mika ada di rumah orang tua Zahra. Pusing kepala Datin Suhana memikirkan anak menantunya.
"Sayang nak abang tolong apa-apa tak?", tanya Mika. Dipaut bahu Amna.
"Abang duduk je lah. Amna buat air je ni", jawab Amna.
Mika setia di sisi Amna sehingga Amna siap membancuh air.
Mika kemudiannya membawa dulang berisi teko dan cawan yang sudah disiapkan Amna ke meja makan.
Senang hati Datin Suhana melihat kemesraan Mika dan Amna.

Maryam dan Mikael turun ke bawah mendapatkan mummy dan daddy mereka.
Mika menyambut anak-anaknya yang manja itu ke dalam pelukannya.
"Wanginya anak- anak daddy ni", kata Mika.
"Maryam dan adik Mikael dah mandi daddy. Kakak yang mandikan adik. Pandai tak kakak?", tanya Maryam
"Anak daddy ni memang pandai", jawab Mika dan dicium kedua-dua anaknya itu.
Kedua-duanya tertawa bila dicium Mika kerana kegelian apabila Mika sengaja menggeselkan mukanya yang sudah ditumbuhi bulu-bulu halus itu ke wajah anak-anaknya.
Amna dan mummy turut tertawa melihat dua orang anak comel itu yang terjerit- jerit diusik daddynya.
Sungguh meriah pagi itu dengan ketawa cucu-cucu Datin Suhana.
Datin Suhana senang dengan keceriaan itu. Doanya hanya satu, agar Mika dan Amna dapat hidup bahagia walau beribu dugaan yang datang.

"Assalamualaikum". Suara wanita memberi salam.
Semua yang ada di ruang makan saling berpandangan.
"Siapa pula pagi-pagi ni datang ke rumah?" Kata mummy hairan
"Tak apalah mummy. Biar Amna tengok", Amna menawarkan diri untuk melihat siapa yang datang ke rumah mentuanya pada awal pagi begini.
"Maryam pergi naik atas panggil tok daddy. Kata tok mummy ajak breakfast ye", arah Datin Suhana pada cucunya itu.

Amna agak terkejut sebenarnya bila pintu utama rumah itu dibuka, wajah Zahra yang muncul di hadapannya.
"Eh! Zahra. Masuklah. Kami baru nak breakfast. Jom join sekali", ajak Amna. Amna cuba sedayanya untuk berwajah manis di hadapan Zahra walau pun saat itu Amna rasakan dia seperti tidak berpijak di atas lantai.
"Hi mummy", sapa Zahra pada mentuanya bila dia masuk ke ruang makan itu.
Mika yang sudah duduk di meja juga terkejut dengan kehadiran Zahra pagi itu.
Mika hanya diam membisu.
Zahra hulur tangannya pada Mika untuk bersalaman. Mika sambut sekadar menjaga hati wanita itu.
"Duduklah Zahra. Kita breakfast sama-sama", pelawa Datin Suhana.
Terasa kekok dan janggal bila Zahra berada dalam kalangan mereka tapi Datin Suhana tetap ingat pesan suaminya agar melayan menantunya sama adil.
Datuk Muzafar mengambil tempatnya. Datuk Muzafar perasan keadaan di meja makan pagi itu nampak tegang walau tak ditunjukkan dengan jelas oleh Mika terutamanya.
Zahra mengambil tempat di sebelah Mika yang sebenarnya sudah Amna duduk sebentar tadi.
Amna mengambil tempat di hadapan Zahra disebelah mummy.
Tiba-tiba Amna jadi takut untuk memandang Zahra saat ini. Apa agaknya yang difikirkan oleh madunya itu bila si suami berada dengannya.
"Sayang, Zahra nak makan mi goreng tu", kata Zahra memecah kesunyian di meja makan pagi itu.
Mika diam. Sebenarnya Mika tidak dengar apa yang diminta Zahra. Fikirannya pada Amna yang duduk didepannya. Setiap gerak Amna, Mika perhatikan.
Mika tahu hati Amna sebenarnya tidak kuat kerana itu Amna menangis malam tadi seperti yang diceritakan oleh anaknya, Maryam.
"Abang...abang...", panggil Amna.
Mika tersentak dari lamunannya.
"Ye sayang. Kenapa?", tanya Mika
"Zahra nak mi goreng tu. Ambilkanlah untuk Zahra", suruh Amna pada Mika.
Mika yang masih terpinga-pinga itu terus mengambilkan mi goreng untuk Zahra.
"Terima kasih sayang", kata Zahra.
Mika tak selesa dipanggil begitu oleh Zahra di hadapan keluarganya.
Maryam dan Mikael hanya memandang dua manusia di hadapan mereka penuh minat.
"Mummy, daddy, boleh tak Zahra tidur di sini malam ni? Abang Mika tak boleh tidur kalau tak tengok Maryam dan Mikael dulu", kata Zahra.
Mika yang sedang menyuap mi goreng agak terkejut dengan permintaan Zahra dan lagi terkejut dengan alasan yang diberikan Zahra.
"Apa tak boleh pula. Rumah daddy dan mummy ni, rumah anak menantu juga. Siapa pun boleh tidur", jawab daddy.
"Terima kasih daddy", ucap Zahra manja.
"Su, nanti suruh Bik Ana kemaskan bilik yang di atas tu. Bilik tu besar sikit dari bilik tetamu. Biar Zahra duduk di bilik tu", suruh daddy pada mummy.
"Baik abang. Nanti Su dengan Bik Ana yang kemas bilik tu", jawab mummy.
Datin Suhana tidak mahu suaminya itu dapat menghidu rasa tidak selesanya dengan kehadiran Zahra ke rumah mereka. Datin Suhana tidak tahu kenapa dia berasa tidak sedap hati. Hatinya berdebar-debar.
Ya Allah, Engkau lindungilah ahli keluargaku dari bala bencana. Doa Datin Suhana dalam hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now