Bab 29

23.6K 624 2
                                    

"Abang, Amna kena ke Penang lusa", beritahu Amna.

Mika yang sedang membaca di sofa dalam bilik mereka terus mendongak. Memandang si isteri yang sedang menyisir rambut di hadapan cermin.

"Penang? Jauh tu. Ada apa kat sana?", tanya Mika.

"Amna kursus la abang. Dua minggu. Kalau ikutkan Amna malas la tapi keje macam Amna ni 'saya yang menurut perintah' la abang. Bukan macam abang, CEO.Arak-arah orang je".

Mika tersenyum bila mendengar si isteri membebel. Nampak comel sangat di matanya.
Mika bangun dan duduk di hujung katil.

" Meh sini. Duduk sini", ajak Mika sambil menepuk-nepuk tilam mereka.
Amna mengikut arahan Mika.
Mika menggenggam jari jemari Amna.Dicium jari-jari itu dengan lembut. Kemudian diusap pula perut Amna. Terasa pergerakan di situ.
"Sayang,baby kita geraklah. Pegang sini". Mika membawa tangan Amna ke tempat yang dia rasakan ada gerakan tadi. Terukir senyuman yang lebar di wajah mereka. Tanda cinta mereka.

Amna menangis tanpa dia sedar.
"Eh kenapa sayang menangis ni. Abang ada buat salah ke?", tanya Mika cemas bila si isteri sudah nenangis.
"Tak. Abang tak salah apa-apa dengan Amna. Amna bersyukur memiliki abang sebagai suami", kata Amna.

Amna tak tahu apa yang dia rasa sekarang. Rasa bersalah pada suami kerana menipu. Dia sebenarnya tidak ke Penang untuk berkursus. Dia tak sanggup nak berdepan dengan Zahra. Wajah suaminya dipandang puas.

"Amna sayang, Abang pun sayang Amna. Sayang baby kita ni. Amna segala-galanya pada abang sekarang. Abang bahagia hidup dengan Amna. Amna pandai jaga abang. Tengok ni perut abang ni pun dah tak nampak ketak-ketak dah tau. Buncit ni", kata Mika sambil menepuk perutnya.

Amna tergelak kecil bila si suami sudah merungut pasal perutnya. Amna nampak suaminya itu semakin berselera sejak dirinya mengandung. Apa saja yang dimasak semua Mika makan. Tak pernah merungut. Telur dadar pun dia kata sedap padahal sebelum ni bukan tak biasa makan.

"Amna yang mengandung abang yang selera makan ye. Okay apa abang sekarang. Lagi nampak sado", Beritahu Amna.

"Sado?", Mika gelak.
"Kenapa?", soal Amna pula bila si suami sudah gelak.
"Tak suka la abang sado-sado ni. Abang suka macam ni",kata Mika.

Amna juga bersetuju dengan suaminya. Dia pun tak suka laki yang berketak-ketak ni. Atas besar bawah kecil. Pada Amna, suaminya sudah cukup sempurna di matanya. Tinggi dan tegap, berkulit cerah dan berkumis sedikit. Sungguh sempurna ciptaan Allah.

"Amna nak pergi Penang dengan siapa? Nak abang hantarkan? Atau nak abang temankan. Abang boleh ambil cuti. Risau la abang,Amna nak lergi sana dalam keadaan macam ni".

"Tak apalah abang. Amna tak nak ganggu kerja abang. Lagipun Amna pergi kursus ni tiga orang. Amna pergi satu kereta je. Tumpang kawan", kata Amna.

"Kalau Amna dah kata gitu abang izinkan. Tapi kalau sayang ubah fikiran cepat-cepat bagitahu abang ye", pinta Mika pula.

"Baik abang. Abang jangan risaulah. InsyaAllah tak ada apa-apa. Doakan Amna dan baby kita ye".

Mika pandang wajah si isteri yang sudah nyenyak tidur. Selepas berborak tadi dia menyuruh Amna tidur dulu. Ibu mengandung tak elok berjaga sampai lewat malam. Perlu rehat yang cukup.Itu yang dia baca dalam buku kehamilan yang dibelinya.
Diusap pipi Amna yang sudah nampak tembam. Bulan demi bulan pelbagai perubahan pada susuk tubuh isterinya itu. Semakin kandungan membesar semakin berseri-seri wajah si isteri. Kata mummy pembawakan anak lelaki. Mika dan Amma tak kisah anak lelaki atau perempuan janji anak mereka sihat dan mereka sengaja tidak mahu mengetahui jantina anak mereka walau pun mummy mendesak. Mummy antara orang yang sangat teruja dengan kehamilan Amna. Mummy juga yang tak sabar nak bershopping barangan baby. Mika tersenyum bila teringatkan perangai mummynya walau pun mummy sudah punya empat orang cucu hasil perkahwinan Kak Long dan Kak Ngah.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now