Bab 47

19K 522 5
                                    

"Betina tu macam mana? Kau tengok dia betul-betul. Jangan terlepas. Tunggu aku datang. Aku ada perhitungan dengan dia", kata Zahra sebelum memutuskan talian.
Zahra sedang bersiap-siap di hadapan cerminnya. Cantik aku lagi dari betina tu. Apalah yang Mika pandang pada betina tu. Memang kau tak tahu malu Amna!. Jerit hatinya.
"Zahra nak pergi mana tu?, soal mamanya apabila ternampak Zahra yang berhias cantik sedang menuju ke luar rumah.
Zahra tersentak dengan teguran mamanya. Dipandang mamanya. Cuba mengawal dirinya agar tidak dikesan oleh mamanya. Dia tahu mamanya sangat risau akan dirinya yang sering pulang lewat. Satu sahaja alasan Zahra adalah kerana kerjayanya yang menyebabkan dia terpaksa pulang lewat.
"Zahra nak pergi kerjalah mama", jawab Zahra seperti tiada apa-apa yang berlaku
"Hari ni kan Ahad. Tak kanlah Zahra kerja juga", soal mamanya lagi. Puan Hamidah
berasa pelik dengan perangai anak gadisnya itu sejak pulang dari Perancis. Bercakap sorang-sorang. Kadang-kadang kedengaran anak gadisnya itu menangis lewat malam. Apa yang menyebabkan anaknya berkelakuan begitu. Apabila ditanya, Zahra tak pernah berterus terang. Bila ditanya, jawapan Zahra hanyalah, "mama jangan risau, Zahra okay",
" Mama, kerja macam Zahra ni mana ada cuti. Selagi ada orang nak guna khidmat Zahra mana boleh lepaskan peluang tu. Semua tu duit tau mama. Zahra nak orang kenal Zahra baru Zahra boleh pergi lebih jauh. Zahra nak jadi macam Nasha Aziz. Semua orang kenal", terang Zahra pada mamanya.
"Mama tahu tapi Zahra jagalah diri baik-baik ye. Di luar sana tu ada macam-macam orang lebih-lebih lagi dalam kerjaya macam Zahra ni. Mama tak nak ada apa-apa yang tak baik berlaku pada Zahra. Mama sayang Zahra"beritahu mamanya.
"Mama jangan risau ye. Zahra akan jaga diri Zahra baik-baik", kata Zahra seperti memujuk mamanya.
"Okaylah mama. Zahra dah lewat ni. Marah pulak orang yang sedang tunggu Zahra tu", Zahra memberi alasan. Dia tidak mahu lagi mendengar kata mamanya. Dia tahu semua kata mamanya itu betul tapi dia tidak ada masa untuk memikirkan semua itu pada masa ini. Zahra tak peduli asalkan dapat membalas perbuatan Amna dan Mika padanya.

"Bos, Cik Amna dah keluar dari rumahnya. Kami akan ikut dia", kata Zaidi memberi laporan kepada ketuanya, Ramli
"Okay Zaidi. Saya nak awak ikut saja ke mana dia pergi. Jangan sampai terlepas", pesan Ramli kepada anak buahnya itu.
"Assalamualaikum datuk. Orang-orang saya sedang mengekori Cik Zahra. Dia baru keluar dari rumah", beritahu Ramli
"Bagus Ramli. Beritahu anak buah awak tu ikut ke mana sahaja Zahra pergi. Apa-apa saja maklumat terus call saya", arah Datuk Muzafar.
"Ada maklumat baru ke daddy?", tanya Mika yang tiba-tiba muncul bersama Ammar
"Ada. Orang-orang Ramli sedang mengekori Zahra. Daddy nak call Inspektor Rashid untuk beri maklumat ni. Walau pun kita upah penyiasat tapi perlu libatkan polis juga sebab kalau betul Amna diculik, ini dah dikira jenayah. Kita tak boleh nak ambil sebarang tindakan sendiri yang melibatkan undang-undang. Daddy nak semua selamat. Penjenayah tu biar polis yang uruskan", jelas daddy yang sentiasa rasional dalam tindakannya.
Mika dan Ammar mengangguk tanda setuju dengan kata daddynya.
"Kita tunggu Ramli call baru kita gerak ke tempat Zahra", kata daddy lagi.

Amna membuka matanya. Cahaya terang yang masuk ke bilik itu membuatkannya terjaga dari tidur.Selepas solat subuh tadi dia melelapkan matanya semula. Amna kepenatan. Badannya lesu tidak bermaya. Diteguknya air dan diambilnya sekeping roti untuk mengalas perut yang sudah berbunyi untuk diisi. Walau pun Amna tidak berselera untuk menjamah makanan itu tapi dia perlu fikir tentang anaknya. Diusap perutnya.
"Sayang anak mummy. Mummy minta maaf sebab tak jaga anak mummy ni betul-betul. Kita tunggu daddy datang ye sayang", kata Amna yang mula sebak mengingatkan suaminya. Sudah bersediakah dia untuk meninggalkan orang-orang yang disayangai andai ajal datang menjemputnya tika ini. Hanya satu yang Amna harapkan ialah keselamatan anaknya. Anak ini saja harta yang dia ada untuk ditanggalkan pada Mika. Penyambung kasih antara dia dan Mika. Ya Allah selamatkanlah anakku. Rintih hatinya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now