Bab 20

30.7K 693 16
                                    

"Hello beb.How are you? Buat apa tu. Mika mana? I call dia tak angkat pun. I ada something nak bagitahu dia ni". Kata Zahra di hujung talian

"Mestilah sihat beb. Kau macam mana pulak kat sana?. Kau nampak happy je..mesti ada apa-apa ni. Share la dengan aku. Takkan nak bagitahu Mika je. Sampai hati kau tau.
Hantarlah juga gambar kau beb, nak juga aku tengok gambar model yang cun melecun tu".kata Amna.

Zahra gelak.
"Okay.nanti aku hantar kat kau ye.
Ok beb nanti kalau Mika balik kau pesan kat dia aku call dia and suruh dia call aku balik ye..rindu kat dialah..sangat-sangat.
Take care yourself..tak lama lagi aku balik.Tunggu aku ye",.

Amna mengangguk perlahan-lahan walau pun Zahra tak nampak reaksinya. Ada rasa kecewa di situ. Rasa cemburu.
Akhirnya Amna menjawab sebelum panggilan diputuskan.
"Okay beb. Tak sabar nak tunggu kau balik". Itu saja jawapannya.

Berpinar rasa kepala Amna selepas becakap dengan sahabat baiknya itu. Tak sangka Amna akan habiskan studynya lebih awal. Dari 2 tahun dah jadi 1 tahun setengah saja.

"Abang, mummy panggil" bagi tahu Amna
Mika yang sedang membaca di meja kerjanya terus bangun.
"Kenapa Mummy panggil abang?", tanya Mika
Amna mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Abang pergi je la jumpa mummy. Baru tahu mummy nak cakap apa". Jawab Amna pula.
Mika angguk dan terus berjalan menuju ke tangga menuju ke tingkat bawah.

Amna masuk ke bilik kerja Mika.
Ermmm....kemas. Cantik.
Tiba-tiba mata Amna tertacap pada deretan bingkai gambar yang ada di atas meja kerja Mika. Terharu dia melihat ada gambar kahwinnya dengan Mika. Gambarnya di Cameron Higlands. Gambar Mika dengan mummy dan daddynya.
Tangan Amna tersentuh pada skrin ipad milik Mika.
Ipad itu bercahaya.
Ada banyak emel.
Bila dilihat emel itu banyak datang dari Zahra. Berdezup jantung Amna. Maksudnya Zahra berhubung dengan Mika.
Mika tak pernah pun cerita.
Terasa kecewa. Apakah perasaan ini. Aku jealous ke?
Amna kenal dengan email address sahabatnya itu. Zahra_Mika@ Yahoo.Com.
Hati terasa nak baca. Amna buka satu emel yang sudah dibaca. Dibaca oleh suaminya. Tengok pada tarikh, emel tu baru semalam.

Hi Darling,
Hi Handsome,
I miss you..miss you so much
Are you miss me?
Zahra tak sabar nak habiskan study nak balik Malaysia. Kita bina hidup kita ye .

Amna tengok emel itu sampai ke bawah.
Ada reply dari Mika
Amna tekan dan baca.

I know you miss me
so balik Malaysia cepat-cepat.

Jatuh rahang Amna. Terlopong. Terkejut dan kecewa. Kenapa mesti kecewa? bisik hatinya kerana kau kahwin bukan atas rasa cinta tetapi tanggungjawab sebagai nanny Mika.
Tanpa Amna sedar air matanya jatuh.
Entah kenapa dia rasa tertipu. Dia rasa seperti dikhianati oleh Mika.
Mika yang selalu melarangnya dari bercakap tentang Zahra tapi melalui emel yang baru saja dibacanya itu seperti Mika juga rindukan Zahra dan ingin bina hidup dengan Zahra.

Amna buka lagi satu emel.
Banyak gambar Zahra. Macam-macam gaya, macam-macam aksi dan seksi. Semakin bulat mata Amna. Bagaimana la Mika melihat gambar-gambar Zahra dalam keadaan yang menggiurkan mana-mana mata lelaki yang memandang.
Adakah gambar Zahra ni menjadi tatapan suaminya. Atau setiap kali bersamanya, Mika akan membayangkan dirinya sebagai Zahra.
Ya Allah kuatkan hati hambaMu ini.

Bermacam-macam soalan masuk ke dalam otaknya. Jam.
Betul ke Mika cintakannya.
Mahu anak dengannya.
Adakah aku terlalu bodoh?
Adakah aku terlalu murah memberi diri ini kepada lelaki.
Amna meraup wajahnya.
"Astaghfirullah al azim".
Amna terus keluar dari bilik kerja Mika.
Masuk ke biliknya dan terus mengambil wuduk.
Amna mahu mengadu kepada penciptaNya.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now