Bab 17

31K 820 16
                                    

Amna terus kaku.
Membiarkan Mika.

Lama mereka begitu.
Mika bawa Amna mengadapnya.
Diangkat dagu Amna agar wanita itu memandangnya.

" Assalamualaikum". Ucap Mika
"Wa..wa..alaikumusalam.", jawab Amna. Teketar-ketar.
"Nurul Amna binti Ahmad Saifullah, abang nak hak abang as your husband.Tonight!. Bolehkan?", tanya Mika.
Mika elus pipi lembut Amna. Mengumpan Amna

Wake up!..wake up Amna!
Tapi otak Amna masih gagal berfungsi dek penangan sentuhan ajaib Mika malam ni. Lembut dan mengasyikkan.

Amna angguk, geleng. Eh! mana satu? Angguk atau geleng.
Angguk tanda izin geleng maksudnya tak boleh.
Haru...memang haru.

Amna tolak dada Mika. Dia dapat rasa dan dengar degupan jantung Mika. Laju.

"I can't". Jawab Amna. Perlahan tapi masih boleh didengari Mika.

"Who you are by my side?", tanya Mika pula.
" Your wife". Jawabnya.
"So?".
"But, I can't".
"Why sayang?"
"Abang kepunyaan Zahra".
"Tak!abang hak Amna. Zahra dah tak ada kene mengena dengan abang. Kenapa masih timbul isu Zahra. Sebab ini ke Amna nak kita belajar cinta, sayang dulu? Amna nak lengah-lengahkan hubungan kita ni sebab Zahra?". Soal Mika.

Amna diam.
Memang itulah tujuannya.
Perlu ke dia berterus terang.
Amna tidak menjawab.
Amna cuba meloloskan dirinya dari Mika.
Amna masuk ke bilik.
Tiba-tiba....tangannya direntap Mika dari belakang. Kasar. Marah ke Mika padanya.

"Sabda Rasulullah S.A.W. Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakkan suaminya maka suami tidur dengan marah pada malam itu nescaya malaikat akan mengutuknya sampai waktu subuh". Ucap Mika dengan lembut

Terus keluar sabda Rasulullah SAW.
Amna kaku.
Menangis di situ.
Ya, memang dia berdosa pada suaminya. Menafikan hak Mika ke atas dirinya.

Mika berjalan ke arah Amna.
Membawa Amna dalam pelukannya.
Amna menangis teresak-esak di dada Mika.
Terlalu sedih.
Mika mencium dahi si isteri.
Amna membalas pelukan Mika.
Mika senyum.

"Abang...."panggil Amna.

"Ermmmm..."jawab Mika

"Jadikan Amna isteri yang benar-benar isteri.. seperti yang disabdakan Rasulullah SAW. Amna tak nak jadi isteri derhaka".

Ya Allah. Syukur padaMu. Engkau bukakan pintu hati isteriku ini.
Dengan nama Allah, Engkau jauhkan dari campur tangan syaitan serta jauhkanlah syaitan dari apa-apa yang Engkau kurniakan kepada kami.

Maafkan aku Zahra.
Aku tak mampu menolaknya.
Menolaknya satu dosa.
Dosa yang akan ku tanggung selama-lamanya kalau Mika tak maafkan aku selama mana aku hidup dengannya.

"Abang harap Amna ikhlas memberinya".
"Amna ikhlas abang, Lillahi ta'ala."

Mika senyum memandang wajah si isteri. Dipeluk isterinya seakan tidak mahu dilepaskan lagi.
Kini....dia adalah sebenar-benar suami. Melaksanakn tanggungjawab zahir dan batin buat si isteri tercinta.
Semoga melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.
Mika terbayang wajah mummynya yang sedang tersenyum.
Doakan Mika dan Amna Mummy.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now