Bab 56

20.8K 475 6
                                    

Suasana rumah Datuk Muzafar dan Datin Hamidah riuh rendah dengan suara saudara mara yang datang ke majlis kesyukuran dan cukur jambul cucu mereka.
Mika yang berbaju Melayu warna biru sedondon dengan Amna nampak sangat sepadan menjadi perhatian tetamu yang datang. Mereka berdua membawa si kecil mengelilingi kumpulan marhaban yang dijemput khas oleh mummynya untuk upacara cukur jambul. Mika dan Amna sudah bersetuju untuk menamakan si comel mereka dengan nama Maryam Aamina.
"Comelnya Maryam ni pak usu", kata Akmal, anak kak long yang berusia 6 tahun itu.
"Akmal suruhlah umi Akmal buat baby comel macam Maryam ni", usik Mika
"Macam mana nak buat baby comel macam Maryam ni pak usu?" soal Akmal semula
Mika yang mendengar soalan dari anak buahnya itu tertawa lucu.
"Pandai la abang cik kau mengajar anak kak long ni" tiba-tiba kak long mencelah dari belakang.
Mika yang masih ketawa terkejut ditegur kak longnya.
"Tak ada apalah kak long. Si Akmal ni nak baby comel macam Maryam. Itu sebab abang cik cakap suruh umi buat baby comel", beritahu Mika
Kak long mengambil tempat duduk di sebelah anaknya, Akmal yang sedang leka memerhati Maryam yang tidur lena itu.
"Bukan kak long tak nak tapi tak ada rezeki lagi. Doakan kak long ye abang cik. Bolehlah buat teman main Akmal nanti", kata kak long
"InsyaAllah kak long. Adalah rezeki nanti",balas Mika sambil mengusap kepala anak buahnya yang comel itu.

Amna berdiri di balkoni dibiliknya. Angin malam yang menyapa wajahnya sungguh menyamankan. Amna juga sudah mula bekerja selepas tamat cuti bersalinnya. Hari-harinya yang sibuk di tempat kerja tidak menghalangnya untuk memberi sepenuh tumpuan kepada si kecil Maryam. Permintaan mummy yang ingin menjaga Maryam amat dihargai oleh Amna. Amna tidak perlu risau kerana mummy memang pandai menjaga Maryam. Maryam tidak banyak kerenah.
"Sayang buat apa dekat luar ni? Tak sejuk ke? Masuk angin nanti badan ni", kata Mika yang tiba-tiba muncul dari belakang. Dipeluk tubuh si isteri. Amna membalasnya. Lama mereka begitu. Melepaskan perasaan masing-masing. Hanya mereka yang merasai bahagia yang subur dalam rumahtangga mereka.
"I love you sayang", kata Mika.
"Love you too abang", balas Amna
"Kalau boleh abang nak macam ni setiap masa. Sentiasa ada Amna di sisi abang. Walau pun sehari tak jumpa Amna, rasa kosong hidup abang ni", kata Mika yang mula tersenyum nakal. Dimainnya anak rambut Amna yang ditiup angin itu.
"Ye ke?", tanya Amna menduga
"Yelah. Abang nak macam ni. Peluk Amna. Manjakan Amna. Nak anak lagi dengan Amna", kata Mika sambil mengeyitkan matanya.
Bulat sudah mata Amna bila si suami sudah menyebut soal anak.
Dicubit perut si suami
"Aduh! Sakitlah sayang. Ganas tau sayang ni. Kalau sayang nak, sayang cakap je. tak payah nak ganas-ganas macam ni", usik Mika lagi
"Abang! Gatal la abang ni", Amna sudah mencebik
"Abang gatal dengan sayang je. Dengan siapa lagi abang nak manja-manja", Semakin erat pelukan Mika. Amna dapat rasakan degupan jantung suaminya. Serentak dan senada dengannya.

"Abang Ammar!cepatlah! Dah lambat ni", jerit Amna dari tingkat bawah
"Ye...ye...abang datang ni", sahut Ammar yang begegas turun ke tingkat bawah.
"Wah! Abang Ammar ke ni. Handsome sangat ni tapi tak boleh lawan suami Amna lagi", usik Amna yang mengemaskan samping abangnya.
Mika yang mendukung Maryam memeluk bahu Amna.
"Ikhlas ke puji tu?", tanya Mika sambil dijungkitkan keningnya
"Mestilah ikhlas. Daddy Maryam ni memang handsome. Ayah long pun handsome sebab tu mummy pun comel" kata Amna sambil mengagah Maryam. Anak kecil itu hanya tertawa kecil seperti faham kata mummynya. Abang Ammar yang dipanggil ayah long tu turut tertawa.
Hari ini hari bahagia Abang Ammar yang bakal disatukan dengan anak saudara daddy yang juga sepupu Mika, Aryana. Aryana merupakan seorang guru. Sangat sepadan dengan abangnya. Abang Ammar juga sudah membuka perniagaannya sendiri dengan bantuan dan tunjuk ajar dari daddy dan juga suaminya sendiri, Mika.

Tiga tahun berlalu, Maryam Aamina juga membesar dengan sihat. Semakin terserlah wajah mummynya. Kata Mika, dia sanggup punya anak ramai kalau yang lahir macam Maryam. Sejak lahir anak kecil itu sangat mudah untuk dijaga. Tidak banyak kerenah.
Amna juga tidak kisah untuk punya anak yang ramai. Mika yang sangat ringan tulang dan tidak kekok membantu menguruskan Maryam meringankan tugas Amna.

Kini, Amna disahkan hamil 4 minggu. Mikalah orang yang paling gembira untuk menyambut bakal ahli baharu dalam keluarganya.
" Terima kasih sayang", kata Mika lewat petang itu semasa pulang membawa Amna dari klinik. Mika letakkan tanggannya diperut Amna.
"Kenapa nak berterima kasih pulak?", tanya Amna
"Sebab izinkan zuriat abang hidup dalam ni. Dalam rahim Amna", kata Mika sambil mengusap perut Amna
Amna juga meletakkan tangannya di atas tangan Mika.
"Amna yang nak anak dengan abang. Tak perlu berterima kasih dengan Amna. Yang penting, kita sama-sama jaga anak-anak kita ni ye abang", jawab Amna pula.
Mika mengangguk. Dibawa tangan Amna ke bibirnya. Dikucup tangan lembut milik isterinya itu.
" I love you sayang", bisik Mika
"Love you too abang", balas Amna.
Mereka sama-sama tertawa. Bahagia.


"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now