Bab 52

20.9K 538 5
                                    

Berat mata Amna untuk dibuka. Sakit-sakit seluruh badannya. Tekaknya perit.
Dia dapt mencium satu bau yang sangat biasa dengannya. Amna sudah dapat mengagak di manakah dia.
Alhamdulillah. Ucapnya dalam hati. Amna tahu dia selamat.
Amna meraba- raba perutnya. Tidak bulat lagi. Seakan kempis. Tidak ada gerakan lagi. Yang dia rasa hanyalah rasa sakit di bawah perutnya. Amna mula cemas.Mana anaknya. Soalnya dalam hati.
Amna cuba bangun tapi perutnya terlalu sakit.
"Assalamualaikum puan", tiba-tiba seorang jururawat muncul dihadapannya.
Amna agak terkejut sebenarnya tapi dia bersyukur ada jururawat yang bertugas untuk membantunya.
"Waalaikumussalam", jawab Amna
"Alhamdulillah, puan dah sedar. Saya check puan dulu ye", kata jururawat muda itu.
Amna mengangguk.
Jururawat itu mula melakukan kerjanya. Amna hanya memerhatikan. Sesekali Amna mengadu sakit terutama di bahagian perutnya apabila jururawat itu hendak menukarkan kain hospital yang dipakai Amna. Kata jururawat itu ada tompokan darah pada kain Amna dan perlu ditukar.
"Okay puan. Sudah siap. Minta maaf puan. Puan memang akan rasa sakit sikit bila saya gerakkan puan tadi sebab ubat bius tu mungkin dah hilang. Puan kena tahan sikitlah ye. Biasalah kalau bersalin operate ni lebih sakit dari bersalin normal",kata jururawat itu lagi.
"Saya dioperate? Anak saya macam mana nurse? ,tanya Amna
"Ye puan. Puan dioperate. Anak puan selamat dan sihat. Anak puan sekarang di bilik jagaan. Kami tak boleh letakkan anak puan bersama puan lagi sebab selepas operate tadi, puan masih belum sedar. Esok puan bolehlah tengok anak puan ye", beritahu jururawat itu
Amna mengucapkan syukur yang tak terhingga kerana anaknya selamat. Tidak sabar dia ingin melihat wajah anaknya itu. Tanda cinta dia dan suaminya Mika Adrean.
"Ada apa-apa lagi tak puan nak saya bantu? " tanya jururawat itu lagi.
"Nurse, pukul berapa sekarang? Ada tak suami saya datang?", tanya Amna pula
Jururawat itu tersenyum. Dilihat jam di tanggannya.
" Baru pukul 3:00 pagi puan. Suami puan tak ada. Lagi pun, di hospital ni memang suami tak dibenarkan menjaga isteri, puan", jawab jururawat itu semula
Amna mengangguk tanda faham. Amna tahu sudah tentu suaminya ingin sekali menemaninya saat ini tapi keadaan tidak mengizinkan.
"Terima kasih nurse", kata Amna sambil memberikan senyuman kepada jururawat yang telah membantunya itu. Lapang dadanya ketika ini. Amna cuba melelapkan matanya agar bangunnya nanti hari sudah pun siang.

Seawal 4:00 pagi Mika sudah pun bangun. Beberapa solat sunat dikerjakan sebagai tanda syukur kepada Allah. Sebagai tanda ketaatan kepada penciptaNya. Saat-saat sukar telah dapat dihadapinya dengan pertolongan Yang Maha Esa.
Saat ini wajah isteri dan anaknya saja yang bermain dimata. Tidak sabar menunggu siang. Entah kenapa, Mika rasakan hari ini lambat sungguh masa berlalu.
Mika capai beg di hujung katilnya. Mika buka dan keluarkan isinya. Rasanya sudah lebih tiga kali Mika membuka dan mengeluarkan isinya dan kemudian dimasukkan semula. Baju si comel dicium berulang kali. Dicapainya pula baju Amna. Dicium baju itu. Harum. Bisik hatinya.
"Tunggu abang datang sayang. Abang rindu Amna. Abang rindu pada baby kita", kata Mika sendirian.
Beberapa pakaian Amna dan anaknya sudah dimasukkan ke dalam beg. Cukup untuk beberapa hari di wad. Kalau menurut doktor, selepas pembedahan Amna hanya boleh discharge selepas 36 jam kalau semuanya okay. Disebabkan Amna bersalin di hospital kerajaan, Mika juga sudah menempah wad kelas satu untuk Amna. Kalau ada rezeki Amna, bolehlah dia menjaga Amna. Kalau di wad biasa, memang tidak dapatlah Mika menemani Amna. Sebenarnya, Mika sudah pun menempah bilik untuk Amna bersalin nanti. Rata-rata sahabatnya mengesyorkan agar Mika mendaftar di Pusat Perubatan Naluri tetapi perancangan Allah siapa yang tahu. Tidak kisahlah di mana pun Amna bersalin, yang penting isteri dan anaknya itu selamat dan sihat.

Seisi keluarga Datuk Muzafar sudahpun berada di meja makan pagi itu. Semuanya sudah bersiap-siap. Mika yang terakhir masuk ke ruang makan agak terkejut.
" Semua bersiap-siap ni nak pergi mana?"tanya Mika kebingungan.
"Pergi hospital la. Takkan nak pergi holiday pulak Mika", kata mummynya
Semua yang ada di meja makan tergelak melihat reaksi Mika.
"Takkan abang cik je nak pergi sorang. Kami ni pun excited tau nak tengok anak abang cik yang comel tu", kata kak ngah pula mengusik satu-satunya adik lelaki mereka.
Mika ketawa. Ketawakan dirinya sendiri. Sememangnya dia tak sabar hendak ke hospital lebih-lebih lagi bila kawannya yang bertugas sebagai doktor di hospital itu memberitahunya, Amna sudah pun sedar dan keadaan Amna sangat baik.
"Nanti sampai hospital, yang lain buat-buat tak nampak jelah ye kalau abang cik dah mula buat drama dia dengan Amna", kata daddy tiba-tiba
Semuanya ketawa serentak dengan usikan daddy pada Mika. Merona wajah Mika bila diusik begitu oleh daddynya. Abang Ammar juga turut ketawa.
"Apalah abang ni yang duk mengusik Mika tu. Biarlah dia nak buat drama peluk-peluk ke , drama cium-cium ke, drama air mata ke. Amna tu isteri dia. Suka hati dialah nak buat apa. Kita tengok ajelah. Kan Mika?", kata mummy sambil mengangkat keningnya.
Mika ketawa mendengar kata mummynya. Kali ini mummy banyak menyebelahinya.
"Kita geng" , kata mummy lagi.
Daddy hanya mencebik. "Dah..dah..jom makan. Lambat pula nak ke hospital. Jauh juga dari sini nak ke Hospital Sungai Buloh tu. Tak sabar nak tengok cucu perempuan sulong abang tu", kata daddy pada mummy.
Mummy yang mendengar hanya ketawa. Bahagia yang dirasakan pagi itu adalah rahmat dari Allah buat seisi keluarganya.





"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now