Bab 34

23.6K 654 6
                                    

"Terima kasih abang. Mika dah buntu nak cari Amna. Izinkan Mika ambil Amna abang", kata Mika menahan sebak.

Ammar menggosok-gosok belakang Mika. Dia tahu adik iparnya itu sudah tidak tentu arah sejak tahu Amna menghilangkan diri dan bukannya pergi berkursus. Keadaan Mika juga tidak segak seperti biasa.

"Mika,abang minta maaf sebab sorokkan hal sebenar dari Mika. Dari awal abang nak bagi tahu Mika tapi Amna berkeras supaya abang rahsiakan dulu. Amna nak bertenang. Abang takut emosi dia terganggu. Bahaya untuk kandungan dia. Abang minta maaf Mika",

"Abang tak salah apa-apa pada Mika.Terima kasih abang sebab jagakan Amna untuk Mika. Mika sayangkan Amna dan baby Mika. Mika yang salah dalam hal ni sebab Mika ambil mudah setiap luahan hati Amna. Mika hanya tahu suruh Amna jangan risau tanpa Mika tahu Amna tertekan dengan masalah ni. Mika nak betulkan semua yang berlaku ni", jelas Mika

"Amna, abang balik lambat hari ni. Mungkin malam sikit. Banyak kerja sikit hujung-hujung bulan ni", beritahu Ammar

"Abang tak makan kat rumah la malam ni?", tanya Amna sebelum keluar dari kereta abangnya.

"Tak la Amna. Amna pun rehat je lah. Jaga kandungan tu baik-baik. Kunci pintu tu. Jangan tunggu abang balik", pesan Ammar.

"Okay bos", kata Amna sambil menabik ke arah abangnya dan kemudiannya keluar dari perut kereta Mitsubhisi Lancer kepunyaan Ammar.

Ammar yang melihat gelagat adiknya itu hanya tersenyum. Semoga adiknya menemui kebahagiaan. Hanya itu doanya buat satu-satunya adik kesayangannya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Amna baru saja usai solat Isyak. Selepas Maghrib, Amna terlelap di atas sejadahnya kerana keletihan selepas balik dari pemeriksaan kandungannya petang tadi.
Amna mengambil al-Quran lalu dibacanya surah Maryam. Lancar sahaja bacaan Amna. Setiap hari Amna akan membaca surah Maryam selain dari surah Yusuf dan Lukman.

Kedengaran pintu rumah abangnya dibuka.
Detak hati Amna yang abangnya sudah balik. Amna menarik nafas lega.
Amna keluar dari biliknya. Amna tercium satu bau yang biasa dihidunya. Bau yang sangat dia rindu. Bau minyak wangi Mika. Adakah dia terlalu rindu pada Mika sehingga bau lelaki itu juga menghantui dirinya. Sempit terasa dadanya menahan sebak. "Amna rindu abang", akhirnya terluah juga apa yang dirasakan selama seminggu berjauhan dari suaminya.

Dilihat beg kerja abangnya terletak elok di atas sofa. Memang di situlah abang Ammar akan meletakkan beg kerjanya apabila pulang dari kerja. Amna melintasi bilik abangnya. Amna tak jadi mengetuk bilik abangnya. Mungkin abangnya keletihan. Tak mahu mengganggu abangnya, Amna terus berlalu masuk ke biliknya.

Amna baring mengiring. Dalam keadaannya sekarang dia sememangnya tidak dapat lagi tidur menelentang. Diusap perutnya. Tiba-tiba perutnya ditendang kuat. Amna terjerit kecil. Terkejut dengan tindak balas babynya.

"Baby marah mummy ke? Kuatnya baby tendang mummy. Sabar ye. Tak lama lagi baby boleh main dengan mummy dan daddy ye", kata Amna yang tersenyum lebar sambil mengusap perutnya. Semakin tak sabar menunggu kelahiran bayinya.
Amna memejamkan matanya.

Pintu bilik Amna dikuak. Kelihatan sekujur tubuh sedang lena tidur. Lama wajah itu ditatap. Ada air jernih bergenang di kelopak mata menunggu saat untuk jatuh bila melihat insan yang amat dirindui oleh Mika ada dihadapan matanya sekarang. Perut Amna diusap lembut kemudian dicium dengan penuh kasih sayang.
"Daddy datang sayang. Daddy rindu baby dan mummy", kata Mika lembut.
Mika elus pipi Amna. Dicium dahi Amna. Lama bibirnya di situ. Mika berbaring di sebelah Amna. Memeluk Amna dari belakang. Tangannya melingkari perut Amna. Mika tersenyum sendiri. Kalau dulu hanya dia dan Amna sekarang sudah bertiga. Mika merasakan tendangan-tendangan kecil dari si baby. Mungkin si kecil dapat merasakan sentuhan dari daddynya. Mika turut memejamkan mata. Dirapatkan wajahnya ke belakang leher Amna. Nafasnya disedut dalam. Wangian tubuh Amna yang sangat Mika rindu. Bau rambut Amna. Semua tentang Amna sangat Mika rindui.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now