Bab 32

24.1K 640 10
                                    

Amna menangis di sisi abangnya.
Ammar memeluk bahu adiknya. Dia tahu apa yang sedang dirasai oleh adiknya. Perbualannya dengan Mika sebentar tadi menambahkan kerinduan adiknya terhadap suaminya itu. Dalam keadaan berbadan dua begitu sememangnya Amna amat mengharapkan suaminya di sisi.

"Abang, Amna rindukan Mika", akhirnya terluah juga perasaan yang terbuku di hati sejak 3 hari yang lalu.
Amna tak pernah tinggalkan Mika sebelum ni. Biasanya Mika yang tinggalkan dia kerana tuntutan kerja. Paling lama hanya seminggu kalau Mika ke overseas.

"Amna nak balik? Abang hantarkan", pelawa Ammar.

"Amna tak boleh balik abang. Amna takut", jelas Amna.

"Amna tak boleh lari macam ni. Masalah tak akan selesai. Amna hanya fikir diri Amna saja. Amna pentingkan diri sendiri. Macam mana dengan Mika. Amna tak kasihan ke pada Mika? Amna tak dengar ke Mika susah hati bila Amna offkan handphone tak jawab panggilan dia. Itu tanda yang Mika memang sayangkan Amna bukan Zahra", panjang nasihat Ammar.

Amna masih duduk menangis. Tak tahu apa yang patut dilakukannya. Memang benar kata abangnya itu. Dia hanya pentingkan diri sendiri walhal dia tahu Mika sudah berkali-kali mengatakan yang Zahra sudah tak ada dalam hatinya. Dia tahu Mika betul-betul cintakannya kerana itu Mika bersungguh-sungguh mahukan anak dengannya. Sepanjang 6 bulan mengandung Mika terlalu baik menjaganya. Mika yang lebih tahu tentang wanita hamil berbanding dirinya. Itu sudah cukup buat Amna bahagia. Sudah cukup membuktikan Mika tidak main-mainkan perasaannya.

"Amna buntu abang. Amna sayangkan Mika tapi Amna takut pada Zahra. Amna dah mungkir janji. Amna tak jaga Mika untuk Zahra. Amna dah rampas Mika dari Zahra. Tentu Zahra marah pada Amna", semakin kuat esak tangis Amna bila terbayangkan dua wajah kesayangannya itu.

Ammar juga tak tahu jalan yang terbaik buat adiknya. Memang mudah memberi nasihat tetapi yang akan menghadapnya Amna. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

"Kita akan selesaikan masalah ni bersama-sama. Nak tak nak Amna,Mika dan Zahra kena duduk berbincang dari hati ke hati",kata Ammar.

Amna hanya mengangguk. Dia setuju dengan cadangan abangnya itu. Dia kena berhadapan dengan Zahra.

Ammar menepuk-nepuk bahu Mika. Mika terkejut bila rakan sekerja Amna memberitahu yang Amna mengambil cuti tanpa gaji selama 2 minggu.

"Abang, mana Amna ni. Dia tak pergi kursus pun. Kenapa Mika cuai sangat. Patutlah Amna tak nak Mika hantarkan dia pergi ke Penang tu rupa-rupanya dia nak larikan diri", kata Mika yang nampak tertekan.

"Mika dengan Amna ada masalah ke?", tanya Ammar. Sengaja soalan itu dibangkitkan padahal Ammar sudah tahu puncanya tapi dia mahu tahu apa yang ada dalam hati adik iparnya itu.

"Kalau masalah rumahtangga memang tak ada abang. Kami baik-baik je. Mika tak pernah gaduh dengan Amna. Amna cukup baik untuk Mika. Mika sayang Amna", jelas Mika yang mula sebak.

"Dah tu kenapa Amna boleh larikan diri macam ni?",tanya Ammar lagi.

"Mika rasa Amna larikan diri sebab kawan baik dia Zahra dah balik ke Malaysia. Amna nak serahkan Mika pada Zahra. Abang tahukan Mika tak jadi kahwin dengan tunang Mika. Amna yang gantikan Zahra. Zahra minta Amna jaga Mika untuk Zahra. Bila Zahra balik sini Amna kena serahkan Mika pada Zahra. Itu perjanjian antara Amna dan Zahra. Tapi pada Mika, Mika dah tak ada apa-apa dengan Zahra. Pada hari Mika nikah dengan Amna, Amna isteri Mika bukan pengganti Zahra untuk tutup aib keluarga Mika sebab semua persiapan kahwin dah dibuat". Panjang cerita Mika.

Bila mendengar cerita Mika memang sama dengan cerita Amna. Maksudnya Mika memang tak tipu.

"Mika, sebenarnya abang baru tahu yang Amna kahwin dengan Mika bukan atas dasar cinta atau hubungan kamu yang dah lama tapi Amna hanya menggantikan Zahra

"Huh! Amna tak pernah berterus terang dengan abang ke?", tanya Mika yang agak terkejut apabila abang iparnya tidak tahu cerita sebenar.

Ammar hanya menggeleng. Hanya lakonan kerana dia mahu tahu semua cerita dari mulut Mika.

"Mika ingat Amna dah ceritakan semuanya pada abang. Masa Mika tanya sebelum kahwin dulu, Amna cakap dia dah cerita pada abang sebab tu abang izinkan kami kahwin", jelas Mika.

"Amna tak pernah cerita apa-apa pada abang. Tiba-tiba cakap nak kahwin. Jodoh dah sampai katanya", jawab Ammar pula.

Mika yang mendengar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Malu juga dia pada abang iparnya itu.

"Mika minta maaf abang. Mika tak berterus terang pada abang. Tapi sumpah, Mika memang sayangkan Amna. Dalam hati Mika hanya ada Amna. Bukan Zahra atau siapa-siapa. Mika hanya nak Amna sorang", beritahu Mika dengan linangan air mata yang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Ammar mengeratkan lagi pelukkan dibahu adik iparnya itu. Ammar memang yakin lelaki di sebelahnya itu benar-benar sayang dan cintakan adiknya. Tak salah orang dia menyerahkan Amna menggalas tanggungjawabnya sebelum ini menjaga adiknya itu. Ammar boleh berlapang dada dengan kesungguhan Mika terhadap Amna.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now