Bab 41

22.1K 583 15
                                    

Amna menekupkan mukanya. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Mika yang duduk disebelah menggosok-gosok belakang Amna .
Sunyi seketika di dalam kereta.
"Amna okay abang", kata Amna. Sebak suaranya. Matanya sudah berkaca.
Mika menarik Amna dalam pelukannya. Mika tahu Amna tidak okay sebenarnya.
Amna menangis. Tidak dapat ditahan lagi air mata yang ditahan sejak berjumpa dengan sahabat baiknya yang sangat dirindui. Amna mahu memeluk tubuh sahabatnya itu tapi dia tahu Zahra benci padanya. Salam Amna pun tidak dibalasnya.
Semakin kuat tangisan Amna. Dilepaskan segala rasa yang bersarang di hatinya selama ini.

"Nangislah sayang. Nangislah semahunya kalau ini boleh legakan hati sayang", kata Mika memujuk. Semakin kuat pelukan Mika. Hatinya sayu melihat isteri yang amat dicintainya itu diperlakukan sebegitu oleh Zahra. Abang janji sayang tak akan menyakiti sayang, kata hati Mika.

"Amna nak balik abang", kata Amna yang masih dalam sendunya.
Mika menyapu sisa air mata yang ada di pelupuk mata isterinya. Dicium dahi si isteri.
"Okay, abang bawa Amna balik", jawab Mika

Setibanya di rumah Amna terus naik ke bilik. Dia tidak mahu mummynya tahu apa yang telah terjadi. Mummy mesti akan bertanya kalau ternampak matanya yang bengkak ketika itu.
Amna duduk di atas katil. Mika masuk membawakan segelas air dan dihulurkan kepada Amna.
"Minum sayang", kata Mika
Amna sambut huluran air dari Mika.

"Amna sedih abang. Amna tak sangka macam tu sekali bencinya Zahra pada Amna. Memang salah Amna ambil abang dari dia. Kalau Amna tak bersetuju dengan semua ni tak terjadi", kata Amna
"Kenapa sayang cakap macam tu. Sayang tak sayang abang ke", soal Mika yang agak kecewa dengan kata isterinya itu.
"Amna sayang abang. Amna juga sayangkan Zahra. Amna dan Zahra dah lama kawan sejak dari sekolah menengah lagi. Dah macam adik beradik abang. Macam mana Amna tak sedih, kalau ini kesudahan persahabatan kami abang", betambah sebak Amna bila teringatkan sahabatnya itu.

"Amna pandang abang,sayang. Amna nak tahu tak kenapa abang juga nak teruskan perkahwinan tu? Walau kita tak ada perasaan cinta", soal Mika

Amna mengangguk. Dipandangnya tepat ke mata suaminya.
Mika senyum. Dipegang kedua-dua pipi Amna.
"Sayang, sebelum abang buat keputusan untuk kahwin dengan Amna dulu, abang dah minta petunjuk dari Allah. Abang yakin dengan jawapan Istikharah abang. Amna jodoh abang. Sebab tu abang nak teruskn perkahwinan tu. Untuk cinta Amna tak susah. Abang tak ambil masa yang lama untuk cinta Amna. Perasaan yang Allah anugerahkan pada abang terlalu istimewa. Kalau dengan Zahra dulu, dua tahun abang kawan dengan Zahra baru terbit perasaan cinta tu tapi dengan Amna, saat abang ucapkan lafaz akad dan Amna cium tangan abang saat itu juga perasaan sayang dan cinta sudah ada untuk Amna", kata Mika.

Amna kembali menangis. Saat ini terlalu murah air matanya. Pengakuan Mika betul-betul buatnya sebak kerana apa yang Mika lalui sama apa yang dia lalui.

"Abang, Amna juga nak bagitahu abang Kenapa Amna terima cadangan Zahra. Sebelum Amna terima cadangan tu,Amna juga dah minta petunjuk dari Allah. Amna juga yakin dengan Istikharah Amna. Abang yang muncul dalam mimpi Amna", Amna pula bercerita.

"Betul ke ni sayang?", tanya Mika
Amna mengangguk. Senyuman manis diberi kepada suaminya.
"Ya Allah, cantik sungguh perancanganMu Ya Allah", ucap Mika dan terus bangun lalu bersujud. Bersujud kepada Allah tanda kesyukuran atas jodohnya.
Mika bangun dan memeluk tubuh Amna.
Ya Allah aku akan jaga amanatMu ini sebaik-baiknya, bisik hati Mika. Jodohnya dengan Amna bukan Zahra.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon