Bab 55

20.7K 527 1
                                    

Kepulangan Amna disambut meriah keluarga mentuanya.
Si kecil yang masih belum diberi nama itu hanya dipanggil Si Comel menjadi perhatian saudara mara mentuanya.
"Mika bawa Amna naik ke atas dulu. Biar Amna berehat. Orang berpantang tak boleh lasak-lasak nanti bentan pula. Baby tu nanti mummy bawa naik atas", arah mummy.
Mika yang mendengar kata mummynya terus memimpin Amna naik ke bilik mereka.

Amna yang melangkah masuk ke bilik mereka sangat terkejut dengan perubahan biliknya itu. Satu sudut dalam bilik itu telah dikhaskan untuk si kecil. Hiasannya juga cantik dengan wallpaper yang sesuai untuk si kecil. Sebuah baby cot dari jenis kayu bewarna marble tampak mewah di situ.
Amna memerhatikan satu persatu hiasannya.
Dari belakang, Mika memeluk tubuh Amna. Terasa hangat tubuh isterinya itu. Dilabuhkan dagunya di atas kepala Amna. Lama mereka begitu.
"Sayang suka?", tanya Mika
Amna angguk
"Amna suka abang", jawab Amna
"Nak tahu tak siapa yang buat semua ni?",tanya Mika semula
Amna sudah mengerutkan dahinya. Amna berpaling memandang suaminya
"Bukan abang ke?", soal Amna
Mika hanya tersenyum.
"Bukan abang tapi mummy dan daddy", beritahu Mika
"Betul ke abang? Cantik sangat ni", kata Amna yang sememangnya teruja dengan dekorasi baharu bilik mereka lebih-lebih lagi ruang untuk si kecil.
"Daddy dan mummy yang nak buat. Kiranya ni hadiah dari daddy dan mummylah. Mummy cakap, bilik dah cantik lepas ni boleh buat cucu ramai lagi untuk mummy", kata Mika yang sudah mula tersenyum nakal.
Amna yang mendengarnya hanya mencebik. Cuba dilepaskan pelukan suaminya tapi makin kejap pula Mika memeluknya. Seram pula Amna mendengarnya. Tak sampai seminggu lagi, mummy dah fikir cucu lain. Lagi seram bila tengok muka suaminya itu. Suka buat senyum menggoda dia tu.
"Berapa lama sayang nak berpantang ni?", tanya Mika semula.
"Seratus harilah abang. Mummy pun cakap macam tu", jawab Amna yakin
"Huh! Seratus hari? Apa hal lama sangat nak berpantang ni. Bukan orang berpantang 44 hari je ke?"tanya Mika seperti tidak berpuas hati
"Memanglah abang. Biasanya 44 hari tapi mummy cakap buat seratus hari. Biar baik betul-betul badan Amna ni lagi-lagi Amna ni bersalin operate", terang Amna. Amna hampir nak tergelak melihat reaksi suaminya itu. Muka tak puas hati.
Mika menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Mika melepaskan pelukannya lalu masuk ke dalam bilik kerjayanya.
Amna duduk di kerusi baharu yang diletakkan di sebelah baby cotnya. Mika beritahunya tadi, kerusi tu mummy yang pilih untuk menyenangkan Amna menyusukan si kecil nanti. Amna terharu dengan keprihatinan mentuanya itu.

Mika kembali semula dengan membawa kalendar kecil dan sebatang pen.
"Sayang mula pantang berapa hari bulan?", tanya Mika yang tepat memandang Amna
Pelik dengan pertanyaan suaminya itu. Wajah suaminya itu juga nampak serius.
"Dari mula Amna bersalinlah abang", jawab Amna
Mika mula membelek-belek kalendar di tangannya itu seperti sedang mengira.
"Tengok ni sayang", kata Mika sambil menghulurkan kalendar yang sudah ditanda kepada Amna
Amna melihat kalendar suaminya." Kenapa?", tanya Amna
"Sayang tak kasihan ke kat abang. Lama tu seratus hari. Lebih tiga bulan tau", kata Mika yang serta merta mengundang ketawa Amna.
Amna tidak dapat menahan ketawanya lagi. Sampai macam tu sekali suaminya tak dapat menerima yang dia akan berpantang seratus hari. Siap kira dalam kalendar lagi.
Mika yang tak puas hati kerana diketawakan Amna terus menerjah bibir comel isterinya.
Rasakan. Ketawakan lagi suami sendiri. Tak pasal- pasal dapat adik lagi!
Kata Mika dalam hatinya.

Pintu bilik dikuak. Terkejut mummy bukan kepalang melihat anak menantunya seperti sedang berperang. Bersepah bilik dengan bantal si kecil.
"Apa Mika buat pada Amna ni?", tanya mummy.
"Mana ada buat apa-apa. Lama dah Mika tak main kejar-kejar macam ni dengan Amna. Kan sayang?", jawab Mika selamber je depan mummynya.
"Mummy tolong Amna. Abang ni nak geletek Amna", kata Amna yang minta ditolong mummynya.
"Apa ni Mika. Amna tu tak kuat lagi nak dibawa bergurau. Kesan operate tu masih baru lagi. Sakit Amna tu", marah mummy.
"Okay...okay..Mika tak buat dah. Sorry sayang. Sorry mummy", kata Mika sambil mengangkat tangannya tanda mengalah.
Amna di belakang mummy mengejek Mika. Diajuknya si suami. Mika yang memandang buat isyarat tangan antara mereka belum selesai lagi. Sempat juga Mika memberi senyuman nakal.
"Mika ambil baby ni. Letakkan dalam baby cot tu. Biar dia tidur. Jangan bising pulak. Nak berperang pergi kat taman tu", sempat lagi mummy menyindirnya.
"Baik mummy", kata Mika
"Jom Amna, ikut mummy
"Eh! Mummy nak bawa Amna ke mana pulak tu. Biarlah Amna dengan Mika. Baru nak berdua-dua, mummy pulak nak kacau", kata Mika
Geram sungguh mummy pada anak lelakinya itu. Dah jadi bapak makin menjadi - jadi peranagai budak- budaknya.
"Mummy pinjam sekejap. Kat bawah tu ada bidan datang nak urut badan Amna ni. Kalau nak pakai lama Amna ni, suami jangan banyak tanya. Ada faham", kata mummy lagi.
Amna hanya ketawa kecil di sebelah mummynya. Bertubi-tubi suaminya terkena dengan mummy. Nasiblah cik abang sayang.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now