Bab 27

25.5K 660 15
                                    

"Sayang nak abang urutkan kaki?"
" Boleh juga", kata Amna.
Memang sengal-sengal kakinya itu bila usia kandungan sudah masuk lima bulan.
Mika mencapai minyak aromaterapi di atas meja. Diselak sedikit skirt labuh isterinya itu. Diusap-usap kaki milik isterinya itu dengan lembut sambil mulutnya membaca surah-surah lazim untuk Amna dan baby.
Amna suka dengan cara Mika melayannya. Mika suami yang sangat prihatin. Antara dia dan Mika, Mika lebih banyak tahu hal-hal berkaitan dengan kehamilan. Banyak buku kehamilan yang dibelinya dan Mika rajin membaca. Kadang-kadang Mika turut menggoogle di ipadnya. Amna sangat terharu.

Suatu pagi Amna membuka iPhonenya. Banyak call. Call dari Zahra.
Amna meraup mukanya. Terlupa sekejap dia pada sahabat baiknya itu. Kali terakhir dia bercakap dengan Zahra dua bulan lepas sebelum Zahra mengikuti penjelajahan ke beberapa buah negara Eropah sebagai model.
Amna buka pula mesej yang dihantar Zahra.
Rasa nak luruh jantung Amna bila Zahra maklumkan dia akan pulang ke Malaysia bulan depan.
Ya Allah aku nak buat apa ni. Bisik hatinya.
Amna tak bersedia untuk berhadapan dengan Zahra. Dia sudah mungkir janji. Buktinya sudah jelas. Perutnya semakin besar. Tak dapat nak disorokkan lagi.

Hello abang. Abang lambat lagi ke nak balik office?"tanya Amna. Ternyata Amna tidak dapat menyembunyikan perasaan risaunya.
Amna juga tak dapat fokus semasa bekerja tadi. Beberapa kali dia ditegur oleh Siti, rakan sekerjanya. Yelah kerja sebagai pharmacist mana boleh cuai. Salah bagi ubat memang cari masalah besarlah.

"Kenapa sayang? Ada apa-apa ke ni? Amna tak sihat? Mummy daddy mana?", bertalu-talu soalan Mika bila terdengar suara si isteri yang mencurigakannya. Takut jadi apa-apa pada si isteri.

"Amna ok je abang. Abang jangan risau la. Amna ada hal nak cerita pada abang. Itu sebab Amna tanya abang balik lambat ke tak hari ni", beritahu Amna.

"Laa..ingatkan Amna sakit ke apa. Risau la abang. Hal apa?bunyi macam serius je", soal Mika pula.

"Serius juga pada Amna.Abang balik nanti Amna cerita kat abang ye, bye abang",.. dan talian terus dimatikan.

"Bertuah punya isteri. Tak habis cakap lagi dia dah letak. Nak kena denda balik nanti ni", keluh Mika tapi dalam kepalanya sudah difikirkan jenis denda yang nak dikenakan kepada isterinya itu. Lebar senyumnya.

Mika tergesa-gesa menyiapkan kerjanya. Dia tak nak pulang lewat hari ni. Dia sendiri tak sabar nak mendengar cerita isterinya itu. Bunyi macam serius sangat. Suspen pun ada.

Tepat pukul 8 malam, Mika sampai ke rumah. Sedaya upaya dia nak balik awal tapi terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum balik tadi. Cadangnya nak balik pukul 5 tapi terlajak terus pukul 8. Nasib baik dia dah siap-siap solat Maghrib di office tadi.

Pintu bilik dikuak. Amna sedang mengaji sementara menunggu Isyak. "Assalamuslsikum mummy to be", sapa Mika dengan senyuman manis bak gula-gula kapas yang cair di mulut.
"Waalaikumsalam daddy to be", jawab Amna sambil tersenyum membalas senyuman manis si suami.
"Abang mandi dulu ye. Tunggu abang kita solat Isyak sekali ye".
Amna mengangguk.

Usai solat Isyak, Amna mengajak Mika makan malam. Perut suaminya perlu dijaga dulu walau pun Mika nak dengar cerita Amna baru dia nak makan. Kadang-kadang perangai suaminya itu mengalahkan budak-budak.

Amna duduk di balkoni. Mika mengambil tempat di hadapan Amna. Mika pandang tepat ke wajah Amna.
Semakin berseri wajah si isteri. Bila perut Amna semakin besar, semakin comel si isteri membawa perutnya.

"Okay..storylah. Abang tak sabar nak dengar ni". Pinta Mika
Kini giliran Amna pula memandang si suami.
"Bulan depan Zahra balik abang", beritahu Amna.
"So?".
"So? Abang kata so? Tak risau ke? Kita buat salah dengan dia la abang. Ni ha buktinya", kata Amna sambil menunjukkan perutnya.

"Sayang kita tak salah apa-apa pada Zahra. Abang tak janji apa-apa dengan Zahra. Kenapa kita nak takut. Amna tu je yang rasa lebih-lebih.

"Mungkin abang tak rasa apa-apa. Tapi Amna ni macam mana? Amna yang janji nak jaga abang sementara dia duduk di sana. Tup...tup.. ni la hasil jagaan Amna pada abang", kata Amna sambil menunjukkan perutnya lagi.

Meletus terus ketawa Mika. Pandai pula isterinya itu buat lawak di malam hari. Tapi Mika juga tak lupa denda yang nak dikenakan pada Amna sebab suka-suka matikan panggilan telefon sebelum sempat dia bercakap. Pantang sungguh Mika sebenarnya.

"Abang tak ada hutang apa-apa pada Zahra. Abang tak pernah janji apa-apa pada Zahra. Zahra pun tahu semua tu. Buktinya abang tak layan pun call, mesej-mesej dia atau pun emel-emel dia. Kalau Amna tak percaya, Amna boleh check handphone abang atau emel-emel abang. Abang tak takut pun dia balik sini", tambah Mika lagi.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now