Bab 31

24.1K 641 13
                                    

"Tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkn Zahra. I dengan you dah tak ada-apa hubungan. I kan dah cakap bila you tak jadi nak kahwin dengan I hubungan kita putus. So putuslah.thats clear".

"But..I'm still love you, Mika. Love you so much. Perasaan I pada you tak pernah kurang pun. I balik sini terus cari you. Itu bukti I hanya cinta you sorang je", kata Zahra.

"Please la Zahra. I dah kahwin. I ada life I sendiri. Better you cari orang lain untuk gantikan I. Move on!", tegas kata Mika kali ni.

"Tak mungkin. I hanya nak you. Lagi pun Amna sendiri dah setuju untuk kembalikan you pada I. Apa masalahnya lagi?",

"Zahra,kalau pun Amna serahkan I pada you, I tak akan balik pada you semula. I tak pernah berjaji apa-apa dengan you. You faham tak?", Mika sudah meninggikan suaranya. Mika tak suka Zahra datang ke officenya untuk membincangkan hal peribadi mereka.

Zahra sudah menangis. Keadaannya seperti tidak dapat dikawal lagi. Mika menelefon daddynya untuk memberitahu keadaan yang sedang berlaku di dalam biliknya. Mika tak mahu stafnya berfikir yang bukan-bukan.

Datuk Muzafar masuk ke pajabat Mika lalu duduk di hadapan Zahra yang sedang menangis di sofa. Tangisan Zahra memang kedengaran sampai keluar. Datuk Muzafar perasan semua stafnya sedang memasang telinga sewaktu dia melintasi ke pejabat Mika.

"Zahra, uncle bukan nak masuk campur hal peribadi Zahra. Uncle juga bukan nak bela Mika sebab Mika anak uncle tapi tindakan Zahra ni sudah menimbulkan salah faham dalam office ni. Bukan saja Mika yang malu tapi uncle juga malu pada staf uncle. Hal peribadi sampai dibawa ke sini", lembut kata Datuk Muzafar.

"Uncle,Zahra minta maaf kalau Zahra buat kecoh kat office uncle. Zahra tak ada niat tapi Mika dah tak nak layan Zahra. Zahra call,message, satu pun Mika tak balas. Sebab tu Zahra datang sini", jelas Zahra yang masih menangis.

"Daddy, Mika minta maaf pasal ni. Mika ada sebab kenapa Mika tak layan Zahra. Mika dah kahwin. Mika dah ada Amna. Mika sayang Amna. Bila Mika dah lafaz akad, dah tak ada Zahra lagi dalam hidup Mika", jelas Mika.

Zahra yang mendengar semakin kuat tangisnya. Dia tak sangka Mika mengkhianatinya. Dia juga rasa tertipu dengan sahabatnya sendiri yang telah mengambil tunangnya. Sampai hati kau Amna. Jerit hati Zahra.

"Zahra,uncle nasihatkan Zahra balik dulu. Nanti uncle bincang dengan Mika. Zahra tenangkan fikiran dulu ye. Nak uncle call papa Zahra ke?", tanya Dato'Muzafar

Zahra menggelengkan kepalanya. Zahra mengambil handbagnya dan keluar dari pejabat Mika.

Mika merebahkan dirinya di atas katil. Terasa terlalu penat hari ini dirasakannya. Pelbagai masalah yang timbul. Kemunculan Zahra di officenya hari ini betul-betul buatnya tertekan. Malah dia berasa sangat malu di hadapan stafnya.
Mika mendail nombor telefon Amna, tidak berbunyi apa-apa. Didailnya berulang kali tetapi masih senyap. Mika tak senang duduk. Amna tak pernah offkan handphonenya. Kalau Amna tak jawab panggillannya pasti isterinya itu akan menghubunginya semula.

"Assalamualaikum abang. Mika ni.
"Waalaikumsalam. Ye Mika. Ada apa?", tanya Ammar walau pun Ammar sudah tahu tujuan adik iparnya itu menghubunginya.
"Minta maaf ganggu abang malam-malam ni.Abang, Mika nak tanya abang, ada tak Amna call abang. Hari ni satu hari Mika call Amna tapi tak dapat. Mika message pun Amna tak balas", beritahu Mika. Sememangnya kedengaran suara Mika yang sangat susah hati memikirkan sudah sehari suntuk tidak dapat menghubungi Amna.

"Bukan Amna pergi kursus ke Mika. Amna tak ada call abang lagi pun abang baru balik dari Australia. Kali terakhir abang cakap dengan Amna dua hari lepas", beritahu Ammar. Maafkan abang, Mika. Abang terpaksa tipu Mika.

"Tolong saya abang. Saya buntu tak dapat call Amna. Saya risau dengan keadaan dia. Amna tu dah la mengandung. Kalau jadi apa-apa pada dia,saya tak boleh maafkan diri saya sebab saya biarkan dia pergi sendiri", kata Mika.

"Jangan cakap macam tu Mika. Kita doa sama-sama semoga Amna selamat", nasihat Ammar.

"Abang,esok temankan Mika ke KPJ. Mika nak tanya nombor telefon kawan Amna yang pergi sekali kursus dengan dia tu", pinta Mika.

"Yelah.Esok abang temankan", balas Ammar. Tak sampai hati nak biarkan adik iparnya itu sendirian. Kesian Mika.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now