Bab 53

20.5K 542 6
                                    

Seawal pagi Amna juga sudah bangun. Dia sudah tidak selesa untuk lama-lama berbaring di atas katil. Dengan bantuan seorang jururawat pelatih, Amna juga sudah mandi pagi itu.
Selesai mandi Amna menyarungkan pakaian hospital yang diberi jururawat yang membantunya tadi. Amna lebih selesa dan rasa lebih segar.
Amna kembali ke katilnya semula. Tidak sabar dia menunggu suaminya datang. Amna juga tidak sabar untuk menatap wajah anaknya.
"Nurse, pukul berapa pelawat boleh masuk ke sini?", tanya Amna
"Pukul 12:00 tengah hari puan. Sekejap lagi doktor akan round untuk check patient, so pelawat tak dibenarkan masuk dulu", beritahu jururawat pelatih itu.
Amna mengangguk tanda faham.
"Puan baringlah dulu. Doktor akan check puan sekejap lagi ye", arah jururawat itu semula
Amna nembetulkan baringnya agar lebih selesa. Dilihat sekitar wad memang ramai dengan ibu-ibu yang baru bersalin. Kedengaran tangisan bayi amat merdu di telinga Amna. Sesekali Amna memberikan senyuman kepada mereka.

Mika yang tiba di hospital bersama ahli keluarganya terus menuju ke bahagian jagaan bayi NICU. Mika memperkenalkan dirinya kepada seorang jururawat yang bertugas di situ. Mika kemudiannya dibawa ke bilik jagaan bayi. Bayi comel yang sedang nyenyak tidur itu terus dipangku. Comel sungguh. Bisik hati Mika.
"Nurse, macam mana keadaan anak saya ni?", tanya Mika
"Setakat ni baby sangat okay. Baby pun dan pandai minum susu. Sekejap lagi doktor akan check. Kalau semua okay, baby boleh discharge hari ni", kata jururawat itu.
"Alhamdulillah. Terima kasih nurse", ucap Mika.
Mika meletakkan semula bayinya.
Mika keluar dari bilik NICU dan memaklumkan berita gembira itu kepada seluruh ahli keluarganya. Mereka sabar menunggu di luar wad NICU itu dengan penuh rasa kesyukuran.

Mika kembali semula ke dalam bilik NICU itu selepas dipanggil oleh seorang jururawat yang bertugas.
Mika bersalaman dengan seorang doktor yang sedang memeriksa anaknya.
"Your baby?"tanya doktor itu
Mika mengangguk.
"Ye doktor. My baby", kata Mika bangga
"So cute", kata doktor itu lagi
Mika tersenyum. Sememangnya anaknya itu sangat comel.
Doktor itu terus memeriksa anaknya. Satu persatu.
"Good baby",kata doktor itu lagi selepas selesai memeriksa anaknya.
"How's my baby?", tanya Mika
"Semua okay. Baby tak ada masalah. Baby juga dah buang najisnya.Kuning pun takda. Baby juga dah boleh minum susu. Berat baby 3.1 kg", beritahu doktor itu
Mika tersenyum lagi. Memang ada harapan babynya akan discharge hari ini.
"Baby boleh discharge tak doktor?", tanya Mika
Doktor itu tersenyum memandang Mika.
"Boleh. Saya akan sediakan report dulu dan surat untuk discharge hari ni", kata doktor itu lagi.
Mika menadah tangan memanjatkan kesyukuran. Tak lekang senyumnya. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaannya saat ini.
Dicuit pipi halus anaknya itu.
Berita gembira itu disampaikan kepada keluarganya.

Mika bersama ahli keluarganya menuju ke wad 6B. Mencari katil yang menempatkan Amna. Satu lagi berita gembira buat Mika adalah mendapat katil di wad kelas satu untuk isterinya. Semua ini atas bantuan rakannya juga yang bertugas di hospital itu.
Sampai di katil Amna, Mika mahu saja memeluk isterinya itu. Sejuk matanya memandang wajah isteri yang nyenyak tidur itu.
"Sayang"
"Sayang", panggil Mika. Diusap lembut tangan Amna. Mika taknak Amna terkejut.
Amna mula membuka mata. Wajah yang amat dia rindukan berada di hadapannya. Amna senyum. Air matanya juga tak dapat ditahan lagi. Amna mencium tangan suaminya.
Mika mencium dahi si isteri. Penuh rasa sayang buat wanita yang telah banyak bekorban untuk melahirkan zuriatnya. Suasana tiba-tiba sayu. Mummy, kak long dan kak ngah turut menangis. Mummy datang memeluk Amna.
Amna pandang pula abangnya, Ammar.
Ammar datang mendekati adiknya. Amna cium tangan abangnya. Ammar mengusap kepala adiknya. Sebak Ammar melihat keadaan adiknya itu.
"Sayang okay?" tanya Mika
"Amna okay abang. Sihat", jawab Amna
Pipi Amna, Mika usap. Masih merah. Tentu sakit pipi isterinya.
"Sakit tak pipi ni?", tanya Mika lagi
Amna pegang pipinya.
"Tak", jawabnya, pendek.
"Abang, Zahra macam mana?", tanya Amna
"Jangan fikir pasal Zahra Amna. Amna tu masih tak okay lagi. Orang dalam pantang mana boleh banyak fikir sangat", tiba-tiba daddy mencelah
"Betul tu Amna. Biarlah polis yang uruskan. Amna jaga kesihatan Amna untuk baby dan Mika"tambah mummy.
Amna mengangguk. Tanda faham akan pesanan mentuanya itu.
"Baby kita macam mana abang?"
"Baby kita sihat. Comel sangat macam Amna. Baby dah boleh discharge. Dah siap report, nanti abang bawa baby ke sini. Satu lagi, Amna dah boleh tukar ke wad kelas 1", beritahu Mika sambil membetulkan tudung isterinya.
"Alhamdulillah", ucap Amna.
Mika tersenyum memandang Amna. Amna membalas senyuman Mika. Senyuman yang sangat Mika rindui.
Kalau ikut hatinya, mahu saja Mika memeluk puas-puas isterinya tetapi keadaan wad yang terbuka begitu dan kerana usikan daddynya pagi tadi, Mika tahan dulu niatnya. Tunggulah balik nanti. Mika senyum nakal.

"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA"Where stories live. Discover now