"Melalui keterangan dan penjelasan yang telah dibuat oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan, saya mengesahkan dengan ini Puan Que Sarah Qaliesha binti Furhad Zamri dan Encik Engku Zafriel Syeikh sah bercerai talak satu."
Tuk! Tuk! Tuk!
Dari sudut kanan mahkamah, pihak perempuan tersenyum puas. Ya, akhirnya.. inilah apa yang dia mahukan selepas tempoh 6 bulan dia tempuhi onak dan duri perkahwinan.
Akhirnya, perpisahan jalan penyelesaian buat Que Sarah Qaliesya.
Welcome back to be a single, Iesya. You're not a wife for someone and now you doesn't have someone to be your husband! Kalau boleh aku mahu melompat kerana aku gembira sangat-sangat.
Dari sudut kiri mahkamah, pihak lelaki diam saja. Lelaki itu langsung tak berkutik. Namun, jelas tersemat sebingkis senyuman tipis di bibirnya tanpa aku sedar.
Selesai sahaja perbincangan dalam mahkamah itu, aku terus berlari mendapatkan ummi dan abah yang sedari tadi menyaksikan perbicaraan itu berlangsung. Sengaja wajah acah-acah kesal aku suakan kepada mereka berdua. Kononnya aku mangsa gitu.
"Iesya, kamu okey kan sayang? Jangan sedih, ya." pujuk ummi terus memeluk tubuhku. Wanita itu cuba memujukku yang kononnya sedih itu.
Nak sedih? Pfft.. buat apa aku sedih pada perpisahan ini? Aku dan bekas suami aku itu memang tak saling mencintai. Kami berkahwin bukan atas suka sama suka tapi disebabkan jalinan keluarga saja. Jadi, perlu aku bersedih atas perpisahanku dengan lelaki yang aku tak cinta? Huh, membazir air mata saja.
"Kamu okey kan, Iesya?" soal abah memandang aku dengan pandangan penuh kekesalan.
Aku dengan pandangan redupnya memandang wajah abah. "Iesya okey, pa." beritahuku. Wajah sebak aku pamerkan pada mereka berdua.
Walau apapun, aku nak ummi dan abah nampak aku sebagai seorang mangsa dan bukannya seorang pesalah. Yurp! Akulah pesalah yang sebenarnya, akulah yang menyebabkan penceraian ini terjadi. Akulah penyebab Engku Zafriel Sheikh melepaskan talak satu pada aku. Semuanya gara-gara aku.
"Kau nak pergi mana lagi, malam-malam ni?" gertak Zafriel apabila melihat aku sudah berura-ura mahu menyarungkan kasut tumit tinggiku.
Dahiku sudah berkerut kesal. Urghh! Menyampah betul aku dengan mamat ni. Always!! Suka sangat sibuk hal luar dalam aku. Suka hati akulah nak pergi mana pun, perlu ke dia kisah?
Sebelum aku dan dia berkahwin, aku dah letakkan prasyarat. Dalam prasyarat itu, aku ada nyatakan bahawa Zafriel tak berhak masuk campur dalam urusan peribadi aku. Kalau boleh segala urusan berkait dengan diri aku, dia tak boleh campur tangan tapi sekarang.. lelaki itu pula sibuk jaga tepi kain aku. Huh!!!
"Keluar." balasku sepatah. Langsung wajah Zafriel yang geram itu tidak aku pandang. Menyampah.
"Dah malam ni. Janganlah keluar. Kau itu perempuan, tak elok." lelaki itu cuba menasihatiku dengan nada suara lembut.
Terus aku mengalihkan ekor mataku padanya. Dahiku berkerut seribu. Isy! Tak sukalah dengar nasihat mak nenek dia itu!
"Selama ni saya keluar malam, okey aje? Tak ada pun benda jadi. Kenapa tiba-tiba pula malam ni awak nak kena kisah pasal saya?" aku sudah mula melenting.
Zafriel mengeluh perlahan. "Jangan degil boleh tak? Kalau aku cakap jangan keluar, janganlah keluar. Takkanlah arahan senang macam itu pun, kau tak boleh nak ikut?" nada suara lelaki itu masih lembut tapi terselit ketegasannya.
Aku? Peduli apa aku dengan nasihatnya itu. Bagi aku segala apa yang dikatakan lelaki itu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak menempel langsung dalam otak batu aku ni.
YOU ARE READING
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Short StoryPerkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpi...