Bab 15

31.6K 949 18
                                    

Semalam sehari suntuk, aku berkurung dalam bilik. Menangis, menangis dan terus menangis bila mengimbau masalah yang satu persatu tak henti membebankan aku. Yurp, masalah yang tak pernah habis dari menghimpit aku..

Setelah dapat tahu Thaqif sudah berkahwin, aku dikejutkan dengan berita kehamilan aku. Bagaimana aku nak membesarkan budak yang ada dalam perutku? Membesarkan dia tanpa seorang bapa? Membesar kan dia dengan cemuhan orang yang akan memandang serong pada aku nanti. Huh!! Membayangkan perkara itu, aku mulai rasa takut.

Aku masih muda. Umurku juga belum menginjak angka 23 tahun. Dan, sekarang aku dibebankan dengan kehadiran sebentuk janin yang sedang menumpang teduh dalam rahimku? Ya Allah, entah apalah yang aku patut buat sekarang.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus labuhkan punggungku di ataa sofa di ruang tamu. Remote control aku capai lalu satu persatu rancangan tv aku tukar. Penat betul. Babgun sahaja pagi, aku sudah bergegas ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Syukur, kandunganku sihat sahaja. Erm, syukur ke?

"Qal, aku ada benda nak tunjukkan pada kau." sapa Farah dari arah belakangku.

Aku yang ketika itu sedang duduk menonton televisyen terus memusingkan kepala kepadanya. Wajah serius milik Farah itu aku hanya pandang sepintas lalu.

Punggungnya dilabuhkan bersebelahan tempat kosong disebelahku. Akhbar yang tadi dalam pegangan tangannya serta-merta ditunjukkan pada aku.

"Kau baca ni. Baca apa tajuk utama akhbar hari ni."arah Farah sambil menuding ke muka hadapan harian metro.

Aku yang sudah berkerut dahi melihat tingkah Farah hanya menuruti. Akhbar itu aku ambil dari tangannya lalu aku belek. Gambar Zafriel dan Kartini itu menyapa pandanganku terlebih dahulu. Terus, tajuk akhbarnya aku baca.

'Jalan terbaik untuk lupakan yang lalu adalah gantikan dengan yang baru'-Zafriel.

Tergamam aku bila terbacakan tajuknya. Apa maksud Zafriel? Jadi dia nak kata aku ni masa lalu dia lah?  Huh, dia nak kata masa lalunya itu teruk sangat ke?! Aku ketap bibir. Entah kenapa, aku jadi terasa bila baca tajuk itu berkali.

'Belum pun mencecah sebulan kes penceraian yang berlaku antara Engku Zafriel Syeikh dan bekas isterinya, lelaki yang lebih dikenali sebagai model itu telah mengambil langkah awal dengan memilih Che Kartini Irwani sebagai isterinya. Khabar angin mengatakan perkahwinannya terdahulu bukan kerana cinta namun disebabkan amanah daripada bapanya..'-Harian Metro.

Apabila merasakan aku lama berdiam, Farah sekadar melepaskan keluhan kecil. Bahuku diurutnya perlahan. Dia seperti faham dengan perasaan yang membelemgu aku ketika ini.

"Aku tak sangka yang Zafriel akan tergamak kata macam itu. Apa yang aku tahu Zafriel itu lelaki baik dan kau faham-faham ajelah, media kan. Saja buat ayat panas untuk dapatkan publisiti."pujuk Farah. Tangannya masih tak henti mengurut belakangku.

Aku kacip gigi. Terus akhbar itu aku lipat lalu aku letakkan ke atas meja. Entah kenapa malang sangat hidup aku. Sekarang, masalah baru akan timbul. Yurp, pasti ramai yang akan fikir aku ni jahat, isteri derhaka.. hmm, nice! Memang hidup aku sekarang ni sudah betul-betul hancur.

"Apa salah aku sampai aku diuji sampai macam ni sekali? Apa salah aku, Farah?!" soalku sudah meraup wajah. Tubir mataku sudah bertakung air mata.

Farah diam untuk seketika. "Kau.. taknak beritahu Zafriel tentang hal ini ke, Qal?" soalannya itu buatkan aku mendongak pada Farah.

"Dia tak perlu tahu."balasku dengan nada mendatar. Rancangan Mickey Mouse yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik seleraku. Macam mana nak tengok kartun kalau hati sudah jadi tawar.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now