BAB 52

39.5K 871 16
                                    

Surat khabar Metro yang tersadai atas meja aku capai perlahan. Seperti apa yang aku duga. Pasti tajuk perkahwinan Zafriel dan Kartini akan menjadi tajuk hangat pada hari ini.

'Konflik Perkahwinan Cucu Pengusaha Tersohor Di Saat Akhir.'

'Semalam sepatutnya menjadi hari bahagia bagi cucu pengusaha terkenal, Engku Zafriel Syeikh bersama pasangannya, Kartini. Namun, majlis jadi kecoh apabila lelaki itu memaklumkan untuk membuat penangguhan majlis besar-besaran itu. Engku Zafriel Syeikh kemudiannya pergi tanpa sempat memberikan jawapan mengapa beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan beliau. Mungkin kah wujudnya orang ketiga dalam perhubungan cinta lelaki itu dengan Kartini?'

Satu keluhan aku lepaskan bila baca aetikel itu. Bagi aku, ianya sungguh menyakitkan bila dipanggil sebagai orang ketiga. Namun hakikat itu aku perlu terima. Yurp, aku kena terima bahawa di mata semua, aku tak ubah seperti seorang perampas.

Tak semena-mena, air mataku mengalir. Sendu. Sakit. Semuanya aku rasakan. Kejam ke aku sekarang ni?

"Sudah. Jangan tengok lagi berita itu." pantas tangan Zafriel merampas akhbar tersebut dari tanganku.

Tergamam aku dibuatnya. Pantas aku menoleh ke arah Zafriel yang sedang berdiri di belakang kerusi yang aku duduki. Akhbar itu dibalingnya ke sofa.

"Awak tahukan yang sekarang ni awak ada masalah besar? Semua orang akan cari awak dan mungkin.. semua orang juga akan kecam awak." ujarku dalam nada risau. Air mataku aku kesat perlahan.

Zafriel sekadar menarik sengih. Wajahnya nampak tenang. "Aku tak kisah pun kalau kena kecam. Tak salah untuk aku pilih bahagia aku pun kan?" balas Zafriel. Spontan tangannya memeluk leherku lembut.

"Nenda?"

Akhirnya satu keluhan Zafriel lepas kan. Kerusi di sebelahku ditariknya lalu dia duduk menghadapku. Wajahku menghadapnya. Anak mata hazelnya aku pandang risau.

"Boleh tak kalau sekali aje kau fikir fasal kita. Tolong jangan kisah fasal orang lain. Boleh?" nada suaranya bertegas.

"Saya cuba. Saya cuba untuk fikir kebahagiaan kita tapi.. saya taknak pentingkan diri sendiri. Awak masih ada nenda, dia juga sebahagian daripada hidup awak." balasku. Tangannya aku genggam erat.

Zafriel mengeluh lemah. Matanya dialihkan ke tempat lain. Diam dia untuk seketika.

"Jadi, kau nak aku buat apa?"

"Terangkan semuanya secara baik. Mungkin kalau awak terangkan betul-betul pada nenda, dia akan faham." cadangku.

"Kau tahukan nenda itu macam mana? Dia bukannya jenis hati lembut. Dia takkan senang terpujuk dengan rayuan atau maaf kita ni." balas Zafriel. Entah kenapa, dia rasakan kata-kataku itu tersangatlah mustahil.

Engku Ziemah itu bukannya semua orang tak kenal. Kuasanya dalam bidang perniagaan memang tidak dapat ditangkas lagi. Mungkin disebabkan itulah kuasa yang dimilikinya itu menjinakkan rasa egonya yang melangit. Kalau A kata nya, A jugalah yang dia mahu.

Jari jemariku membelai tangannya. Wajahnya yang sedikit kusut aku pandang dengan senyuman nipis. Kemudian, pipinya aku pegang. "Kalau tak cuba, awak takkan tahu."

Zafriel ketap bibir. Akhirnya satu keluhan lemah di lepaskan. Wajahku dipandangnya semula. "Jadi, kau nak aku jumpa nenda?"

Sebuah anggukan aku berikan pada dia. "Jumpalah dia."
...
Kereta kancil miliknya diparkirkan tepat di hadapan rumah villa milik Tan Sri Darwin Dzar, papa Kartini. Suasana villa terasa sunyi. Tak ada riuh rendah, malah suasana suram yang menyelubungi.

Pudin mengatur langkah keluar dari perut keretanya. Villa itu dipandang nya untuk sejenak. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah pintu utama rumah villa tersebut.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now